Baju Nasi Lemak ke Persada Dunia

by - November 02, 2017

Assallamualaikum..

Pernah tak korangkan bayangkan menu sarapan pagi korang iaitu Nasi Lemak dijadikan pakaian dan diperagakan oleh seorang Miss Universe di Persada Dunia. Bunyi pelik tapi itulah kenyataannya. hehehe . Kini semua itu tidak lagi mustahil dengan kehadiran pereka -pereka fesyen yang cukup kreatif pada masa kini. Satu dihidangkan didalam pinggan , satu dihidangkan di tubuh badan manusia. 

Busana Nasi Lemak 

Sepinggan Nasi Lemak

Sebelum ini Miss Universe 2016 memperagakan Busana yang berbentuk Bangunan KLCC dan telah menjadi viral di media sosial tapi tahun ini Busana Nasi Lemak menjadi taruhan. Busana ini akan diperagakan di Los Vegas pada 26 November 2017 ini sebagai gaun petang.

Gaun petang ini juga telah dicipta oleh seorang Pereka Fesyen Malaysia yang masih baru dalam dunia fesyen  iaitu Brian Khoo dan busana ini juga akan dipakai oleh Miss Universe Malaysia 2017 iaitu Miss Samantha Katie James.

Mummy teringat zaman-zaman yang sebelum ini, pakaian tradisional yang berunsurkan songket dan batik sering menjadi pilihan dan taruhan dalam sesuatu pertandingan atau pelbagai acara rasmi Malaysia.  Bukan itu sahaja negara-negara lain juga menampilkan pelbagai kelainan seperti Thailand dan juga Myanmar yang mengenakan busana yang bercirikan Tuk Tuk ( salah satu kenderaan awam di Thailand) dan Patung Boneka  bagi negara Myanmar.

Ciri -ciri yang terdapat pada Busana Nasi Lemak ini juga  sama seperti sebuah hidangan sepinggan Nasi Lemak seperti Nasi , Ikan Bilis , Sambal, Timun , Telur Rebus dan juga Daun Pisang sebagai hiasan sayap pada bahagian belakang busana ini. 

Namun mampukah pakaian ini menjadi salah satu tarikan dan mencuit hati juri-juri yang mengadili Pertandingan Miss Universe tahun ini dipentas akhir yang bakal berlangsung di Las Vegas hujung november ini ... Kita tunggu dan lihat  ye... Apa-apa pun Good Luck Malaysia. 

Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

11 Comments

  1. Kalau lah begitu gayanya

    Semakin berselera Saya makan nasi lemak..

    Hahahaha

    ReplyDelete
  2. kalau tkde timun & telur mata tu, nampak cantik jg...hihi..
    nanti marah pulak Chef Wan, kata nasi lemak telanjang...huhu..

    ReplyDelete
  3. Uishh siap ada busana nasi lemak.

    ReplyDelete
  4. viral psl isu busana nasilemak

    ReplyDelete
  5. Nampak macam nasi lemak model yang menonjol dari dress tu..oppsss...just kidding

    ReplyDelete
  6. baju tu part sambal tu nampak macam bunga, x perasan sangat. tgk telur setepek. hahaha

    ReplyDelete
  7. Woohoo Rasa nak makan bila tgk baju Tu haha

    ReplyDelete