Petua Mengatasi Kaki Melecet
Assallamualaikum...
"Cantik tapi menyeksakan" , selalu jugak kaki mummy melecet lepas beli kasut baru.. Kaki korang sakit tak lepas pakai kasut. Nak nak kasut yang bertutup penuh. Perghh seksa kengkadang tu sampai terseksa nak berjalan. Kalau pakai kasut yang tinggi lebih dari 3 inci kejanglah pulak kaki.. adehh! serba tak kena dibuatnya.. Disini mummy kongsikan beberapa petua yang telah mummy baca didada akhbar Harian Metro hari ini. Moga -moga lepas ni korang mampu bergaya sakan dengan kasut tinggi cantik-cantik belaka.
1. Bawang
Jika korang membeli kasut dari material yang keras dibahagian belakang kasut, kornag bolehlah sapu dan gosokkan belakang kasut dengan bawang telah dihiris. Pastikan ianya dilakukan sebelum korang memakai kasut buat kali pertamanya.
2. Lekatkan Pita Pelekat
Lekatkan jari kaki ketiga dan keempat korang bersama-sama sebelum korang sebelum memakai kasut tumit tinggi. Menggunakan pita perubatan melegakan tekanan pada saraf antara jari kaki ketiga dan keempat , sekaligus mencegah sakit pada kaki korang.
3. Gosokkan Lilin.
Petua ini selalu je kita dengar namun jarang kita praktikkan. Korang boleh menyelamatkan diri daripada melecet dengan menggosok lilin ditepi kasut korang. Lilin ini berupaya melembutkan kulit yang melecet.
4.Beli kasut tumit tinggi pada waktu petang.
Kaki korang mungkin akan sakit dan membengkak kerana banyak berjalan, jadi waktu yang sesuai untuk membeli kasut adalah pada waktu petang.
5. Pilih Tapak Kasut Yang Sesuai.
Ketika membeli kasut pastikan tapak kasut yang selesa dan serasi dengan bentuk tapak kaki, pilih yang tidak licin dan mempunyai banyak bunga bagi menggelakan kita dari tersunggkur disebabkan oleh tapak kaki yang licin dan membriakan keselesaan ketika berjalan.
6. Pilih Saiz yang sesuai
Korang harus memilih saiz kasut yang tepat untuk keselesaan dan menjaga kesihatan kaki.
7.Pilih Kasut Tumit Tinggi Yang Tebal
Jika boleh , elakkan membeli kasut tumit yang nipis kerana ia hanya menyebabkan kaki korang tidak mencengkam kesut dengan baik. Bagi memudahkan keseimbangan badan dan mengelakkan sakit kaki, pilihlah kasut bertumit tebal.
8. Gunakan Ais.
Memakai kasut ketat memang menyakitkan .Justeru itu korang boleh menggunakan ais untuk merengangkan kasut kulit yang tidak muat.
Semoga tips ini bermanfaat untuk semua. Thanks for Reading! Wassallam.
4 Comments
Nice sharing Mummy, zumal selalu guna plaster je
ReplyDeleteclassic sgt guna plaster ..Nanti leh guna cara ni pulak ea.. hehe
Deleteboleh diamalkan ni selain petua klasik gigit kasut sebelum pakai. Hehehe
ReplyDeletegigit kasut tu dah biasa, nanti boleh guna petua ni pulak ye..
Delete