"Bazar Buka Puasa" -Buffet Ramadhan The Settlement Hotel Melaka.

by - May 28, 2017

Assallamualaikum...

The Settlement Hotel ini merupakan sebuah hotel yang mewah dengan budaya. Memaparkan  konsep tradisional dengan elemen Baba Nyonya di setiap perincian hiasan dalaman keseluruhannya. Hotel ini mementingkan evolusi budaya dan hospitaliti dalam perkhidmatan kepada tetamunya. So kepada sesiapa yang datang kesini akan dapat melihat keseluruhan konsepnya iaitu Peranakan Baba Nyonya yang juga merupakan salah satu Masyarakat yang terdapat di Melaka ini


Sempena bulan yang mulia ni , The Settlement Hotel Melaka  ada menyediakan buffet Ramadhan aka Bazar Buka Puasa yang berkonsepkan  "Kampung" Style . 

Terdapat pelbagai menu tradisional seperti Udang Lemak Nenas Nyoya, Daging Kawah Utara , Daging Salai Masak Lemak Cili Api dengan Mangga Muda , Lala Kam Yeong , Ayam Percik , Ikan Jelawat Tempoyak , Char Kuey Teow , Nyonya Assam Pedas , Ketupat dan Lemang  dan pelbagai lagi menu termasuklah pelbagai jenis kerabu . 

 Sup Ekor
 Dessert
Sagu dan Gula Melaka
Masakan Kampung yang berbagai pilihan

Mummy di booth Roti John

Bukan setakat itu sahaja , pelbagai gerai-gerai kecil yang berkonsepkan "panggang " seperti Pak Isa Roti John , Laksa Jonker Baba Nyonya , Bincang Petang Goreng-goreng dan juga  Sup Ujong Pasir Korner.  Setelah enak menjamu dengan pelbagai menu yang terhidang korang juga boleh menikmati pelbagai jenis dessert tradisional seperti Sagu Gula Melaka , Bubur Jagung , Leng Chee Kang dan lain-lain lagi..

Ulam -ulaman
Bazar Buka Puasa 

Masa : 6.30 petang-10.00 petang 

Tarikh : 3 Jun hingga 23 Jun 2017 

Harga : RM 68++ per-person 
RM 40++ per person for kids ( 4 tahun-12 Tahun)
( Early Bird  RM 62 net-15% diskaun)

Nota : Surau Disediakan..

Lokasi : No.63, Jalan Ujong Pasir , World Unesco Heritage City Melaka , 75050 Melaka , Malaysia.

Tempahan : Tina ( 012-3561448)
Tel No: 06-2921133
Fax : 06-2924700


Thanks for Reading! Selamat Berpuasa dan Selamat Mencuba..

You May Also Like

0 Comments