Lokasi Baru Pasar Besar Melaka Central Melaka

by - October 29, 2017

Assallamulaikum...

Dah lama betul tak pergi Pasar Besar Melaka Central , Melaka ni .. Selalunya mummy akan ke Pasar Borong takpun Shopping Mall takpun Pasar Malam bagi membeli barang-barang basah.. Senang sikit.. Sebab kalau nak ke Pasar ni kita kenalah  bangun awal pagi barulah dapat ikan yang segar-segar belaka.  Tapi tulah sejak jadi "makpak" ni pagi-pagi memanglah teramat sibuk . Nak kemas rumah , basuh baju , sidai baju, masak breakfast dan lain-lain lagi.



Kebetulan arini , kerajinan terlebih sedikit dari biasa sebab dah settlekan hal rumah malam sebelumnya so adalah banyak masa terluang. Lagipun hero besar ni tak kuat makan dan cerewet macam hero kecik. So mummy suggest breakfast kat luar je aritu. 

Untuk makluman korang Pasar Besar Melaka ni akan berpindah di lokasi baru iaitu di Hadapan Pasaraya KipMart di Bachang , Melaka tu. Takdelah jauh sangat dengan lokasi lama Pasar Besar yang dulu ni. Peniaga-peniaga di Pasar Besar ni akan berpindah mulai 1 NOVEMBER 2017 .  Dimaklumkan juga bangunan baru yang dibina ni merupakan ruang niaga setingkat ja bukan sepertimana bangunan lama yang dibina 2 tingkat. So senanglahkan nak mengusung troli. Tak perlu lagi nak naik tangga kalau nak bersarapan pagi. Mudah dan pantas jadinya. 

So kalau korang tetiba nak pergi Pasar Besar .. Tetiba eh! Mana Pasar ni.. hah! Jangan bilang mummy tak habaq na.. Untuk makluman korang jugak , Pasar Besar ini akan berpindah disebabkan oleh bangunan asal Pasar Besar Melaka Central yang mengalami keretakan bangunan yang agak teruk dan juga bakal mengundang peniaga dan juga para pengunjung Pasar Besar ni. So selepas perpindahan ini, kerja-kerja baik pulih kerosakan dan keretakan akan dapat dilakukan dengan sempurna. 

Ok Thanks For Reading! Wassallam.. 

You May Also Like

5 Comments

  1. Replies
    1. Bangunan baru, tapi lantai dia banyak yg retak..

      Delete
  2. Maaf nak tanye pasar besar melaka sentral ni dah siap ke belum..sebab end mth kami nak turun ke melaka..terimakaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasar Besar yg kat Melaka Sental masih tak siap lg dan still tiada kerja2 baik pulih dijalankan. So pasar besar Melaka masih dihadapan bangunan KIP Mart Melaka

      Delete
  3. Askum saya nak tanya pasar besar melaka dekat mana sama jam operasi jam berniaga jam berapa please

    ReplyDelete