Pesawat MAS MH128 Terpaksa Berpatah Balik kerana Cubaan Ceroboh KokPit Pesawat
Assallammualaikum..
Petikan Berita dari Harian Metro
INSIDEN gangguan daripada penumpang sehingga pesawat MH128 yang dalam penerbangan dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik berakhir selepas penumpang yang membuat kecoh ditahan bahagian keselamatan lapangan terbang dan semua penumpang selamat meninggalkan pesawat.
Dalam kenyataan terkini daripada Malaysia Airlines pada 12.19 tengah malam, semua penumpang yang sudah meninggalkan pesawat menjalani pemeriksaan keselamatan oleh pihak berkuasa Australia.
Penumpang diberi kemudahan hotel dan ditawarkan untuk menaiki penerbangan seterusnya berdasarkan kekosongan atau menggunakan penerbangan syarikat lain.
Malaysia Airlines akan berkerjasama dengan pihak berkuasa Australia dalam menyiasat insiden yang berlaku.
"Kami ingin menegaskan bahawa tiada unsur pesawat dirampas.
"Keselamatan penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan ini memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku," katanya.
Pesawat MH128 yang berlepas dari lapangan terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.28 pagi, Khamis.
Bagaimanapun, pesawat terpaksa berpatah balik selepas kapten menerima maklumat daripada anak kapal ada kekecohan berlaku apabila penumpang cuba masuk ke kokpit.
Susulan kejadian itu, akhbar tempatan Australia, Daily Mail melaporkan Lapangan Terbang Tullamarine ditutup dan pesawat diperiksa unit pemusnah bom.
Petikan Berita dari BH Online
PESAWAT Malaysia Airlines MH128 yang berlepas dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur hari ini, terpaksa berpatah balik selepas menerima gangguan daripada seorang penumpang.
Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba Kuala Lumpur pada 5.28 pagi ini (waktu Malaysia).
Bagaimanapun, pesawat terbabit berpatah balik selepas kapten pesawat berkenaan menerima maklumat daripada krew kabin yang memaklumkan terdapat seorang penumpang cuba memasuki kokpit. "MH128 selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada 11.41 malam waktu tempatan dan kini menunggu ketibaan pasukan keselamatan," katanya.
Info Lebih Lanjut klik : http://www.news.com
Wassallam, Thanks for Reading!
20 Comments
Wow. Nasib baik tak jadi lebih teruk kan.
ReplyDeletekannn.. tulah mula2 baca berita online seriau jugak..Syukur Alhamdullilah takde apa2..
DeleteMmg betul la ye kejadian ni. Ada terbaca masa sahur tadi. Munir xde kemalangan jiwa
ReplyDeleteaaa betul Mama.. Syukur Alhamdullilah takde apa2..
DeleteSungguh gempar... dah masuk berita tadikan..
ReplyDeleteaaa gempar satu Malaysia... aa masuk berita aritu..
DeleteBahaya begini patut di hindar awal
ReplyDeleteTulah hopefully.. harap MAS dpt buat tindakan yg lebih bijak lepas ni...
Deletesakit jiwa orang tu katanye., huhu2
ReplyDeletesalam ramadan mkcikmummy tu ., ;p
Tulahhh.. ++ mabuk sekali kot..katanyalah..
DeleteSalam Ramadhan jugak Wak..!
tak boleh bayang kan la mummy kalau kita yg ada dlm flight tu. Huhuhu...
ReplyDeleteserammm rasanya. Btw, salam ramadhan mummy! =)
Jgn bayangkan terlintas pun tak sanggup... Ngeri bunyinya...
DeleteSalam Ramadhan jugak Aina...
bila teringatkan flight MAS ni teringat kes-kes sebelum ini..mudah-mudahan semuanya selamat sahaja.
ReplyDeleteTu yang buat lagi ngeri bila memikirkannya... Insya Allah segalanya dah selamat..Syukur Alhamdullilah
DeleteAda jugak tgk youtube...
ReplyDeleteBerita ini tersebar seantero dunia SS.. hehhe
Deleteseram pulak kalau ada dlm flight tu.. heeee
ReplyDeleteDengar pun dah ngeri apatah lagi berada disituasi..Syukur takde apa2 buruk yg jadi..
Deletesemoga dijauhkan dariperkara yang tidak sepatutnya sudah cukup dua insiden yang memilukan negara
ReplyDeleteSiqah pun baru tahu kisah ni. Semoga dijauhkan negara kita daripada inside seperti ini lagi..
ReplyDelete