Make Up Remover yang tak pedihkan mata dengan Safi Natural Cleansing Water Micellar
Assallamualaikum..
Make up! Make up! Make Up! Memang rata-rata sekarang ramai wanita diluar sana dah cukup dengan aktiviti penambah level konfiden diri dengan mengenakan make up.. Tanpa make up suramlah dunia.. giteww.. Tapi yang menjadi permasalahan sekarang adalah menanggalkan make up. Dah la tu ada sesetengah remover ni dah la harganya mahal.. namun hasilnya cukup mengecewakan. Dah la memedihkan mata , sisa-sisa maskara jelas membuatkan bawah mata kelihatan lebam dan serabai. Adoii spoil! Nak nak lepas tu nak solat, berejam jugaklah nak tanggalkan make up. Mummy pulak sejenis manusia yang semua kalau boleh nak waterproof.. adoii lagilah susahkan.
Namun kini semuanya menjadi mudah dengan kehadiran Natural Cleansing Water Micellar dari Safi. Didatangkan dengan tiga variasi iaitu :-
Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose
(Normal & Combination Skin / Cleanses & Minimizes pores)
Diformulasikan 100% dari bahan aktif semulajadi dari bunga ros. Mampu meninggalkan kotoran dan make-up dengan sekali sapuan. Ianya juga mampu mengecilkan liang pori , menggurangkan minyak serta mengurangkan wajah berkilat. Hasilnya kulit wajah korang akan lebih berseri dan juga lebih segar. Terutamanya bagi korang yang mempunyai kulit wajah berminyak serta kulit kombinasi.
Safi Micellar Natural Water Cleansing Water-Neem
(Oily & Acne Prone Skin / Cleanses & Control Acne)
Diformulasikan dengan 100% bahan aktif semulajadi dari daun pokok mambu (Neem) ianya mampu menghilangkan kotoran dan sisa make -up dengan sekali sapuan . Malahan ianya juga bertindak mengawal minyak dan juga jerawat dengan agen anti bakteria. Hasilnya kulit wajah akan lebih berseri tanpa cela tanpa memedihkan mata.
Safi Micellar Natural Cleansing Water-Cucumber
(All Skin Types / Cleanses & Moisturizes Skin)
Diformulasikan dengan 100% Bahan aktif semulajadi mentimun ianya juga mampu menanggalkan kotoran dan sisa solekan dengan sekali sapuan sepertimana dua(2) variasi yang terdahulu . Selainkan itu juga ianya mampu melembabkan , merevitalisasi , menyihatkan kulit bagi menghasilkan kulit yang lebih lembut dan bermaya dimana ianya cukup sesuai untuk semua jenis kulit.
Cara penggunaanya.
- Tuangkan pada kapas
- Lap solekan sehingga bersih
- Siap tanpa perlu dibilas.
Menariknya lagi mengenai produk ini adalah ianya telah mendapat sijil HALAL Jakim dan telah diuji secara dermatologi tanpa SLES/SLS , Minyak mineral , pewarna, Alkohol , paraben, Prophylene Glycol. So korang boleh dapatkan di farmasi dan pasaraya berdekatan rumah korang. Selamat Mencuba!
Thanks for Reading! Wassallam
0 Comments