Cara Mudah Mengatasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla
Assallamualaikum...
Mengalami masalah rambut berkelemumur merupakan sesuatu yang membimbangkan dikalangan wanita khususnya.. baik yang bertudung mahupun tidak. Bukan nak kata wanita je ada kelemumur tapi kalangan lelaki pun ada jugak. So tips ni sesuai diguna pakai baik lelaki mahupun wanita, bertudung mahupun tidak bertudung.
Safi Shayla kini didatangkan dengan tiga produk bagi mengatasi masalah kelemumur iaitu:-
Safi Shayla ANTI KELEMUMUR
Shampoo ini mengandungi Micro Bamboo Charcoal, Habbatus Sauda serta Micro ZPT Complex yang berkesan bagi menghapuskan 99.9% kulat yang menyebabkan kelemumur dari cucian pertama dengan haruman yang mampu bertahan selama 48 jam.
Korang mesti tak tahukan Micro Bamboo ini merupakan arang Buluh mikronisasi yang merupakan bahan semulajadi bagi menghilangkan minyak pada kulit kepala serta menghilangkan bau kepam ( Bau Busuk) dari kulit kepala serta rambut itu sendiri.
Untuk habbatus sauda pula ianya mampu menghalang pembiakan bakteria , menyihatkan , menlindungi dan mencantikan rambut. Manakala Micro ZPT Complex pula bertindak sebagai agen anti kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang boleh menyebabkan kelemumur. So gabungan kandungan yang terletak dalam shampoo ini cukup kuat untuk menghalangkan dan membersihkan kelemumur pada kulit kepala korang.
Safi Shayla Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal
Korang mesti first time dengar masker kulit kepala kan. Masker Penyegar kulit kepala Safi Shayla (sama je macam conditioner) ni merupakan satu produk yang mampu mengawal kelemumur dan mengurangkan kegatalan kulit kepala. Ianya dirumuskan sama dengan kandungan shampoo ada penambahan mentol bagi membantu mengurangkan kelemumur 100% subjek pada cucian kali pertama yang digunakan bersama shampoo Safi Shayla Anti Kelemumur. Ianya juga mampu menyegarkan kulit kepala korang sehingga 48 jam.
Minyak Rambut Safi Shayla Anti-Kelemumur
Minyak rambut Safi Shayla sekiranya digunakan secara konsistan ianya mampu membuatkan rambut korang lebih lembut , licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan disamping dapat mengurangkan kelemumur dengan cara yang cukup berkesan. Malahan ianya mampu memberikan kelegaan pada kulit kepala yang gatal serta sensasi yang dingin selama 8 jam.
Cara penggunaanya:
- ( Digunakan 1-2 kali sahaja seminggu) Goncang sebelum guna ye. Urutkan minyak ini perlahan-lahan pada kulit kepala melalui hujung rambut. Biarkan selama 3-5 minit. Kemudian syampu dengan jumlah yang lebih banyak daripada kegunaan harian. Urut dan sebatikan pada kulit kepala dan basuh sehingga bersih.
- Buihkan syampu Safi Shayla Anti Kelemumur pada rambut yang telah dibasahkan , cuci dan kemudian bilas sehingga bersih.
- Ratakan masker penyegar kulit kepala dan urut kulit kepala perlahan-lahan selama 1 , 2 minit mengikut keselesaan dan kemudian bilas. Penggunaan yang kerap Syampu dan perapi mampu memberikan hasil yang terbaik .
Menariknya lagi kini , setiap pembelian RM 35 keatas korang layak untuk mendapat Sling Pouch bag WE BARE BEARS mana-mana produk Penjagaan Kulit Kepala Safi Shayla dan ianya boleh didapati diseluruh farmasi yang berdaftar dan juga hypermarket yang terpilih. Apalagi cepat dapatkan sebelum kehabisan stok dan juga promosi yang bakal tamat sehingga hujung bulan ni sahaja.
Thanks for reading! Wassalam.
0 Comments