Burger Rockers Menu Baru di Hard Rock Cafe Melaka
Assallamualaikum..
Pasti ramai yang tertanya-tanya.. Eh! Melaka ada Hard Rock Cafe ker.. ? Hah! adalah.. Okay meh sini mummy share sikit lokasi Hard Rock Cafe di Melaka ni ye..
Hard Rock Cafe Melaka
Lokasi
28, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka
No Tel
06-292 5188
Waktu Operasi
11.30 Pagi - 1.00 pagi
Website
Terletak bersebelahan Sungai Melaka dan juga berhampiran dengan Jonker Street . Ianya merupakan lokasi yang cukup strategik bagi mereka yang suka menikmati hidangan yang bercirikan antarabangsa disamping mendengar alunan muzik daripada live band undangan Hard Rock Cafe .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLPOmPhrYpN3ev3GuDoTmx4hz_kNMsL8sDBYT2TtdfyAskyIy5RKHSjuSGoiS_VCeWH6HhyphenhyphenbV8qGKLVUHcW9FOarVjdxH7GN2VWCSDjC2G5MefGbz7tfFLXRbbiNNvWlpjtnhcelyul-zv/s640/E40C8F9C-9F86-4969-884D-9EE40325E80F.jpeg)
Baru-baru ini sempena kempen #visitmelaka2019 Hard Rock Cafe Melaka telah melancarkan beberapa menu baru dalam tempoh masa yang terhad pada 1 Mei 2019 yang lepas, terutamanya bagi peminat burger yang berinspirasikan antarabangsa. Antara menu -menu baru tersebut adalah :-
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgonykemqisWIclmuIgMSGPsmAqlpsMOePX9bI2p3NmNbTeGztyAvoJ7QrlTfnAbSLXaPfv6fPYimcwqIAgG-lcwZs_vYPJIO4jvkpHL02f0puCxLVs-GKpwr5333Ja6cjbrZn1pxWPcB1F/s640/021A08E0-E04A-4C0E-BF29-8BDE31C18623.jpeg)
Double -Decker Double Cheeseburger - RM 79.00
Berinspirasikan London Heritage "The Down Home Double Decker Burger" ianya merupakan menu pertamanya sejak tahun 1971. Bersaiz besar dan lebih kurang 1 pound daging digunakan untuk membuat patties burger ini sahaja. #hamikkau.. Padat! kena pulak makan dengan lemon sauce. yummy!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGo_h8HWv1KquDXcehIbgA6MmBdQjRxCZlBQ8WKg-QgV0GLVDXIYO9Fr24eLsHXcXxRLLafLupItwPYt5_aqLb3d581hquHklAEAq3oDZYZgRbvthW8burD2DZDOwp9L-e2atVot0o9z-q/s640/49E93A3E-4808-440D-8684-7F6BC3BEAB9E.jpeg)
Tex Mex Cheeseburger - RM 66.00
BurgerRocker ini pula berinspirasikan daripada Chicago .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKWZOD3FaPpqrN39s1Vv9V2QRMhKG0Mhz_Y2Kl_YvFjZH-R9J-ZVoG0tLURpBfTodGrfV1mxroThJpgbQnsrwt9RX1P1zKzFy42x_cizjNNqKkiuIFBOcKPp2CBec0t1DngfORNPnol6a1/s640/9C96B6FE-ED58-47C1-B489-55F1B90660B0.jpeg)
BBQ Bacon Cheeseburger -RM 66.00
Menggunakan Daging Ayam Turkey bagi menggantikan Bacon, ianya ditopping dengan signature BBQ Sauce , Cheddar Cheese cair.. dan rasa sedikit masam-masam manis yang mild, burger ni sesuai dengan tekak mummy dan hero-hero. Tapi makan sikit je dah kenyang sebab portionnya yang besar.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTYvoErxJUKtdWm-hYU1hav3sofkPRk5KxPVjO1ACDmPOhPP1AS83bm4xMVN_KLv5bxKwwYohDXGOP8LxVZ7fd5m0iR2bF79KTACd8uBv39czKQKe87_Y3FT7MKqRugt0_8yT5WbvFGjuc/s640/1CC563B4-80F1-49F2-B811-EEC060BB9569.jpeg)
Mango Fruit Sliders -RM 58.00
