Cara Semak Keputusan UPSR melalui SMS dan Online

by - November 23, 2017

Assallamualaikum..

Khamis 23 November 2017. Hari ni result UPSR keluar. Hati dah mula nervous, rasa macam malas gilerr nak pi amik result. So sapa yang ada perasaan nervous kemain, macam mummy boleh check secara online mahupun SMS. Jap lagi dah tengok online barulah boleh pergi sekolah memberi sokongan moral untuk anak-anak . Apa-apa pun hero kecik dah berusaha sebaik mungkin.  Apa-apapun result yang keluar mummy redha je. Lagipun dia dah berusaha sebaik yang mungkin. Mummy rasa stress dia lagi double stress cuma budak lelaki ni, paham-paham jelah dorang bukannya tunjuk sangat dorang punya stress tu. Balik-balik main games dan tengok movie. Paling hebat pun menyakat mummy bagi mummy dia haru biru.. 


Bagi Calon UPSR dan ibu bapa calon , korang boleh menyemak menggunakan perkhidmatan Semakan UPSR mySMS 15888 .

Bagi semakan keputusan UPSR secara SMS


Taipkan : UPSR < jarak > [ Angka Giliran ]
Contoh :UPSR RF2021800
Hantar SMS ke 15888


Caj perkhidmatan akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan penerimaan sms



Perkhidmatan semakan keputusan UPSR ini juga akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 23 November dan akan ditamatkan pada 6.00 petang nanti. Untuk yang ingin mendapatkan slip keputusan UPSR 2017, ianya boleh didapati di sekolah anak masing-masing pada jam 10.00 pagi .  


Bagi semakan keputusan UPSR secara ONLINE




Calon-calon UPSR juga boleh membuat semakan keputusan UPSR melalui online dilaman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), 



Seramai 443,794 calon menduduki UPSR untuk tahun 2017 membabitkan 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.



Good Luck buat semua yang mengambil keputusan UPSR arini.
Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

4 Comments

  1. Alhamdulillah, anak saya tahun lepas berjaya dapat 6A ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah HH.. Anak HH memang hebat... Moga terus berjaya dimasa akan dtg..Amin

      Delete