Buffet Ramadhan 2019 Melaka : Villa Istana Melaka
Assallamualaikum
Ini merupakan kali pertama mummy ke Villa Istana Melaka yang terletak di Ayer Keroh. Tak sangka pulak ianya merupakan sebuah homestay ala-ala berkonsepkan istana. Serius ianya cantik dan tersergam indah! Villa Istana Melaka ini juga pernah dijadikan lokasi set penggambaran dalam drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima. Namun sepanjang bulan ramadhan ni, Villa Istana Melaka ada menyediakan buffet ramadhan yang bertaraf ala-ala 4-5 bintang giteww.
Dibahagian hadapan Villa Istana Melaka.
Pentas utama persembahan
Lokasi
Lot 11319 PM 1313 Jalan TU1,
Taman Tasik Utama ,
Ayer Keroh
Melaka.
( Belakang Balai Polis Taman Tasek Utama Ayer Keroh )
Tel No
06- 233.0205
017 -340.8715
016-790.0804
017-885.0221
Facebook
Villa Istana Melaka
Instagram
villaistanamelaka
Mummy rasa better korang save lokasi bagi memudahkan korang ke Villa ni. Sebab ianya terletak didalam kawasan perumahan. Takut sesat je. Mummy yang dah lama menetap disini pun agak confius sebab tak pernah dengar mengenai villa yang cantik ini.
Dekorasi bagi buffet ramadhan Villa Istana Melaka.
Buffet ramadhan yang terdapat di villa ini terletak bersebelahan villa ini (Perkarangan Villa) Kelihatan seperti marquee tent yang besar tapi tanpa dinding. Ada pentas dan juga kiosk- kiosk kecik bagi menempatkan pelbagai juadah ramadhan yang istimewa. Feeling seperti berbuka didalam taman bungalah. Dihiasi dengan rumput karpet tiruan memberi kelainan pada dekorasi villa ini.
Bukan itu sahaja , terdapat juga pentas bagi artis undangan membuat persembahan. So korang boleh bayang berapa besar. Bagi yang hendak buat majlis korporat korang bolehlah membuat tempahan awal bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan juga selesa.
Bukan itu sahaja , terdapat juga pentas bagi artis undangan membuat persembahan. So korang boleh bayang berapa besar. Bagi yang hendak buat majlis korporat korang bolehlah membuat tempahan awal bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan juga selesa.
Harga
Dewasa
RM 45.00 Nett
Kanak-kanak
(4-12 tahun) / Warga Emas (55 Tahun Keatas)
RM 29.90 Nett
Tarikh dan Masa
6 Mei 2019- 1 Jun 2019
6.30 petang sehingga 9.30 Petang
Persembahan Istimewa
Saff One
Teh tarik pun ada ye. So sapa yang suka air panas-panas tu jangan risau.
Kuih Muih
Antaranya kiosk yang terdapat disitu adalah :
- Roti John
- Kuih Muih / bubur pulut hitam
- Char koew teow
- Yong Tau Fu
- Kambing Grill
- Air Batu Campur
- Lauk Pauk
- Pelbagai variasi nasi ( Nasi beriani dan Nasi warna hijau dia sedap wey!)
- Ayam crispy
- Pelbagai variasi minuman
- Pelbagai jenis Sambal Belacan / cencaluk dan lain-lain
Abam-abam yang menyediakan Kambing Grill yang sedap dan juga juicy.
Kambing Grill! Yummy..
ABC pun ada ye. Almaklumlah Melaka sekarang ni tengah panas.
Pelbagai variasi nasi yang disediakan. Nasi beriyani, nasi putih, nasi hijau.. eh macam-macam la ada. Dan yang pasti nasi dia sedap tau. Berderai... hehhee
Ada ayam masak merah, ada rendang daging, ada Daging Masak lomak.. pilihla yang mana berkenan dihati. Insya Allah bab makan korang akan puas hati. Cukup rasa dan cukup jiwa. ;)
Roti John. Yang ni mummy tak sempat rasa.. Eh! bukan tak sempat rasa .. tapi space kat dalam perut ni tak berapa besar. Lagipun hero kecik selalu bisik kat telinga.. " Mummy makan sebelum kenyang ye.." ahaaha
Keropok Lekor.
Hero kecik dah standby dengan menu pilihan hati.
Dengan blogger Chaza bersama-sama putera puteri yang comel. Aih geram pulak. Nasib baik tak berapa nak orang. Kalo tak mau auntie kidnap seminggu.
Dengan Blogger Dr. Aima yang cute.
Hero-hero mummy ambil nasi je. Dan lebih air. Doranglah ni tukang live facebook dan juga photografer mummy pada hari tu. Kalau tak jenuh jugak mana nak pegang phone, kamera dan berposing. hahhaa
Persembahan oleh kumpulan Saf One.
Aima, Chaza dan juga mummy.
Thanks for Reading! Wassallam.
2 Comments
Majlis makan yang best adalah yang ada teh tarik yeyyy
ReplyDeleteTq
ReplyDelete