Food Truck Melaka Mall , Melaka

by - May 29, 2017

Assallamualaikum...

Salam Ramadhan.. Bukak apa tu ? Selesai sudah puasa kita yang ketiga. Mesti bekepuk-kepuk menu penuh meja kann..  Serang Bazar Ramadhan lerr tu.. hahaha.. Takpe mummy paham.. Dulu mummy mula-mula sambut ramadhan pun macam korang jugak... 😛😛 hahhaha

Ni mummy nak habaq mai.. Sebenarnya tak semua orang mampu berbuka puasa dengan meriahnya.. Ada je yang sambut sorang-sorang kat kedai secara bujang.. ada jugak yang sibuk berbuka puasa didepan komputer, sibuk kejorr dateline katanya.. hahaha Ok mummy memahami.. so mummy nak suggest kat sini la.. Mana? Food Truck Melaka kat depan Melaka Mall tu. Nak pi sorang pun boleh, ramai-ramai pun boleh.


Ni muka baru lepas tengok wayang " King Athur" kat Melaka Mall dengan Geng Projek Travel dan Gaya Travel. Mummy pun 1st time datang situ. Sebelum ni datang takde pulak.. Baru bukak lah tu..

Sempoi je... Cuma kalau hujan jenuh jugaklah sebab takde bumbung.. Tapi suasana di sini sempoi je.. Banyak pilihan tak kiralah nak minum mahupun makan. So kalau nak berbuka puasa sorang-sorang, family atau kengkawan pun boleh.

Terdapat lebih dari 10 buah food truck dengan pelbagai menu yang menarik dan sesuai untuk korang nikmati. Tak kiralah pada bulan puasa mahupun bulan tak puasa.

Antara Food Truck yang terdapat disitu..
 Lepak-lepak sambil layan halwa telinga dengan busking


Melaka Food Truck di Melaka Mall

Lokasi 
Melaka Mall Ayer Keroh Melaka 
(Hadapan Jaya Jusco Ayer Keroh) Melaka

Masa
6.00 petang -1.00 pagi

Tarikh 
Dibuka setiap hari

Rasanya lah kalau sempat, nak sahur pun boleh kan.. 1.00 pagi kot tutup.. hehehe Apa-apapun wahai orang Melaka datanglah beramai-ramai memeriahkan Food Truck kat Melaka Mall ni.. Angkut sekali family.. Lagi ramai ,lagi meriah. hehhee

Thanks For Reading! Wassallam

You May Also Like

4 Comments