Kisah Sebalik Ikan Parang Masak Lemak Cili Padi..

by - June 05, 2017

Assallamualaikum.. 

Salam Ramadhan Korang.  Dah masuk Ramadhan ke 9, dah beli baju raya ke ? Mummy ni masih belum bermood raya.. Pakai je apa yang ada macam tahun-tahun yang lepas... Eh eh.. bukak apa puasa apa tadi..? Lupa pulak nak tanya, ingat korang dah raya dulu Hahhaha

Mummy bukak puasa apa? Ni ha..makan masak lemak cili padi  je. Mummy ni hah! Tak habis-habis cerita pasal Masak Lemak kan.. Dah nak buat lagu mana? Masak menu lain-lain hero kecik tak buat hal, masak menu ni macam-macam peel hero kecik wat keluaq.. 

Arini dah kebuntuan idea nak masak apa? Tengok dalam peti ais ada ikan parang.. adehh.. 

"Ermmm.. Nak masak apa ea?? Kang masak Asam , Baru je masak aritu.. Takpa masak Lemak Cili Padilahh.. Ala habis kuat dia makan 2 pingan je kot kann...  

" Bisik hati mummy



Settle berbuka dan solat bagai.. Mummy siap-siap nak pi surau.. ala surau depan rumah je kot, takkan nak malas-malas kan. Bukan kena isi minyak pun.. hehehe

" Adik cepat siap! Jom pi Terawih!" 
Mummy jerit 

Diam

2 minit kemudian

Dia siap pakai baju pi surau..

" Mummy Adam sampai Isyak je tau.. pastu Adam balik.. Ala tak larat la nak buat" 
Ngomel Adam..

Mummy diam.. pastu terus je berjalan ( Dalam hati je cakap .. Suka hatilah dik, Yang penting hang tau jalan nak pi Surau.. kang dah tua-tua  buat perangai , kata mummy tak pernah ajak , tak pernah ajaq.. huhuhu) 

9.45 malam .. Lepas terawih 

Seperti biasa , terus je gomol-gomol Panda , Comel dan Black. Usai tu terus je Workstation melukis , tak pun belek-belek blog dan fb kawan-kawan. 

Tiba-tiba

Mummy ikan tinggal sekoq, habis kita sahur nak makan apa ? " 
Adam meluahkan kerisauan dia..

Eh! 1 ketul je tinggal ..? Bukan tadi ada 2 ketul , yang mummy makan tak habis tadi tu kan ada lagi bawah tudung saji..? Aku mula membebel musykil...?!

"Hehehehee.. Adam dah makan tadi , waktu mummy pi terawih.. 1 ketul lagi Adam nak makan lah sekarang.. " 
Adam buat muka sekupang..

Habis Adik makan dah berapa pinggan ni? Soal mummy

"Ala sikit je.. 3 pinggan..  Satu waktu bukak puasa , satu waktu mummy pi terawih , satu lepas mummy balik terawih... " Adam terangkan satu persatu.. 

Adoi la Adik .. habis sahur kita nak makan apa pulak ?  eh Mummy pulak bersoal -jawab

Ala yang satu tu Adamlah makan, mummy takyahlah makan! Hahaha.. Adoii dia buat lawak.. oii tak kelakar tau!

Kecik besor je aku tengok hero kecik mummy ni.. Bila mummy masak lebih tak habis , masak ngam-ngam tak cukup.. Hailahh anak.. Ikan tu besaq kot, banyak tulanglah pulak.. mummy yang kuat makan ni pun makan tak habis.. hurmmm urut dada jap... 

Tulah kisah hero kecik ngan menu favourite dia...  7.30 malam sehingga 9.45 malam .. 3 pinggan telah selamat dingap dengan seleranya.. Apa-apapun Syukur Alhamdullilah. Dapat anak kuat makan  , seronok bila memasak. Walaupun adakalanya rasa macam nak cari batu belah batu bertangkup.. Asyik kempunan je nak makan. Nasib baik telur Ikan parang tu dia tak reti makan.. hahhaha #guraujelah.. 😝😝 ehh! Gurau ker.. betuilahh.. Batu Belah Batu Bertangkup, Makanlah aku, aku kempunan Ikan Parang Masak Lomak Cili Padi.. hahha 😝😝🤣

Thanks For Reading! Wassalam..

You May Also Like

26 Comments

  1. Wow confirm mama masak sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy masak biasa2 aja, Tapi anak mummy dah takde pilihan kena makan je lah..hahha :P

      Delete
  2. hahahaha~ "sikit jek 3 pinggan.."

    amboi tau dia punya sikit tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... 3 Pinggan sikit katanya.Kalo mummy 3 pinggan tu kena lari balik 21 km baru boleh slim balik..ahahha :P

      Delete
  3. Wah terawih sana cepat abis..sini 10.30 baru setel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imam sini baca laju kot hahaha... hat ni 8+3 ja Makk..hehhe

      Delete
  4. Tu tanda mummy masak sedap sgt la tu..(bak duhet raya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha..Sedaplah sgt! kikiki.. Meh sini meh salam dulu..hahha :P

      Delete
  5. baguskan ..kalau makanan boleh dihabiskan...

    tak membazir..

    kalau menu sahur..simple sahaja pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy memang masak simple2 je tak kiralah untuk sahur mahupun berbuka, yang confirm boleh habis..hehhe Tak perlu membazirkan

      Delete
  6. huhuhuh...boleh pula ya dia makan sorang ja...kuat betul dia makan...tapi masa muda-muda dulu pun saya kuat makan...bila dah bergelar bapa ni ja kurang makan skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala biasalah budak2 baru nak up..memang lagu tu..hehhee :D

      Delete
  7. Hehe. Comel Adam <3 Bertambah seronok Mummy nak masak lagi dan lagi bila anak makan dengan selera kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Semangat nak masak hari-hari sampai taktau la nak masak apa hari ni..hehe

      Delete
  8. bulan puasa ni camtu la, serba tak kena masak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Jenuh pilih menu nak masak..hehhe

      Delete
  9. Hai Assalamualaikum

    Saya Mayy (MJ) datang melawat/follow dari group AFB.. Selamat berkenalan :)

    ReplyDelete
  10. Sedap sangat ni mummy masak sampai tiga pinggan Adam makan. Heheh. Terliur pulak tengok masak lemak ikan parang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sedap mana pun.. dia dah takde pilihan..wakakah... Yummy!

      Delete
  11. Feberet adam lah ni masakan ikan masak lemak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa peberet dia ..Asal tanya nak makan apa..yg kuning2 tu jugaklah jadi pilhan.pitam

      Delete
  12. sedapnya..lemak-lemak ni feveret suami

    ReplyDelete
  13. suka juga masak lemak hehhe kalau boleh nk kuah byk dr isi

    ReplyDelete
  14. aida terpaksa setuju.
    best kalau dpt anak suka makan.
    berbaloi kita masak, kan...
    hilang penat bila semua yg kita masak abis licin.
    aida biasa akan masak lebih skit bila tau kerenah anak yg suka makan lauk tertentu.
    and utk sahur aida asingkan awal-awal.

    ReplyDelete
  15. Ohhh begitulah alkisahnya,...
    geram tengok lauk tuh hahahah

    ReplyDelete