Pengalaman Pertama Menaiki ETS dari Penang ke Melaka

by - May 03, 2017

Assallamualaikum...


Rasanya dah berpuluh tahun tak naik keretapi.. Dulu Pak Angkat mummy driver keretapi.. So selalulah merasa naik.. Asal naik je  pastu  bila train stop rasa macam tak jejak bumi... hahhaa.. Pening loya segala macam rasa la..  

Dulu naik Senandung Malam bila nak balik rumah Tok dari Kluang ke Teluk Intan Perak.. So ambillah seat jenis katil? Duduk pulak belah bawah , sekali passenger kat atas pruttttttt...!! "lepas gas" adoiii rasa macam nak pitam weiii... !! Hahhaha Mummy rasa waktu tu la experince paling ngeri zaman kanak-kanak.. Bayangkan mummy la ni dah tua pun still ingat lagi.. Waktu tu memang rasa serik nak naik keretapi.. Tapi naik jugak..kang tak pasal-pasal tak dpt jumpa tok ngan wan..  hahahha 

Yelah family mummy bukannya datang dari keluarga yang senang , banyak sungguh onak duri dalam kehidupan.. So kemudahan keretapi  adalah jalan terbaik  yang murah dan selesa untuk pulang ke kampung... 

Tapi tu dulu dengan sekarang harga keretapi memang boleh tahan harganya.. Tapi berbaloi lah kan.. harga dan jangkamasa perjalanan tu.. Memang pantas.. nak nak sekarang ada ETS.. berdesup baqhang! hehehehe





Posing dulu sementara menunggu komuter di Stesen Simpang Ampat,P.Pinang ke Taiping.Dari Taiping barulah mummy menaiki ETS ke Melaka ( Pulau Sebang/ Tampin)
Nota : Jangan tiru aksi diatas merbahaya ( Kitaorang posing dibawah pemerhatian org-org KTM disitu ) 


Baru-baru ni mummy telah terlibat dengan kemalangan kecil yang telah membuatkan mummy sekeluarga patah kaki.. (kemalangan kecil ni mummy nanti mummy citer kat entry lain okay)  . Susah betul bila takde transport ni, nak ke hulu ke hilir.. payah! Tapi takpe Allah dah adjust ada yang baik sedang menanti kat depan tu.. Tunggu dan lihat je.. Mudah -mudahan.. Amin

Diatas satu sebab , mummy dan hero-hero mummy terpaksa pulang ke Kampung (Penang). Memandangkan kereta yang dihantar ke workshop dah hampir sebulan tu tak siap siap jugak.. Mummy kenalah pulang menaiki Bus ke Penang . Hat ni pun dah lama gilerr tak naik.. tapi tak lah selama menaiki keretapi tu.. lagi lamaa.. Naik bus pukul 9 malam  sampai Tol Juru tu 5 pagi... fuhhhhh.. miong kepala..!   Pukul 6 breakfast , mandi , solat bla bla , siap-siap pulak mummy nak mengajaq budak-budak melukis... perghhhh .. Mencabar betul..! Nasib baik mummy ok je.. Habis kelas terus pengsan... hahhahaaha

Dah settle segala keje di Penang mummy pun cadang nak beli tiket bus balik Melaka.. Tapi Abah mummy cakap trylah naik train/ ETS ni.. yelah waktu kete kat workshop ni lah ada peluang nak naik.. Hari lain harammmmm... ahhahaha 😝😝😝 Sesungguhnya Abah mummy dah paham sungguh ngan anak dia sorang ni, suka naik kete sebab boleh borong sakan bila balik kampung.... hehehe



Susah jugak nak beli tiket bus dari Simpang Ampat , Penang ni ea.. Kat sini ada je station keretapi tapi ETS takde kat situ.. So mummy kenalah naik dari Bukit Mertajam , Parit Buntar takpun Taiping.. Cari punya cari.... Dari Taiping ja ada seat kosong tuk mummy dan hero-hero.  So confius jugak nak naik dari Taiping tu.. Jenuh Abah nak hantar sampai pi Taiping..




So Penjual tiket tu suggest beli tiket komuter dari Simpang Ampat pi Taiping.. Harga tuk Mummy dan Hero-hero hanya 15.50 hengget ja. Murahkan..! naik pun sekejap je dah sampai.. Mummy bertolak dari jam 12.50 tgh dari Simpang Ampat.. Pastu sampai Taiping dalam jam 1.30 tgh giteww.. Cepatkan.. Yelah Taiping tu bukan jauh mana pun.. kannn 

Tiket ETS dari Taiping ke Pulau Sebang , Melaka ni berharga RM 214 hengget semuanya . Harga tiket Dewasa RM 84 ( Mummy ngan Mukhriz sebab Mukhriz dah 14 tahun, so takyah berangan nak tiket kanak-kanak lagi ... so tuk hero kecik mummy ( Tiket Kanak-kanak RM 46 ) ......  So mahal la kann jika dibandingkan menaiki bus.. Tapi dont worii mummy rasa berbaloii  naik ETS ni .. Banyak kemudahan baqhang.. ! Walaupun ianya tak sempurna, takpe..yang penting ada dari takde kan..




