Nasi Gunting Resepi Warisan Turun Temurun yang terdapat di Melaka

by - November 06, 2017

Assallamulaikum...

Lama sungguh tak makan Nasi Gunting kat Pasar Besar Melaka tu.. tetiba pagi sabtu yang lepas , tekak mummy teringin sangat makan nasi gunting. Lepas subuh mengintai kejap kat bilik hero besar.. Adoii tak bangun lagi. Hurm alamatnya kempunan lagi lah jawabnya.."bisik hati ini".. 15 minit kemudian dia text mummy.. " Mummy kata nak pergi Pasar? .. Jadi ker tak ni?" Apalagi pucuk dicipta ulam mendatang.... dengan pantas mummy menjawab.. "Jom siap sekarang jugak kita pi..!" 

Berdesup hero besar bersiap  nak ke pasar. Hero besar ni okay sikit kalau nak ke pasar jika nak dibandingkan hero kecik yang lebih suka pergi ke Shopping Mall. Lebih bersih katanya. adoiilahhh anak-anak zaman sekarang . Sabooo je lah..


Nasi Gunting ni memang comot, sama comot dengan hidangan sepinggan nasi kandar.. Haih! Lain kali kena kemas sikit kot.. Moga ianya akan lebih mengundang selera pembaca blog mummy..

Setelah memborong sakan membeli bahan-bahan mentah seperti ikan , kupang , udang dan beberapa spesis haiwan yang bakal mewarnai peti ais yang dah makin kontang tu, perut mula menyanyi riang.  Apalagi setelah disumbatkan segala hasil ke dalam tangkapan ke dalam isi perut kereta , pantas je langkah kaki ni bergerak ke bahagian makanan dan minuman di Pasar Besar tu. Dari kejauhan dah nampak Pak Cik yang bersongkok tinggi.
Hah! Tulah Pak Cik yang jual nasi gunting. Senang je nak cari , songkok tinggi tulah trademarknya dari dulu.  Semua tempat duduk yang disediakan dah penuh so terpaksalah mummy dan hero besar menumpang / share tempat duduk dengan pelanggan yang lain. Takpe mummy hokay je, asalkan perut kenyang.. 

"Nasi Gunting 2! Milo Ais Satu! Teh O Nipis Kurang Manis Satu.." Order mummy pada Pak Cik Songkok tinggi. Agak lambat jugak menu yang diorder sampai , tapi takpeleh demi Nasi Gunting sanggup ku tunggu jua.. hehe Lagipun bukan selalu kan..

Apa yang menariknya Nasi Gunting ni?

Ntah sebenarnya tak pasti lak apa yang sedapnya , tapi kombinasi lauk pauk tu yang sedap kot. Ada daging perut lembu yang digunting masak gulai kawah rasanya , ada sambal sikit, ada telur masin , ada cili hijau yang pedas ,  pastu ditambah pula dengan sedikit timun. Gaul-gaul kesemuanya dan makan .. okay sedap! Nak tau sedap macamana kena rasa. Cuma sedap tu subjective la , tekak mummy kata sedap , tekak korang mummy tak boleh nak pastikan . So itu  terpulang kepada korang. 

So kalau korang rasa nak cuba bolehlah cuba. Kat Melaka hanya ada dua tempat sahaja yang mummy tahu menjual nasi gunting ni , satu disebelah pagi Nasi Gunting Pasar Besar Melaka  dan Satu lagi di sebelah TNB Banda Kaba yang dibuka disebelah petang hingga malam. 

Selamat Mencuba.. Thanks for reading! Wassallam.. 

You May Also Like

9 Comments

  1. pernah try dulu. sedap tapi tak kena dengan tekak. Harga berpatutan sangat

    btw kalau balik Melaka, memang wajib singgah pasau tu. hahaha. Mak suka beli belachan la, asam lah, bahulu lah kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah ada setengah kata sedap, ada setengah kata tak sedap... depends ngan orang gak.. hehehe

      aaa Kat Pasar Besar ni memang mcm2 ada, semua fresh tu yang seronok menyoping...hehehe

      Delete
  2. Wow..nampak menarik ni..boleh cuba...

    ReplyDelete
  3. Mama X penah try lagi ni. Sedap eh

    ReplyDelete
  4. Ingatkan nasi tu d gunting rupanya daging lembu gunting? Unik nama

    ReplyDelete
  5. Mohon bantuan. Kat mana alamat nasi gunting songkok tinggi. Dah teringin sgt2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasi di Pasar Besar Melaka berhadapan dengan KIPMART Bachang, Melaka

      Delete
    2. hai mummy julia, tadi emak dari Johor baru call.. katanya nak makan nasi gunting.. search google.. terbaca blog. mummy julia.. tQ for information ;)

      Delete