Resepi Roti Canai Goreng

16:09

Assallamualaikum..

Perkongsian gambar Roti Canai Goreng oleh Chef Jo Masterchef buat mummy terliuq.. Adehh.. ada ea Roti Canai Goreng. Kali pertama mummy dengar dan kali pertama mummy tahu ada resepi ni. 

Apalagi dengan pantasnya mummy mencari resepi. Rupanya ada satu kedai Mamak/ India di Brickfield yang menjual menu ni. Ianya boleh dimakan bersama kuah kari atau dibanjirkan terus dalam hidangan. Tapi mummy prefer yang diasingkan. Ehehe. Biasalah tekak lain-lain. Boleh juga dimakan bersama Kuah Asam pedas atau pun kari ikan/ayam. 


Perkongsian Oleh Chef Jo.. www.instagram.com/iamchefjo



Resepi Roti Canai Goreng

Bahan-bahan

Roti Canai Kosong 3 keping( Dipotong-potong )
Sedikit cheese
Daun Kari ( ikut suka)
Tomato slice (1 biji atau ikut suka)
Bawang besar yang dihiris halus
Telur 3 biji 
Pilihan( Daging ayam / lembu ) -rebus dan dipotong nipis


Cara Memasaknya

  1. Masukkan Minyak
  2. Tumiskan bawang , daun kari  sehingga naik bau
  3. Kemudian masukkan tomato , cheese dan juga daging
  4. Masukkan sedikit garam ( nak bubuh boleh taknak bubuh pun boleh sebab roti canai pun dah ada rasa kann..)
  5. Goreng sehingga kekuningan
  6. Pecahkan telur 3 biji dan kacau
  7. Kemudian masukkan Roti Canai yang telah dipotong kecil-kecil. 
  8. Gaul sehingga rata.
  9. Siap dan boleh dihidangkan.

Hidangan ni mummy buat untuk 3 orang. Boleh dimakan bersama kari ayam  mahupun Ikan Pari Masak Asam. Perghh sedap weeeeeyyyy! Selamat Mencuba!

Thanks For Reading! Wassallam

You Might Also Like

2 Comments

  1. Thanks for sharing sis. ☺️

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/05/book-review-puaka-bundle-by-ayda-arianna.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Wow... Selalunya roti canai tak abis selalu terbuang... Boleh lahhh suruh HH masak cara gini pasni... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...