Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin

by - May 30, 2017

Assallamualaikum...

Korang puasa tak arini? Mestilah puasakan...kan..kan.. Dah plan nak masak apa untuk berbuka nanti. Ni hah! Mummy nak share resepi istimewa kegemaran hero kecik, bukan setakat hero kecik mummy pun suka tau. Dia ni memang peminat setia Ikan/ayam Masak Lemak Cili Padi. Boleh berpingan-pinggan dia makan.  Asal tanya je nak makan apa.. ni lah jawapan dia.. Tapi kali ni mummy jadikan dia Gulai Tempoyak Ikan Patin, style masak dia sama je dengan masak lemak cili padi, bezanya santan tu digantikan dengan tempoyak. Resepi dia ringkas je. Semua bahan-bahan ni confirm ada dalam peti ais korang, kecuali tempoyak tu je la kan.. Ikut musim. Kebetulan masih dalam Musim Durian..so agak mudah untuk mendapatkannya.

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin


Ikan Patin 
Halia
Bawang Merah
Kunyit Hidup
Serbuk Kunyit
Serai
Garam
Daun Limau Purut
Cili Padi ( 7 batang)
Cili Merah ( 3 Batang)
Tempoyak
Daun Pegaga
Kentang 1 biji

Bahan-bahan yang diperlukan

Ikan Patin yang telah dicuci bersih. Kalau rasa masih bau hanyir , ikan ni boleh dicuci menggunakan asam keping mahupun asam jawa.

Kentang tu boleh dipotong dadu. Kenapa nak letak kentang? Tujuannya bagi memekatkan kuah masak lemak tempoyak tulah. Tempoyak tu boleh letak dalam  4 atau 5 sudu besar.

Ok bahan-bahan tuk menumis tu, seperti bawah merah, cili padi, cili merah, halia, kunyit hidup tu mummy gunakan chooper yag dibeli dilazada bagi melumatkannya. Takyah penat-penat nak bawak keluar lesung batu tu.. 


Cara-Cara Memasak

Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, lebih kurang dalam 3 , 4 sudu besar.. Masukkan bahan -bahan yang ingin ditumis.. goreng sampai garing. Masukkan pula Daun limau purut, serai yang telah diketuk, dan juga tempoyak. Gaul sampai rata ye..

Setelah semua bahan itu digaul rata, masukkan sedikit  3 cawan air. Pastikan ianya mendidih.. kemudian masukkan ikan patin yang telah dibersihkan. Gaul ikan yang telah dimasukkan tadi bagi rata. Lembut-lembut tau gaul sebab ikan patin ni jenis mudah hancur. 

Setelah rata.. masukkan 2 sudu kecil garam, daun pegaga dan juga serbuk kunyit. Sesudah mendidih... tapi jangan rasa pulak. Puasa kan! Amik bau je, kalau rasa harum..Insya Allah semuanya sesedap rasa. Tu yang mummy praktikkan untuk sebelum-sebelum ni. Dah siap apalagi hidangkan ke dalam mangkuk. Bagi menambahkan umph! Gulai Tempoyak Ikan Patin ni cukup sesuai dimakan bersama nasi panas-panas  , sambal belacan dan juga ulam-ulaman.



Untuk pengetahuan korang Chooper yang mummy guna ni boleh di beli dan didapati di Lazada. Memang cukup memudahkan kerja mummy. Nak nak mummy ni seorang yang bekerja.. balik balik pun masa untuk memasak jadi suntuk. So dengan adanya Chopper kerja memasak mummy jadi ringan. Dan  yang penting mummy tak perlu mengusung lesung batu untuk menumbuk bahan tumisan. Lenguh jugaklah kalau nak menumbuk bulan-bulan puasa ni kann..hahhaa

Sebenarnya kat Lazada semua bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ada dijual. Periuk ni pun mummy beli kat Lazada.  Termasuklah barang-barang dapur untuk memasak. Hah! tak pernah tengok ?!.. meh meh sini mummy tunjuk. Yang ni untuk Bazaar Ramadhan yang lebih kepada bahan-bahan didapur. 

Untuk barang -barang dapur Diskaun sehingga 60% okay..

Semua da.. Planta, Kiub Knorr, Pasti Sedap Knorr, Serbuk kunyit pun ada jugak tau!

Yang ni pula dibahagian  Delicious Ramadhan  untuk Pekakas didapur . Seperti Kuali, periuk, belendar dan lain-lain lagi. Harga Chopper kat Lazada  pun memang murah .


Periuk , kuali, belendar semua ada dijual di Lazada dengan pelbagai jenama yang boleh dipercayai.  So sempena Marhaban Ya Ramadhan by Lazada ni, korang bukan sahaja boleh mendapatkan barang yang ingin dibeli , malahan terdapat pelbagai barangan berjenama yang dijual dengan diskaun sehingga 90%. Tempoh Promosi ni sehingga 15 Jun 2017 tau. Untuk Riang Ria Raya Sale pula berakhir pada 30 Jun 2017. Apalagi cepat-cepatlah ke website Lazada. 


Website Lazada : http://www.lazada.com.my/

Thanks for Reading! Wassallam.
Love, Mummy JA

You May Also Like

6 Comments

  1. Replies
    1. Tekak sendiri sedaplah.. Tekak orang tak tau lagi .. sbb sedap ni subjektif.. heheehe

      Delete
  2. problem aida ialah tang ikan patin tu.
    ada aje jual. tak reti nak nyiang nyer !

    ReplyDelete