#March4Hope Aktiviti Hujung Minggu

by - April 02, 2017

Assallamualaikum...

" Adam bangun.. kata nak teman mummy lari " 
Adam diam membisu .. hanya isyarat tangan suh mummy stop
 kejutkan dia dan pergi dari situ...

5 minit kemudian....

" Adik bangunlahhh kata nak teman mummy.. Jomlahhh..."
Tak lama lepas tu dia bangunlah pulakk... yang tadi tu mengigau kot.. 
hahhaha.. Macam-macam sungguh peel anak-anak ni kan...

Gitewlah kisahnya nak mengejutkan Hero kecik Sabtu yang lepas.. kul 4.30 pagi mummy dah kejutkan dia.. Excited weii nak lari.. Lagipun dah lama betul mummy tak lari sejak kena Hypertyroid tu.. Tapi kali ni menggeletis pulak mummy nak lari...  Lagipun kalo pengsan merasalah jugak naik neno neno bak kata jiran sebelah opis aku.. hahaha 😂😂#ngadanamanya

Seawal 5.45 pagi mummy dah terpacak kat khemah pendaftaran. Kang datang lambat dapat t-shirt saiz XXL kang.. jenuh nak wat baju tido.. hahahah 😝😝 Mummy join #march4hope   sempena Asia Urban Youth Assembly yang dianjurkan oleh Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka . Start point larian adalah di hadapan Memorial Kemerdekaan Melaka di Banda Hilir. 


Ntah apa patern la anak mummy ni posing..kejap kejap tutup mulut..adehh!


Mummy , hero kecik , Amy dan juga Family Min... Bersemangat betul family Min datang.. Walaupun Min tak mendaftar secara online (Alasan lupa) so Mummy kasilah baju yang Mummy nak kasi kat Mukhriz tu pada Min.. Tanda Terima kasih atas kesungguhan dia nak datang lari ngan mummy pada pagi tu..


Waktu ni semua tak lari lagi..semua dok sakan posing je sementara menunggu Ketua Menteri Melaka datang dan memberi ucapan perasmian..saboo je la..8.30 pagi tak lari lagi.. Memang merelit la Mummy lepas tu..hahhaa

8.45 pagi larian pun bermula...
Mummy rasa hero kecik laju sebab makan McD la kot.. Laju yg amat!  Hahaha Kali ni mummy lari ngan kengkawan mummy.. Min and family dan juga Dak Amy budak opis mummy.. 

Mula-mula lari semua lagak persis ahli jemaah nak bermesyuarat.. dah separuh lari dah macam kambing keluaq kandang .. Berterabuq! Hahahaa Apa-apa pun nice try la kan.. Bila lagi nak tau stamina kita,  kalo tak cuba. Tak giteww!!  Actually aktiviti lari-lari .. jalan-jalan je kot. Tapi ntah mengapa mummy ngan hero kecik excited berlari- lari.. Jenuh pulak mummy nak kejar hero kecik mummy ni.. yelah mummy risaukan anak berdesup lari tinggalkan mummy yang nyawa-nyawa ikan ni.. Sabooo je la. 


Ajak budak kacak posing setelah tamat larian manja-manja pada pagi tu.. 
Panas lit lap lit lap..fuhhh



Sibuk la mummy sapa la ni nak posing ngan Singa Celup ni..hahhaa 😅😅


Apa-apa pun aktiviti kali ni memang meriah... Pelbagai aktiviti sampingan diadakan seperti show artis tempatan, cabutan bertuah , pengacara majlis si pak lawak , tarian dari belia Melaka .. malahan tak ketinggalan juga ada disediakan belon go green untuk semua perserta .Malahan photobooth untuk peserta yang kaki posing. Tapi apakan daya tak dan mummy nak amik gambaq .. beratur kalah nak makan kat Nasi Kandaq Deen Maju Penang.. hahahha..So amik gambaq pakai phone sendiri je..Tak kuasa mummy nak beratur panjang-panjang macam tu sewaktu matahari betul-betul dah tegak atas kepala.. Panas weiii!

Artis mana la yang buat persembahan kat pentas utama tu... Bolehlahhhh...

Rasanya lepas ni kalo dah sihat nak kembali aktif berjogginglah.. Seronok weii..! Korang apalagi cubalah.. pastu jangan lupa kawan yang rajin memberi semangat bukan kawan yang memadam api semangat tau.. hehheh

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

5 Comments

  1. Rajinnya Mummy gi join aktiviti run sebegini 😊

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah - mummy dah sihat

    ReplyDelete
  3. wah..bagus, semangat gitew..kite ni blum try lagi lari2, pernah lari2 keliling kondo kat bawh tu, mengah weiii, gile berat rasa kaki ni hahha..tengok lah nk cuba larian paling pendek, 3 km kot?? ;-))

    ReplyDelete
  4. trend gamaknya pose gitu ... kat ig nampak ramai yang pose gitew tu ;)

    ReplyDelete
  5. aktiviti sihat bakar lemak ni ;)

    ReplyDelete