Cara semak keputusan peperiksaan anak anda dengan cara yang mudah dan pantas dengan SAPS
Assallamualaikum...
Zaman telah mengubah segalanya.. Giteww! Dulu takde sistem-sistem online bagi ibu bapa melihat keputusan peperiksaan anak-anak. Sekarang semua sistem dah ada. Mudah dan pantas. So anak-anak dah tak boleh nak sorokkan lagi report card dan meniru tandatangan ibu bapa lagi . Hanya berbekalkan no kad pengenalan, nama sekolah , negeri.. Semua data tentang peperiksaan pelajar mudah diperolehi secara online.
Buat masa ni anak mummy ok je bila tiba situasi tunjukkan laporan peperiksaan, cuma waktu nak tunjuk tu dorang selalu bagi waktu pagi-pagi nak pergi sekolah. Ini semua gara-gara takut kena lecture sepanjang malam.. hahah Akai panjang namanya. Kalaulah result exam tu sepanjang akalnya, dah senang hati mummy. Takyah nak lecture panjang-panjang. hehehe
Apa itu SAPS ?
SAPS itu adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN, PPD. Ni rupanya website SAPS tu.

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
Semakan keputusan peperiksaan online hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Segala keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM. Peperiksaan sekolah termasuk Ujian 1 dan 2, Peperiksaan pertengahan tahun, Peperiksaan akhir tahun dan Peperiksaan percubaan.
- Melayari ke laman SAPS: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
- Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No IC/Sijil lahir, Negeri, Nama sekolah dan tahun.
- Tekan semak.
- Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan.
Sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa harus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas pelajar berkenaan. Kejadian ini biasanya berlaku disebabkan kesalahan pengisian nombor IC di APDM. So guru-guru haruslah cekap dan pantas dalam menggunakan website ini untuk mengisi data-data tentang pelajar.
Langkah-langkah membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar.
Sistem seterusnya akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan terperinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif.
Bagaimana sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak?
Sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa harus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas pelajar berkenaan. Kejadian ini biasanya berlaku disebabkan kesalahan pengisian nombor IC di APDM.
Selamat melihat keputusan peperiksaan anak-anak anda ye.
Thanks for Reading! Wassallam..
1 Comments
Baru nk try check result PMR rupanya x boleh?
ReplyDelete