Pilihan Lunch Set di Tony Roma's Restaurant
Assallamualaikum..
Aritu lunch date ngan Min selepas hampir seminggu lebih tak lepak sama . Min sibuk sangat menguruskan hal ehwal kehidupan dan dok sibuk ulang-alik ke Alor Setar menguruskan hal keluarga.. Mummy apatah lagi sibuk sokmo , sampai tak dapat dikenal pasti sibuk apanya.. hahaha :p
Aritu memang mummy dah plan nak Mahkota Parade waktu lunch hour.. Min pulak message ajak keluar , apa lagi berdesup la mummy. Dah puas meronda , kita orang dok pusing-pusing depan Manhatan Fish Market dan depan juga depan Tony Roma's. Dok confius nak makan apa.. Masing-masing dah malas jalan nak cari kedai makan lain. Tengok pulak dorang ada menyediakan menu lunch set, apalagi pilih punya pilih.. kitaorang lunch kat Tony Romas je. Terdapat 15 pilihan lunch set yang terdapat di Tony Roma's termasuk Lunch Combo.
Antara menu-menu yang disediakan. Tapi kalau nak pilih selain Lunch Set ataupun Lunch Combo ni, menu lain juga ada disediakan. Pilih aje nak makan apa dan order.
Bila bab nak pilih makanan masing-masing dok juling air.. semua rasa sedap dan nak makan. Pastu dok kalut interview Waiteress dan waiter kat situ. Sedap tak menu ni dik ? hahhaa
Pelbagai menu dalam pakej Lunch set kat Tony Roma's ni tau.. Antaranya ada kat dalam gambar dibawah.. Harga pun berpatutan la dibawah budget awal bulan.. 🤣 hahaha Rate harga dalam RM16.90 sehingga RM 45.00 untuk Combo Lunch.
Mummy order Spicy Chicken Pasta dan Min order Fire Grilled Harvest Valley Chicken sekali ngan Butter Rice , air ( Ice Lemon Tea) dan juga sup. Air dan sup termasuk dalam pakej lunch set tau. Pastu ada Free French Bread .. nama apatah lupa.. Yang tak lupa makan.. haha
Spicy Chicken Pasta. Tak spicy sangat pun, kena mintak chili flakes baru leh makan. So kemelayuan tau! hahaha :P
Fire Grilled Harvest Valley Chicken. Yang ni Min kata sedap especially Butter Rice dia..
Yang roti tu free punya..Sup dan air tu termasuk dalam lunch set.
So kalau korang tak tau nak makan apa, korang boleh pilih Lunch Set atau Combo set kat Tony Romas ni. Selain tu juga terdapat pelbagai menu menarik terdapat kat sini sekiranya set yang disediakan tidak menepati pilihan tekak korang. Antara yang mummy suka dan best untuk dimakan adalah Onion Loaf, Tony's Asian Salad with Chicken Grilled dan juga Lamb Rib.
Thanks for Reading! Wassallam
6 Comments
Kena la SA pi lunch kat Tony Romas plak ni
ReplyDeleteMak oii deco dia bersawang sawang. hahaha.
ReplyDeletesedap tuu nak kena terjah Tony Romas pulak lah lepas ni
Sedapnya..lepas ni boleh try makan kat Tony Romas pulak
ReplyDeletenampak sedap tu
ReplyDeleteOkey boleh try nnt ..
ReplyDeleteKalau tanya waitress sume sedap hehehe
ReplyDelete