Tayar Pancit Oii!
Assallamualaikum...
Dah hujung tahun ni, pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh opis mummy..almaklum la hujung bulan ni, cuti sekolah pun bermula. Arini pulak mummy sibuk akan menguruskan ataupun menyibukkan ataupun buat-buat sibuk bagi persediaan goodies bag program yang bakal berlangsung sabtu ni. Program Ride 4 Heart "Jelajah Amal KSK PERZIM". Beli air kotak la, roti la,cekelat la, baju hujan la (almaklumla cuaca la ni kan tak menentu) , itu la ini la.. Seperti biasa mummy memang agak excited la sikit nak kluaq dari opis.. Yelah.. Mummy ni jenis manusia yang cepat bosan...Duduk pulak didalam kotak konkrit! kuncup otak mummy tau! huh ... Kunun! Padahal nak mengulau( kata org Melaka) ahhaha 😝 Weeii ampa mana tau keje dok opis seharian menghadap PC ja, sakit bahu-bahu ni. So amatlah penting untuk kita sekali sekala keluar dari opis untuk melakukan senaman mata dan senaman idea agar kita sentiasa segar dengan idea yang luar dari kotak . chewahhhh..
Setelah siap segala listing barang-barang yang ingin dibeli , apalagi dari satu Shopping Mall ke shopping mall dan kedai-kedai kami singgah untuk mendapatkan "isi" untuk goodies yang terbaik , murah dan juga berkualiti..
Dalam perjalanan sewaktu nak hantar surat atau LO ke kedai penyelenggaraan van , tayar van dah rasa semacam. Sekali check tayar belakang kanan ada paku bersilang dan skru sangkut dalam tayar. Lepas masuk cacing ( istilah kawan-kawan mummy .. padahal lebih kepada aktiviti tampal tayar je) hhaha.. Bunyi sastera sangat tau.. haha.. Van pun berjalan seperti biasa. Kata budak selenggara tu, van boleh jalan macam biasa.. tetapi ditengah perjalanan...jeng jeng jeng
"Eh! Apa bau hangit ni, awat van bergegaq ni ".. masing-masing luahkan perasaan.. Sekali amik hang! Tayar pecah.. !
Tersidailah mummy dan kengkawan ditepi jalan.. Hish! Takde pulak yang nak berhenti walaupun ada sorang kawan lelaki mummy telah menyentengkan kaki seluar dia.. adoiii! Tak gebuss hokay.. Lagi laju kete menongkah arus adalah! Hahaha 😝😝
Nilah reaksi pabila kami berempat tersadai di tepi jalan di sebuah bas stop..Nasib baik tepi bus stop..kalau tak, tak dapat dibayangkan macamana rupa kitaorang.
Ni hah aksi tepuk dahi! Hahaa 😝
Ni hah aksi tepuk dahi! Hahaa 😝
Setengah jam kemudian, tukang repair tayar yang telah ditelefon oleh "pilot" kitaorang muncul jua setelah hati ini rasa macam nak saman "panas" dan juga saman "malu" pabila situasi yang tak diduga ini muncul secara tetiba . Cair tau make-up 14 inci mummy hokay.. hehee
Setengah jam kemudian..
Tukaq tayar
Tayar pecah!
Setelah kerja-kerja penukaran tayar kepada tayar spare selesai , kitaorang terus ke destinasi seterusnya. So sempatlah makan kejap dan balik semula ke pejabat.. lepas tu barulah "Pilot" boleh tukar dengan tayar yang baru. Syukran! 1st time pengalaman tersadai ditepi jalan dengan kengkawan kaki lawak. Agak menyeronokkan walaupun ketiak berlinang , make-up cair , godaan kaki berbulu tak menjadi ....adalah sesuatu yang menyakitkan tapi hokaylah .. Nasib baik pergi dengan kengkawan yang semuanya kelakar dan sempoi, takdelah rasa stress sangatkan. Lagipun bila lagi nak merasakan pengalaman macam ni kan. Just terfikir pergi dengan kengkawan yang hot temper dan suka merungut! adoiii tak dapat bayangkan... huh! Apa-apapun semua yang terjadi ada hikmahnya. :D
Thanks for Reading! Wassallam
14 Comments
Haha.. Aksi tepuk dahi takleh blah la.. :D
ReplyDeleteNAseb baek kawan2 semua sporting.
hahhaha.. Tulah pasai.Ada pulak yg terlintas dengan idea tepuk dahi ni.hehhe
DeletePengalaman yang menarik..
ReplyDeleteKalau ada tayar spare ok la.
Tak runsing sangat tu.
Tulah tayar spare ada. Tapi better yg pakar uruskan. Lagipun van bukan macam kete. hhehe :D
Deleteini kes lama tak tukar tayar ni huhuhu bahaya mujur semuanya selamat
ReplyDeletetayar kena paku ngan skru tu. dah pi bengkel masuk cacing, mekanik kata boleh jalan.Sekali jalan pecah la pulak.. hehehe :D
Deletehahahha.. gambar tu cute.. sporting memasing!
ReplyDeletehahahha.. tulah ada pulak yg terlintas idea lagu tu..heheh :D
Deletehahaha...untunglah boleh mengulau bersenam mata...
ReplyDeleteHahahhaha... Senaman ni boleh menyihatkan mata tanpa perlu makan carrot tau.. haha
Deletehahahaha sempat lagi possing tepuk dahi... adeeiiii korang ni lah ... hihihi
ReplyDeletehhhaah posing itu wajib..wakakakkahhh!
DeleteSenaman mata tu JM suka..terutama bila p shopping brg murah 😬
ReplyDeleteMummy lak suka semua jenis senaman..mata, kaki, tangan..dll semua suka.. hahaha :P
Delete