Petua Menjadi Wanita yang Cantik Tanpa Kos

by - November 01, 2017

Assallamualaikum..

Zaman sekarang ni ramai sangat nak cantik sebab itu terlampau banyak produk kecantikan yang mucul diluar sana bagai "Cendawan Tumbuh Selepas Hujan" , tapi kebanyakan juga sekadar cantik diluar tapi dalaman masih banyak yang perlu diperbaiki. So ni ada beberapa tips untuk menjadi wanita yang cantik tanpa kos. Tapi Ingat!   selepas dan makin cantik dan berseri tu kita berusahalah untuk mencantikkan dalaman bagi seiring dan sejalan. Insya Allah.. Antara tips-tips yang boleh dicuba adalah seperti berikut :-
  1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
  2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
  3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
  4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
  5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan 
"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"
  1. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi
  2. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan
  3. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
  4. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud
  5. Amalkan hari-hari....in sha Allah kelihatan 'cantik'.
Sumber Informasi : Facebook Petua Ibu


Tips Cantik dan berperibadi Mulia

  1. Rawatlah wajah anda secara teratur , rambut dan tubuh badan anda dengan bahan-bahan alami serta tiada kesan sampingan . Malahan  tanpa bahan-bahan yang boleh mendatangkan syak.
  2. Gunakan Make-Up atau kosmetik secara sederhana dan tidak berlebihan .
  3. Pakailah pakaian yang terlihat menarik dan mengindahkan penampilan dan bukannya menyakitkan mata yang memandang.
  4. Selalu taat akan suruhannya dan beribadah kepadanya bagi mengelakkan dari perbuatan tercela. Malahan agama kita juga mengajar Islam tu bukan sekadar sembahyang 5 waktu pagi dan malam malahan Islam itu juga sendiri mengajar agar kita senantiasa berakhlak mulia.
  5. Sering menolong sahabat-sahabat/ sedara mara / keluarga  yang berada dalam kesusahan dan bukan menyombong dengan kelebihan yang ada. Menolong juga bukan sekadar dikategori dalam menghulurkan wang ringgit , malahan meminjamkan telinga dan menjadi penasihat yang baik juga merupakan dikategorikan sebagai "Menolong".
  6. Jangan berkata yang bukan-bukan aka fitnah tanpa korang pasti akan kebenarannya. Lebih baik berdiam  seribu bahasa dari menambah dosa.
  7. Tersenyumlah! Sebab semakin kurang manusia zaman sekarang yang suka tersenyum.. Tersenyum bukan bermaksud menjual diri atau ramah terlebih  , tapi ianya membuatkan orang sekeliling senang akan kehadiran kita dan ianya juga akan menambahkan seri wajah kita juga.
  8. Berbicaralah dengan sopan , dengan nada yang rendah , jangan mudah melenting agar kita senantiasa kelihatan anggun.
  9. Seringlah tertawa kerana menurut penyelidikan tertawa akan menampakkan wajah kita lebih muda dan secara tidak langsung akan memancarkan kecantikan diri.
  10. Kurangkan bercakap  benda yang bukan-bukan dan bercakaplah bila perlu sahaja. Bukan sombong tetapi bercakap yang bukan-bukan ini akan lebih kepada menambahkan dosa .
Sumber Informasi : http://arenawanita.com/

Jomlah kita sama-sama menjadi wanita yang cantik luar dan dalam dan terus berusaha kearahkannya. Memang susah tapi usaha dan kejayaan pasti akan muncul didepan sana. Semoga berjaya wahai wanita..

Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

4 Comments

  1. Hihi....sangat betul kena jadilan amalan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Jadikan amalan barulah menjadi petuanya..heheh :D

      Delete
  2. haaa...memang bagus tips ni...note for my self...hihiih

    ReplyDelete