Antara kemudahan 

Tandas
Surau
Cafe
Plug Point
Tempat duduk yang selesa  
Ada televisyen 
Pramugara-pramugari yang segak-segak.. ehhh!


Disediakan sekali minuman dan makanan ringan sebagai alas perut. Kalo lapaq jugak boleh beli je kat cafe.. tapi harga boleh tahan.. ala setakat nak alas perut tu makan sandwich cam mummy pun dah ok

Yang tak menariknya

Muka redha kena beratur nak masuk toilet 



Toilet tu tak banyak... ada satu je 
( so memang jenuh menunggu amik turn, kalo yg kecil kejap kalo hat besaq tu memang berjanggut tunggu) hahaha

Surau tu kecik je.. 
Kalo masuk waktu memang jenuh kena amik turn

Cafe
Biasalah pi mana-mana harga memanglah mahai sikit . Kalo darurat je baru boleh makan.. mummy and the geng beli sandwich ja, buat alas perut.. tak mampu nak beli beehoon goreng RM8.00+++.. dengan position dia yang sejemput  je.. 


Tempat Duduk 
Bayangkanlah tempat duduk mummy hadap ke depan, tapi keretapi bergerak ke belakang, Peninglah jugak.. Hero-hero mummy siap muntah lagi.. hahaa.. Semua tobat tak nak naik dah..  Ala sekali sekala ja pun bukan selalu kan.. hehehee

Plug Point..
Kalo ada nak charge phone tu , boleh charge tapi plug point tu kat  bawah seat , jenuh jugak nak membongkok cari plug point.. Last last mummy charge pakai power bank je.. Tak kuasa mummy nak nongeng nongeng cari plug point.. I'm too sexy nak tonggeng tonggeng hokay.. hahahha 😝😝 

Jadual Perjalanan ETS


Tu jelah yang mummy nak cerita, overall okay je bagi mummy, berbaloilah dengan harga . Pelbagai kemudahan ada. Antara nak dengan tak nak je.. Tapi satu je nasihat mummy kalau plan nak naik train atau ETS tu kenalah beli tiket awal-awal.. Sebab penjual tiket cakap ramai yang booking awal-awal secara online..  OH! lupa pula nak bagitau tempoh perjalanan mummy dari Taiping Perak ke Pulau Sebang/ Tampin Melaka mengambil masa lebih kurang 4.45 minit.. Rasa macam sekejap je walaupun banyak berhenti kat stesen yang telah dilistingkan.Habis macamana nak tau , kita dah sampai ke stesen yang dituju.. Dont Worry! Setiap kali  5 atau 10 min sebelum train berhenti , dia akan maklumkan dahulu... sama ada di screen televisyen mahupun announcement akan dibuat.. So kita kena alert je la ...Jangan korang tidur sepanjang jalan.. Kalau dari Selatan ke Utara.. stesen lastnya adalah  Stesen Padang Besar Perlis dan sekiranya korang dari Selatan nak ke Utara stesen paling last adalah Gemas...

Untuk tempahan Tiket ETS sila klik link dibawah

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

12 Comments

  1. wahh bestnyaa. teringin nak naik train jalan jauh jauh, tapi takut panas bontot pulak. paling jauh pernah pegi kl senttal-port klang. saja gatal . pegi sana, makan kepsi pastu patah balik hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok mummy.. Takdelah mummy panas punggung, hero2 panas. Tapi sekali sekala naik syokk!

      Delete
  2. tak naik ETS lagiii...mommy saja bagi jeles ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila naik Arz.. Kumpul experience.. hehehe

      Delete
  3. memang tak ada mummy selalu naik dr bukit mertajam atau butterworth.. dh baik ke kaki tu kesian anak beranak ni. GWS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah mummy baru tau.. 1st time cuba. Syok gak. kaki dah ok, baru boleh meronda sakan.. hahaha.. Thanks Nina..

      Delete
    2. Jangan risau, para pelajar sekolah menengah ada diskauan 40% dengan syarat aplly kad pelajar secara online bayaran hanya RM 30 dapatkan kad itu, sah laku hingg setahun. Untung tu.

      Delete
  4. prjlnn direct ke mummy @ da tkr train?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaaa perjalanan direct... Naik komuter dari Simpang Ampat-Taiping. Kemudian naik ETS sampai Tampin direct, takde tukar train pun..

      Delete
  5. Saya baru nak try naik. Dari gemas ke Alor star.anak2 ajak naik.
    Masa dulu2 nak rasa cam be

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Nak tanya, toilet berada di coach yang amna? Terima kasih

    ReplyDelete