Kisah Puasa Ke Tiga Hero Kecik
Assallamualaikum..
Dah masuk hari keempat puasa. Macam biasa , bulan puasa memang penuh je ngan aktiviti. Bangun awal untuk sahur , hantar hero-hero pi school , mummy pi keje , amik hero- hero balik school , balik keje , masak , solat terawih ngan hero-hero dan begitulah rutin sehingga berakhirnya puasa, kecuali last-last dah start shopping raya sikit-sikit. Penuh! Tapi penuh kegembiraan sebab semua benda boleh buat sama-sama ngan hero-hero. Makan sama, pi surau sesama.. yelah mummy ni kannn ala-ala manja sikit, kalau boleh nak berkepit je ngan hero-hero. Kalau tak dilayan kang sentap. Bukan sentap meroyan tapi lebih suka diam dan bawa diri. Cuma sekali sekala adalah pekikan tarzan dalam rumah bila hero-hero rancak pegang phone tapi malas kemas rumah. #mummykusinga
Tetapi semalam....
Hero kecik macam tak sihat. ( tapi takdelah pula request nak buka puasa) Balik ja dari sekolah terus je ke office mummy dan agak bebai ( meragam) . Yelah diakan spesis kuat makan , tapi bila bulan puasa takleh makan minum semua.. Jiwa raga , perut dia agak terganggu .. walaupun sahur dialah yang paling kenyang. Dah la semalam mummy dan hero besaq makan sahur tak sempat minum ayaq.. Dia boleh pulakk.
“ Erk Alhamdullilah.. Kenyang kita mummy”
hahaha 🤣pitam layan hero kecik ni tau..
Hero kecik balik kui 1.40 tengahari .. Hero besar balik kui 2.10 tengahari.. so dia jadi hangin sebab kena tunggu abang dia. Maybe badan rasa tak sedap ker apa .. mummy tak pasti. Yelah dia yang rasakan. Kita tengok dari luaran ja. So mummy suh tido dalam keta dan bukak air cond.. Sementara tunggu abang dia balik school kan.
Sampai je umah dia melepek gilerr.. lemah tak bermaya. Adehh risau lak mummy. Tido je.. Sampai masa berbuka dia bangun minum ayaq satu cawan, pastu sambung tidoq balik. Eh! Letih lain macam ni.. tahun-tahun sebelum ni tak pernah jadi macam ni. Dia lah yang paling steady.
Tapi bagusnya pula.. Abang dia rajinlah yakmat tolong mummy kemas rumah.. basuh lantai, mencangkul, pergi kedai beli air , beli makanan kucing , parkingkan kete mummy dan semua keje rumah la dia buat . Apalagi modal menyakat pun muncullah..
“ Sejuk perut mummy mengandungkan abang .. hari-hari macam ni boleh tak?!"
hahaha pantas la dia jawab..
"Hari-hari tak boleh. Sekali sekala boleh."
Nakkkk jugak menjawab..
Tulah ragam anak-anak .. kalo sorang rajin , sorang lagi mesti malas atau akan ada banyak alasan. Tapi tulah, hero kecik hari ni pun masih tak sihat lagi.. Pening kepala katanya. Semalam lepas maghrib dia bangun mandi , solat isyak semua pastu mintak permission ngan mummy..
“Mummy kita nak sambung tido balik boleh tak.. ?”
(tapi lepas isyak semalam nampak dia posing depan cermin dok kaji perut dia yang semakin mengempis....hhahaha
Tapi tulah lembiknya hero kecik dibawa sampai ke sahur. Sahur pun bangun makan nasi sikit pastu tido balik balik. 😢
Sedih pulak tengok bodyguard mummy yang gagah perkasa ni lemah gemalai.. Moga hero kecik cepat sembuh dan boleh berpuasa dengan cergasnya. Esok kena pi sekolah tau.. takde lagi alasan. Kena paksa diri jadi sihat dan jangan ikut perasaan. Anyway mummy sayang hero-hero mummy walaupun mummy garang yakmat. Garang tanda sayang! Ingat tu...
Thanks for Reading! Wassallam
0 Comments