Burger ni pula merupakan pemenang bagi pertandingan Burger Rocker yang telah berlangsung di Costa Rica.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9PUZxL8HGADohOqwSsAfKWCtDyXlwadRYY1L1wsXIpqI52F-HeOGXcJwy1f3_rLmZJaeJv5Avf21ECsXbyKtnFHdBPj2XFDAWZiK6xZpipTu-cU16Dwi0JW_otcMDXr1MZSZf2TKB4Mwc/s640/4D4DDC73-E8AD-4AD3-97DB-7BFB25E0D2D4.jpeg)
All-American Sliders -RM 58.00
Atas sekali tu bukan nugget ye.. Hah! tu adalah crispy onion ring , kemudian dilapisi dengan melted cheese, daging, dan juga creamy coleslaw . Bersaiz comel dan ianya amat sesuai bagi ladies yang sedang berdiet. Comel je saiz dia dan sesuai untuk sekali suapan . hehhe. Satu hidangan ni boleh la di share 2 atau 3 orang. Tapi nak makan sorang apa apa ada hal kan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEr7h5MmTaxlm7w7FCdq0RNKUO-0vMVe6zmRqisPZ3xEb7jjxhPsN1OTFSvEkOCuwjZdZfHZg9wVgcFwkPqeLFKD1t2KGXIvZufx3PA5ZP1FsiFkPy4zCKaBW95S7m2nM5r0X-8yGKpF0_/s640/78CF03E7-07B2-4EF6-A086-9169EC4CF1F1.jpeg)
Buffalo -Style Sliders-RM 58.00
Sama juga seperti menu diatas ianya dihidangkan didalam 3 burger comel dalam satu hidangan bersama-sama fries.
Kebanyakan burger-burger ini diinspirasikan daripada London, USA Chicago , Costa Rica bagi membawa kelainan dengan gabungan rasa-rasa yang baru di Hard Rock Cafe Melaka ini. Oh! sebelum terlupa semua burger-burger ini dihidangkan bersama Seasoned Fries. Portion yang banyak, daging yang padat dan ada fries lagi.. confirm korang akan tersandar kekenyangan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKuK2PqU1dc_pe-35TERR8zE8TWs-OxyXs2PQEQyJHIEASl7byqr8HkraiWiqBhg2vNEpquELb38i9AMEHj4OuRkY7mBl6BinHv1lLoIvYsTSp_8_ZQaa0cqhhn0Ny9ANjr51-Fkyu-h2B/s640/37617CF6-384D-457B-AF49-D2219344EBE9.jpeg)
Yang ni belum tersandar kekenyangan lagi.hahaha
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVSngg0tcL5dvv3MLPLVMxKnNDJ3GSvFeowdqr9_sFKpSq4ZoJeeyMUopXCLUjgM2m3PQxzmt3_ovSck1ob6IskFCZCgc2FV-CVgN9831PQMk1EJzYQiovGw_lAl821RuZCJraVEUB_JHG/s640/E904CA4D-57D8-406C-91CF-20CE4A0ABE41.jpeg)
Ruangan cafe yang luas dan dihiasi dengan koleksi-koleksi personal collector Hard Rock Cafe.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEJ7Ycv2PpDw9pE7GjUhN_CuGrd9S4mLQxeEXCOAKIiWd1X1JxBLEt0Ql9WxU-rrwu910e8UF_KB5lprTXRAXcPi-c0E_FMtg3bBZg5t9uU9AWKrICHfmrrpi-jKh4b1VL1NtAVH2oUsE1/s640/D35E97F8-ADBC-4111-931B-D4C7CE88FB91.jpeg)
Hokay mesti ada yang tanya HALAL ker
Hard Rock Cafe ni..?
- Terdapat 2 Hard Rock Cafe didunia ni yang halal toiyibba dari segi makanan dan minumannya iaitu Hard Rock Cafe Malaysia dan juga Dubai.
- Bacon or Ham akan digantikan dengan Chicken Turkey.
- 95% pekerjanya adalah Islam
- Semua pembekalnya mempunyai status HALAL. ( Yang ni korang boleh request kalau nak tengok)
- Arak, beer dan lain-lain alchohol hanya terdapat di kaunter bar luar sahaja dan tidak masuk dapur masak (halal)
- Cawan-cawannya dibasuh menggunakan sinki yang berasingan dan ada cawan/gelas khas bagi air non-halal ni.
Thanks for reading! Wassallam..
0 Comments