Cara DIY Menghias Dinding Ruang Dinding Yang Kosong

by - November 21, 2017

Assallamualaikum..

Ruang tamu yang togel dindingnya pasti akan memberikan suasana yang suram dan tidak menyeronokkan. Bagai lirik tanpa irama. Dinding ruang tamu sebenarnya tak perlulah terlampau sarat dengan pelbagai gambar ,  cukup sekadar memenuhi feature wall utama yang menjadi tumpuan penghuni rumah mahupun tetamu yang hadir.


Ni adalah ruang tamu rumah mummy yang tak seberapa hiasan dalamanya. Banyak menggunakan perabot-perabot yang dah berbelas tahun usianya sebagai menu utama keselesaan disini.. hehehe Cuma just tambah-tambah aksesori sahaja untuk menambahkan seri bagi hero-hero dan juga anak-anak berekor mummy. Nak beli yang baru rasanya tak payah la.. guna je apa yang ada . Lagipun dahulukan keperluan yang lebih penting seperti barang keperluan harian dan juga perbelanjaan sekolah lebih bermanfaat rasanya. hehehe Bak kata hero kecik #mummykede :p

Okay idea mummy ni sebenarnya dah lama mummy nak share, tapi tulah kesibukan berpindah rumah sebulan yang lepas telah mummy lupa ingatan seketika.hahaha #alasanaje  heheheh. Okay kali ni mummy nak share cara membuat lukisan abstrak sebagai hiasan utama diruang tamu. Antara bahan-bahan yang digunakan amatlah mudah , tidak memerlukan kos yang tinggi dan juga  senang untuk dicari: 

Bahan-bahannya untuk membuat lukisan abstrak:
  1. Frame kayu saiz 4 kaki x 3kaki (kayu ketam 2x2")
  2. Kain Canvas 4 kaki x 3 kaki
  3. Color Acrylic ( Boleh dibeli dikedai-kedai buku yang berhampiran) pelbagai warna mengikut kesukaan
  4. Berus atau bahan-bahan seperti span , kertas untuk menyapu atau membuat corak.
  5. Surat Khabar Lama atau kain banner lama yang sudah tak digunakan lagi sebagai alas lukisan
  6. Spray Clear

Cara-Caranya adalah :


Frame kayu yang telah siap dijadikan frame boleh dibalut dengan kain canvas. Ukuran sebenarnya boleh ikut suka je, malahan kalau rasa susah nak buat frame..korang boleh  je beli frame yang dah siap dengan canvas di kedai buku POPULAR.Cari di bahagian peralatan lukisan.


Alaskan lantai  dengan surat khabar atau apa2 yang boleh dijadikan alas supaya lantai tidak terkena color acrylic tu nanti.
Frame yang telah dibalut dengan kain canvas

Kalau tak nak buat kat atas lantai boleh je letakkan pada ezer.
 ( Stand gantung lukisan)


Antara bahan-bahan yang digunakan


Ok siap! Dah boleh masukkan color acrylic ke atas canvas, memandangkan ni lukisan abstrak campakkan je color tanpa rasa takut dan enjoy the moment. hehhe Nak lagi enjoy ajak je anak-anak yang tangannya comel-comel tu conteng.. confirm lagi meriah. 

Sesi menconteng dengan hero-hero mummy.  Sampai lenguh la tangan masing-masing. hahaha


kalau tak nak tangan kotor boleh je pakai glove/sarung tangan .. lepas kalau tak nak baju pun terpalit sama dengan color acrylis boleh pakai apron jenis plastik/PU.

Lukisan ni boleh dijadikan sebagai karya seni yang cukup indah untuk dikenang bersama anak-anak nanti. hehhe

Dah siap biarkan kering dalam beberapa jam
Kemudian spraykan Spray Clear ketas lukisan yang telah siap diconteng supaya lukisan tu boleh kekal lama.

Pastu boleh pasang tali dibelakang frame dan gantung pada dinding yang dirasakan bersesuaian ruang tamu.


Tara siap! Takdelah kontang sangat dinding ruang tamu tu kan. Lukisan ni kalau nak beli dari pelukis-pelukis terkena pun dah beribu riban. Sekarang kita pun dah boleh melukis dan menghasilkan karya seni agung untuk tatapan anak-anak kita dan dijadikan memori indah.
Selamat mencuba! Thanks for reading..Wassallam

You May Also Like

14 Comments

  1. lawa la umh mummy..mcm ikea style

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy tangkap muat je makk.. Pakai je apa yg ada..hehee :D

      Delete
  2. Replies
    1. Sebelum dtgnya rajin, lama jugak mummy perap kain putih tu..ahhahaa

      Delete
  3. Replies
    1. Lukisan ni tak perlu berseni sgt.. conteng2 ja pun dah jadi lukisan..hehee Mama Tisya cubalah nanti..hehe :D

      Delete
  4. wow...menarik..

    kalau beli mahal tu..

    sebab lukisan absrak hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala mummy hentam je... Ala apa2 lukisan kalo kita conteng je pun dah jadi sebuah karya.. hehe

      Delete
  5. Wowww mudah je ehh conteng2 je? X perlu ambik kelas melukis..lawo! Kalau JM yg buat..conteng x jadi! Ntah kalau jual pun rm1 org x beli ahaah..im not creative person mcm mummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa conteng je JM... tak yah kelas lukisan bagai.. Conteng je, cubalah nanti.. ish kawan mummy yg takde skill langsung pun boleh buat karya apatah lagi JM.. cuba je..

      Delete