Cara Beli Tiket Murah Ke Bayou Lagoon Melaka
Assallamualaikum...
Bayou Lagoon Melaka yang terletak di Bukit Katil ni rasanya tak perlu diperkenalkan lagi sebab ramai je yang dah tahu kan. Kalau keluar tol Ayer Keroh rasa dah dekat sangat dan mudah nak dicari. So ramai yang tanya mummy macamana nak beli tiket murah ke Bayou Lagoon , Bukit Katil Melaka. Especially musim-musim cuti sekolah ni dah tak tahu nak bawak anak-anak korang bercuti . Okay disini mummy terangkan cara-caranya...
Pemandangan Bayou Lagoon dari tempat lepak mummy
Website myfave.com.
Select bahagian Melaka
- Mula-mula bukak website www.myfave.com
- Kemudian register ( Nama, Alamat , No Phone dan lain-lain yang berkaitan)
- Select Negeri Melaka (Bahagian atas sebelah kanan)
- Klik pada bahagian aktiviti ( Things to do & other activities deals in Malacca)
- Select Bayou Lagoon Waterpark Admission for 1 Adult atau for 1 child
Kalau beli tiket untuk adult, klik adult dan sebaliknya untuk child.
Syarat-syarat
Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad keredit/ bank online dan juga debit kad
Harga Tiket untuk Adult RM 16.00 (Asal RM 22) dan RM 11 for child ( Asal RM 16 )yang ni untuk hari biasa dan juga weekdays. ( So kalau datang pada hari cuti umum ataupun weekend penambahan harga sebanyak RM 6 (adult) RM 4 ( Child). Harga tambahan ni boleh bayar terus dikaunter masuk. Harga normal hujung minggu dan cuti umum adalah RM 28 ( Adult) RM 26 (Child).
* Semua tiket yang dibeli tak perlu print hanya tunjukkan tiket yang dibeli didalam phone korang. So dorang akan slide je..
Syarat-syarat lain:
- Tiket valid hanya Isnin-Ahad ( 9pagi-7 petang) kecuali cuti-cuti tertentu sahaja.
- Swimming Pool dibuka setiap hari hanya untuk In House Guest
- Setiap satu voucher limit untuk satu orang sahaja.
- Tiket Adult valid untuk customer 13 tahun keatas
- Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan sama sekali ( Dalam ada cafe )
- Bayaran Parking RM 3
- Semua harga tiket termasuk GST
Menarik di Bayou Lagoon
- Mempunyai kawasan yang lapang dan terlampau sesak dengan permainan.
- Senang untuk memerhatikan anak korang
- Terdapat juga apartment dan hotel dibawah Bayou Lagoon. So kalau sekali dengan penginapan dapat pengurangan harga bagi Taman Tema dan ianya sesuai untuk keluarga yang luar dari Melaka.
- Terdapat kawasan rehat bagi yang "Menunggu"
- Airnya lebih bersih dari taman tema yang lain.(Walaupun kadang-kadang takdelah bersih sangat pun..hehehe
- Ada swimming pool dewasa dan kanak-kanak disediakan.
- Harga tiket yang murah berbanding Water Theme Park yang lain.
- Permainan yang disediakan tidak terlalu heavy untuk anak korang ( Sesuai sangat untuk mak-mak yang penakut takut jadi apa-apa) hahaha
Kesimpulannya bolehlah bawak family datang sini. Tak sarat dan juga tidak mahai. Cukup sesuai sangat untuk yang mempunyai anak-anak kecil yang suka berendam. Mummy suka bawak sebab murah dan lebih bersih dari theme park yang lain. Kalau bawak ke swimming pool sempoi sangat dan mempunyai limit masa so kalau bawak kesini boleh berenang sepuas hati dari Bayou Lagoon bukak sehinggalah tutup. Tandas juga banyak disediakan termasuklah surau. So kalau nak mandi dan santai-santai saja cukup sesuai.
Thanks for Reading! Wassallam
13 Comments
tq mummy! lol
ReplyDeleteMacehh Dieyana.. :D
Deletethanks for sharing Mummy.
ReplyDeleteCici ni nama je kampong kat Melaka, tapi tak pernah jejak Bayou ni ha. teringin jugak nak pergi
fave ni dulu Groupon kan? pernah beli voucher salon je. berbaloi jugak rebonding dalam rm100
sama2 Cici.. ala mummy aritu bawak hero kecik redeem birthday gift..So bawaklah pi sini. hehehe
Deleteaaa dulu groupon , la ni fave.. Tapi diskaun still sama..hehhe
Boleh la zumal pergi berendam nanti. Hihi...
ReplyDeleteSila-sila Zumal... Kena tgh2 panas mandi lagi syok..hehee
DeletePernah stay kat Bayou Lagoon ni tapi xsempat nak main air kat watertheme park...bolehlah cuba beli tiket murah ni nanti. Thank you :)
ReplyDeleteSama-sama. Nanti Fiza pi la, tapi theme park ni takdelah havoc mana, sempoi2 ja... hehhe
Deletewahh..murah...
ReplyDeletetp dah booked tempat lain...utk bulan 3 ni..
xpela..next time...
Takpe... Takkan lari Bayou Lagoon dikejar, bila2 pun boleh pi..hehe
Deletewow..mummy..kita terasa cm nk pergi jer..bwk anak2...terpengaruh kiter taw
ReplyDeletehhahahhaa... Sila-sila budak2 mesti suka..
DeleteNak tanya bayou lagoon ni buka tiap hari ke?
ReplyDelete