Resepi Ayam Masak Lemak Untuk Bakal Menantu

by - November 20, 2017

Assallamualaikum..

Hahahaha.. Tajuk tak boleh blahkan.. poyos gilos. Mummy ni bukannnya apa dah nama blog Nota Chenta Mummy so mummy kenala create something untuk masa depan hero-hero mummy kan. Buatnya mummy tak hidup lama , kesian hero-hero mummy tak dapat makan masakan dari air tangan mummy. So kenalah turunkan ilmu melalui blog. hahaha Tak giteww! Kalau bakal menantu takleh masak, hero-hero boleh jugak masak..hahaha Statement redha giler dapat menantu tak pandai masak..hahah :p

Masak Lemak Kegemaran Hero Kecik.

Hero mummy kalau tanya " Adik Ikan ni nak masak apa? Ayam ni nak masak apa? Confirm confirm dah tau apa jawabnya. "Masak Lemak Cili Padi tau mummy" Adoii pitam mummy tau. Kelmarin masak lomak, semalam masak lomak, arini masak lomak.Hari-hari kalau mummy masak menu yang sama pun dia sanggup makan . Satu periuk dia sorang. hahaha. Pagi tadi pun siap bercekau dengan dia.. Waktu mummy tengah cedok lauk nak bawak bekal pi opis.. Siap dia pesan " Eh! ni lauk Adam yang punya hokay.. Mummy jangan amik banyak-banyak.." hahaha Penuh satu periuk oiii, Tak kan adik nak makan sorang kot.. haha Sempat lagi balas tu.. Eh Eh Eh.. Ni peberet Adam semua Adam boleh habis kan tau.. hahha 


Kerana bekal ni pun boleh gaduh hari-hari tau..hish! Tak paham betui mummy..hahha
#pitam #masalahanakberanak

Apa-apa pun memang seronok tengok anak-anak makan apa yang kita masak. Penat seharian bekerja tu melayang entah kemana-kemana bila apa yang kita masak dimakan sampai licin. okay okay berbalik pada resepi meh sini mummy share cara memasak Masak lomak Mummy punya Style.. hehe

Resepi Ayam Masak Lomak Bakal Menantu
Mummy suka goreng ayam/ikan tu dengan bahan tumisan dulu baru bubuh santan dan juga air..hehe

Bahan-bahannya



Bahan A ( Mesin Halus Semua)
Cili Padi ( ikut suka - kalau mummy amik dalam 15 biji cili padi yang halus-halus tu)
Cili Merah ( 2 , 3 biji)
Halia 2 inci
Kunyit Hidup 2 inci

Bahan B 
Daun Limau Purut ( 5 keping)
Daun Serai 2,3 batang ( Diketuk-ketuk)


Bahan C

Garam Secukup rasa
Ayam 1/2 Ekor
Kentang 2 biji dipotong empat ( Bertujuan bagi memekatkan kuah)
Tomato (1 biji- potong 4)
Asam Keping ( Untuk hilangkan bau hanyir dan kurangkan rasa pedas)


Bahan D

Santan Kotak 1
Air 4 cawan

Cara-cara Memasak
  1. Masukkan lebih kurang 3 sudu besar minyak ( Pastikan periuk di panaskan dahulu)
  2. Masukkan Bahan A yang telah dikisar halus, tumis sehingga naik bau
  3. Kemudian masukkan Bahan B ( Gaul Rata)
  4. Masukkan Bahan C ( Kacau sehingga rata, dalam 5 minit giteww)
  5. Kemudian masukkan Air dan kacau lagi.
  6. Setelah mendidih ala-ala manja masukkan Santan 1 kotak.
  7. Kacau lagi..
  8. Pastikan ianya mendidih dan sampai pecah minyak . kalau boleh api tu jangan besar sangat , takut dalam ayam tu tak masak dan kentang tak empuk.
  9. Masukkan Garam secukup rasa.
  10. Kacau lagi sehingga kuah betul-betul nampak dah likat
  11. Dah naik bau atau aroma boleh lah tutup api dan dihidangkan.
  12. Siap!
Siap untuk dimakan.

Resepi ni mummy experiment ikut suka hati mummy je. Takde tiru mana-mana. Satu lagi mummy tak suka letak serbuk kunyit  , bagi mummy biarlah kuning tu dari kunyit hidup je.lagi sodap.hehehe Selamat Mencuba ye..

Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

24 Comments

  1. Ingatkan dah nak sambut menantu dah..hahaha...masak lemak cili api ni SA x hairan sangat sebab dah biasa buat yang menjadi idaman SA pinggan tu ha...pinggan tu....aduhai.,.suka pinggan2 nostalgia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni resepi tuk bakal menantu 20 tahun lg..tulis siap2 kang lupa..hahaha..Pingan peberet mummy tu jgn memain..heheheh :P

      Delete
  2. Wow..tak lama dah tu nak jd ibu mertuaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaa lambat lg la mak.. Lg 20 tahun da... :p

      Delete
  3. Cantik kaler masak lemak mummy..patut hero jd tamak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai kunyit hidup dan pakai snapseed... bgi lawooo..haha

      Delete
  4. Ni macam cari calon menantu pon ado..keke boleh pektis masak la bakal menantu...kekeke

    ReplyDelete
  5. sy pon sama mummy.. tak suka letak serbuk kunyit.. kuning tu dtg dari kunyit hiduo..baru asli
    perhhhh nampk sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn letak kunyit ori.. lg sedap lg menarik!

      Delete
  6. untungla dapat seorang bakal mertua yang pandai masak..

    nanti bakal menantu boleh belajar masak-masak.

    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dpat menantu, mummy goyang kaki je...menantu masak plss.. haha :p

      Delete
  7. Sedapnya masak lemak ayam. Dah lama tak makan. Nanti nak try resepi nilah..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...mummy ... long time no see...
    missed u very much lah mummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Huda... kann lama tak jumpa.. Miss u too.. kalo rindu mai la sini.Melaka sentiasa mengalu-alukan..eheh :D

      Delete
  9. Good luck future dotter in law ...

    sungguh awesome lagi cool mendapat Mother In Law like dis...

    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan siap2 resepi tuk 20 tahun akan dtg... Nanti menantu lak kena masak.mummy nak goyang kaki.hahaha

      Delete
  10. Kalau dah adam suka masak lomak maka nya adam kena cari org nogori la hihih..lagi power dorang nye masak lomak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Mana2 pun boleh. yang penting jgn bagi mummy sakit jiwa sudah..ahaha :p

      Delete
  11. Amacam mummy? Menantu org nogori boleh heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm akan difikirkan..tambah tolak darab bahagi..hahaa :p

      Delete