Restoran LeQue Melaka Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Assallamualaikum...
Heyy dah lama betul la mummy teringin nak makan kat LeQUE ni, katanya sedap! Especially waktu Restoran ni dibuka kat Jonker Street , Melaka.. Tapi apakan daya waktu tu memang keadaan tak berapa nak mengizinkan sebab paham-paham je lah kat Jonker tu, tapi kat situ masalah besarnya ... memang amatlah susah sangat nak dapat parking.. Nak nak hari Jumaat, Sabtu , Ahad... Tu je masa yang boleh keluar malam..hari lain, nak tarik nafas pun kadang-kadang tersekat-sekat..hahaha :P
Di LeQUE ni memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan tak kira fusion mahupun Western.. Bukan itu aje... LeQUE juga salah satu Restoran yang telah terpilih oleh TripAdvisor dan berjaya tersenarai dalam top 10 Restoran yang sedap di Melaka ..
Hadapan Restoran LeQUE di Kawasan Aeon Bandaraya Melaka. Restoran ni sebaris dengan Sen Heng, Satay Celup , Restoran Chinese Muslim, Traders dan lain-lain lagi.. So memang sangatlah nak cari. Parking pun banyak..
Deko dalaman restoran ini. Sempoi je...
Lokasi Baru Restoran LeQUE
LeQue Melaka
( Sebaris dengan Satay Celup , Sen Heng - Aeon Melaka)
No.14 , Jalan Lagenda 3,
Taman Lagenda 1, Melaka
Waktu Operasi : 5 ptg-11 mlm ( Selasa Tutup)
Apa yang menariknya disini.. ?
Meh meh sini mummy nak habaq .. Favourite mummy.. ni hah! Ni Chicken Teriyaki with pasta, Chicken Garlic Cream , Prawn Curry Laksa dan dessert istimewanya Waffle Pisang Bakar dengan Gula Melaka. Sedap bakqhang! Apa-apa pun meh sini mummy nak tunjukkan kawan-kawan yang turut serta dalam ageda makan-makan malam tu..
Yang tengah tu Amy.. Wartawan Sinar Harian.. dan Kak Zura Penulis Bebas dan juga Food Blogger
Ada Fizi, Cik Diva, Aeril dan juga Cik Farah kita.. Sekali sekala jumpa memang gamat.. Nasib baik tak retak dinding-dinding kat tepi tu..hehhee
Ok..meh meh sini mummy memperkenalkan menu-menu yang best yang terdapat kat sini.. Firstly mestilah dessert kann.. Mummy kan suka makanan manis-manis supaya mummykana manis sentiasa..hahahhaa #matiklahmakkmasukbakulangkatsendiri Ni ha... Waffle Pisang Bakar dan Gula Melaka. Sedap! Gula Melaka tu manis sesedap rasa.. ngam ngam orang kata
Chicken Teriyaki with pasta
Chicken Garlic Cream
Burger.. Sedap semuanya dibuat sendiri termasuk roti dan juga dagingnya..yumssss!
Lamb Chop.. Dap! Cuma dagingnya agak liat sedikit.. so kunyahlah 44 kali..ahahha
Prawn Laksa.. Tapi specialnya ianya menggunakan Spagethi dan menggunakan perencah seperti membuat Laksa Sarawak . Tak guna behoon seperti biasa dan ditambah sos creame yang membuatkan ianya berasa lemak-lemak manis..Sedap! Udang pun banyak.. Manis-manis semuanya! Yumsss
Melaka tanpa Asam Pedas memang ngam..Umpama Lagu dan Iramalah kan.. Hamboii bermadah pujangga mummy ni tau.. Perut kenyang katakan..hahhaa :P
Ok! Asam Pedas daging ni tak pedas sebenarnya.. Minyak pun tak banyak dan masam pun tak berapa nak masam.. So sesuai sangat yang sibuk nak jaga badan tapi tak nak banyak minyak dan pedas-pedas.. Budak-budak pun boleh makan jugak tau...
Thanks For Reading! Wassallam..
16 Comments
Assalam , mummy lamaya tak singgah blog mummy , maaf tau ! jumpa kat ig je ... :) btw sedap nampak makanan tu!
ReplyDeleteWslm Yana.. Samalahh soriii.. Mummy busy nau, dah lama tak blogwalking... huaaa
Deletesemuanyaaaa nampak sedap mummy!! alahai tak dinner lg. dap2
ReplyDeleteMemang sedap Nina.. YUmmy!Nanti mai Melaka try la na..hehhe
DeleteAlaa..terus terasa nak makan sedap2
ReplyDeletehahhahaa.. Sila sila SA.. dappp..
Deletedah tergoda dengan menu di le que ni....
ReplyDeletehahhaha.. Mummy pun tergoda jugak..hhhaha
Deleteboleh singgah nti kalau pergi melaka
ReplyDeleteSila sila Lisa.. Dapp..Yummy!
Deleteamboi mummy, nmpk udang tu lg sedap..
ReplyDeleteSedap Zie.. mai la sini kita udang tu..hehehe
Deleteyummy ... nampak sedap semua menu tu :)
ReplyDeleteaaa menu menu kat sini memang sedap.. sebab tu pemes..hehe
Deleteluas dan simple deco ... memang sesuai untuk family :)
ReplyDeleteaaa.. sempoi kata org utara... aaa bawak anak-anak pun mudah nak control.. takde pun deco yang sarat barat
Delete