Jenis-jenis Teh Hijau

by - May 14, 2019

Assallamualaikum...

Seharian menahan lapar dan dahaga.. semestinya waktu berbuka adalah masa yang amat dinanti-nantikan.  Dan pastikan pelbagai juadah menarik akan penuh menghiasi meja makan. Ianya macam dah satu pesta makanan bila menjelang bulan ramadhan. Tetapi banyak mana juadah minuman pastinya menjadi pekara pertama apabila berbuka puasa. Ada suka yang panas dan ada juga yang sejuk. Seperti mummy, mummy suka air yang panas. Puas rasanya bila menikmatinya.Salah satunya adalah teh hijau.



Teh hijau ni selalunya cukup sinonim dengan mereka yang menjaga badan atau istilah lainnya berdiet. Kafein yang rendah  serta mengandungi antioksidan semulajadi yang dipanggil polifenol. Ianya dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan , kulit serta rambut juga mampu membantu mengelakkan pertumbuhan kanser.


Jenis-jenis Teh Hijau

Teh Hijau Jasmin
Teh hijau jasmin ini mempunyai aroma yang kuat dan selalunya dihidangkan bersama Ikan stim ala Malaysia dengan bawang putih dan cili padi.


Teh Hijau Sencha
Di negara Jepun, ianya merupakan salah satu pusat perkembangan teh sencha terbaik  yang diproses menggunakan teknologi canggih. Ianya merupakan teh yang manis dan sedikit kelat.  Mampu menurunkan kadar kolestrol , anti penuaan , membantu mengurangkan darah tinggi dan memperbaiki daya ketahanan tubuh badan. Bagi Teh sencha ini, ianya amatlah sesuai dihidangkan bersama sashimi atau salad hijau dengan dressing berkrim.


Teh Hijau Moroccan Mint
Selalu dengar air mint je kan.. hah! ni gabungan antara teh hijau dan juga mint. Teh ini amat sesuai bagi mereka yang sukakan perasa yang lebih segar. Dan ianya amat sesuai sekali dihidangkan  dengan pencuci mulut berperisa coklat.  Adoiii terus terjentik deria rasa mummy ni..hahhaha



You May Also Like

0 Comments