Barakah Corner Melaka Yang Viral
Assallamualaikum...
Asal hujung minggu je dia cakap " mummy nanti kita makan kat Barakah Corner ea... " pastu dok ulang -ulang sampai 2,3 mingggu. Kena hari tu cuti sekolah Sempena Tahun Baru Cina...Lagilah ramai...
Mummy ni bukannya apa..sejenis manusia tak suka tempat sesak , kena diri lama-lama nak tunggu tempat duduk nak makan, takde parking! Haish.. Mummy tak suka...
Namun..
Setelah dirayu , dibasuhnya pinggan mangkuk bersingki-singki.. akhirnya mummy mengalah..
Sabtu..
Adik! Jom makan kat Barakah Corner..
3 minit kemudian ..
Siap! Bersama rambut kacak yang telah dipomadekan..
Oiii! Gerai tepi jalan je kot...
" Gaya , Mutu , Keunggulan"!
Cehhh..
Sampai je.. " Mummy kata viral tak ramai orang pun.." hahhaa mendapat ko! Orang tak mangkit lagi la tu.. kan cuti. Baguslah tu aman sikit kita makan.. hahaha
Roti Canai Mercik satu... Roti Sardin satu .. Kacang Pool satu( kacang pool ni menu hujung minggu, hari lain takdak hokay)
Adik kalo nak makan roti sardin , baik makan kedai lain.. Dah datang kedai viral makanlah menu -menu yang viral kat sini.. Ok! cancel roti sardin.. Roti Mercik dua..
Hero Kecik dengan makanan yang telah diordernya..Eh! hahah
Sumber Gambar : Facebook My Makan
Nama Kedai/ Gerai :
Barakah Corner
( Bersebelahan Klinik Kesihatan Tengkera ,
Lorong Pandan , Melaka )
Waktu Operasi :
7.30 pagi-2.00 petang ( Selasa Tutup)
Tekan Ctrl + Scroll untuk zoom peta.
Awat tak share?
Hahhaha.. Biasalah tamak..! Kang sedap, satu hal pulak nak kena share.. oh! Mummy oiii..
Ahhahhaa 😝😅
Roti Canai Mercik..
Sedap weii. Nasib baik order separately, kalo tak nangis kena share! Hahhaa ... Roti tu dalam digulung dengan isi ayam yang telah diracik-racik isinya.. Sedap! Kuah banjir! Kemudian ditampalnya dengan sedikit sambal. Harga RM 4.00. Sedap dah puas hati sangat.. Berbaloi order dan worth it dengan harga.
Roti Bakar dengan Kacang Pool.
Ok ni patut tak order pun takpe. Biasa-biasa aja. Kacang banyak , daging tak rasa.. sekali je tergigit daging bapak halus. Roti bakar 3 keping. Makan dengan hero kecik kunyah 44 kali sebab tak nak membazir.. hahhaa RM 5.00.
Teh tariknya..
Dah request jangan manis tapi bila sampai, manis jugak.. Saboo je lah. Warna lebih color susu dari teh. Takpe mummy paham mummy manis sebab tu berjangkit pi kat air.. hahaha puihh!
Apa-apapun kalo nak makan Roti Canai Merecik cukup disuggestkan untuk datang kat kedai ni. Sedap! Kalau menu-menu lain tu mummy tak pasti..Korang boleh rasa sendiri. Apa-apa pun bila bab review makanan ni semua depend dengan tekak memasing . Ada kata sedap , ada kat tak sedap ... Semuanya terpulang. Sebab rasa tu kan subjective.. Selamat Mencuba..
Thanks for Reading ! Wassalam
11 Comments
semua nmpk sedap tgh lapor ni
ReplyDeletekann..waktu ni memang tgh lapooo semua rasa nak makan..ehehhe
Deletepandai hero beli jiwa ye..cair jgk mummy
ReplyDeleteSangat pandai... Lepas beli jiwa, 2 minit kemudian mummy makan hati..hahaha
DeleteKalau ada google map lagi senang
ReplyDeleteThanks atas pandangan.. Mummy dah letak peta ye... :D
Deleteolohh... terliuq nyaaa mummy oi...
ReplyDeletehahahhaa.. sedap! #sajaperangat
DeleteBanyak tempat makan viral kat Melaka ni :D
ReplyDeleteNanti sampai sana, mummy belanja kay
ReplyDeletePergh!! Berbaloi harga dengan makanan.. Sha bookmark..
ReplyDelete