Warung LineClear ( Riverside) Kampung Jawa Melaka I The Famous Satay and Mee Rojak in Melaka
Assallamualaikum
Perempuan dan stress memang tak dapat dipisahkan. Almaklumlah perempuan ni agak complicated, akal dan pemikirannya. hahaha #mengakuwey Bila mana dah stress penyelesaiannya adalah makanan.. hahhaa Confim hilang stress!
Port makan best kali ini , mummy akan bawa korang ke Warung LineClear Kampung Jawa Melaka. Letaknya kat sebelah Sungai Melaka ja.. Ok sat mummy send lokasi . Korang ni kalo tak send lokasi asyik sesat sokmo. Nah save!
Lokasi
Warung Lineclear Kampung Jawa
Melaka
23, Lorong Jambatan, Kampung Jawa, 75100 Melaka
Masa Operasi
11.30 pagi sehingga 5.30 Petang
Kali ni , mangsa yang kena temankan mummy makan adalah blogger RORO . Lagipun mummy lupa nak ajak dia makan kat sini, even dah lama sangat dia dok Melaka.
Mummy order cendol dan Roro order Air Jagung apatah nama dia. Adik waitress tu cakap ni ayaq pesen baru. Sedap gak! Mummy pulak cendol la.. Cendol ala old style. Masih pakai ice ketul dan ada penambahan nata de'coco ja kat situ.
Ayaq cendol mummy. Order kat sini memang lambat yang yakmat! Kami oder hampir 45 minit baru order kami mai.. Jenuh kebuluq la oii.. Harap lepas ni dorang cepatkanlah tempoh menunggu. Bab makan ni jangan dibuat main-main .. boleh gaduh la dibuatnya..haha Tapi penantian tu amat berbaloi la . Semua sedap... Sebab tulah kedai ni still penuh, walaupun servis lambat yarabbi.. :P Bukan makanan ja lambat, ayaq yang sat ja buat pun berdentum lambat!
Seperti biasa menu peberet mummy adalah Mee Rojak. Rasa banyak-banyak tempat mummy makan, kat sini ja yang memenuhi citarasa mummy. Kalo ada lain yang lagi sedap, sila buh kat komen. Nanti mummy pi serbu. Rojak dia fresh. Nampak sangat baru lepas goreng. Ranggup! Tak macam sesetengah kedai suka goreng awai pastu boh dalam peti aih. Lemau la jadinya..
Mummy makin hampir nak habis baru la satay Roro/Min ni sampai. Order sampai 20 cucuk oii tapi makannya dia sorang, mummy support team ja..hahha :p Satay campuq-campuq. Ada Ayam, daging, perut, hati dan kerang. Rasa! Sedap... Adik waitress cakap nasi impit takdak, ketupat ja ada. Lolaq! Sib baik la adik waitress jadi hiburan..muka cengeh tapi mulut tak habis-habis nak wat lawak.
Dah kenyang palagi balik la.. Keja menimbun dok menanti. Cuba ampa tengok muka mummy tu . Ada happy tak lepas makan. Ada kan. Sampai perut takleh cover la muncit sangat.. Ni jalan nak pi parking. Kat sini susah sikit nak cari parking.. Takpa ampa jalan ja lepas dari warung lineclear tu terus ja. Satg ampa nampak parking lot berbayar. RM 3 sekali masuk. Settle! Port makan seterusnya tungguuuuuu....
Thanks for reading! Wassallam..
8 Comments
Hadoi.. bab lambat tu memang tak boleh kompromi lah mummy.. Boleh perang tau.. Nampaknya kalau nak datang kena perut tak lapar ya amatlah.. hehehe..
ReplyDeletehhhahha.. Nak nak tengah lapaq yakmat. Boleh perang besar..!
DeleteAlaaaaa...kita dah lama tak makan satay tau....sedapnyaaa...nasib kita tak suka cendol
ReplyDeleteMai la sini SA.. Sedap satay dia. Ala kalo tak suka cendol ayaq lain pun ada gak dalam menu. No worries..!
Deletepernah ke sini, sate dah habis. Maybe, next time bila ke Melaka..
ReplyDeletetiba tiba macam trasa2 je kat tekak ni satay daging. dapppnye =D
ReplyDeleteAduhai kenapa la pi tgok entry ni..x pepasal je ha...terus teringin...
ReplyDeleteThis iss a great post
ReplyDelete