Program Pelangsingan Badan dan Senarai Harga di MBH Body Theory Melaka

by - September 23, 2019

Assallamualaikum...

Tubuh badan yang menawan sememangnya menjadi idaman bagi setiap orang terutamanya wanita. Namun tak semua wanita bertuah untuk memilikinya. Ada sesetengahnya tidak berjaya menurunkan berat badan disebabkan oleh pengambilan ubat hormon seperti pesakit Tyroid yang perlu memakan ubat bagi menstabilkan hormon didalam tubuh badan mereka dan ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Selain itu juga yang mengalami masalah berat badan selepas melahirkan cahaya mata , faktor keturunan dan pelbagai lagi faktor lain sebagai punca penambahan berat badan.


Namun didalam zaman yang serba canggih ni, terdapat pelbagai rawatan yang  mampu mengatasi masalah tersebut , salah satunya mengikuti program dan rawatan pelangsingan di spa-spa yang di iktiraf.  Baru-baru ini mummy telah mencuba satu program pelangsingan badan di  MBH Body Theory Melaka. Ini merupakan salah satu ikhtiar lain yang mummy lakukan selain aktviti jogging dan hiking bagi usaha menurunkan berat badan. Lagipun lately ni mummy agak sibuk dan kekurangan masa untuk melakukan aktiviti diluar ditambah pula cuaca kini yang semakin tak menentu. Yelah sebagai manusia biasa adakalanya kita memerlukan mood untuk melakukan aktiviti luar ni, so jalan yang paling mudah dan cepat tentulah dengan mengikuti pogram pelangsingan badan. So kali ni mummy kongsikan pengalaman mengikuti program pelangsingan  di MBH Body Theory Melaka.


MBH Body Theory Melaka

Alamat : 
No.48 , Jalan Lingkaran MITC ,
75450 Ayer Keroh, 
Melaka

No. Telefon: (Tempahan dan Pertanyaan)
018-665 9838

Waktu Operasi :
Selasa- Ahad ( Isnin dan Cuti Umum Cuti)
11.00 Pagi - 8.00 malam

Email 
mbhmelaka@gmail.com

Peta Lokasi:






Di MBH Body Theory Melaka , mummy telah melakukan rawatan Inch Loss ( MBH Straight Loss Shell)  . Ini merupakan  HOT SELLING Treatment di MBH Body Theory ni. Guarantee Kurus! Namun baru sesi pertama la, so don’t aspects mummy dah slim melim macam Amber Chia tau.

Jauh lagi nun nak  sampai ke tahap tu.. hahaa 😝 Adehh sekali berangan nak badan macam Amber Chia. Adoii la hang Julia oiii! Berangan tak sudah.. Tapi mungkinkah angan-angan ini menjadi kenyataan.. ?! Jeng jeng jeng.. 1st treatement dapatlah turun beberapa gram. Tu pun dah rasa ringan je badan jika nak dibandingkan sebelum treatment.




Cara Rawatan MBH Straight Loss Shell
  1. Mula-mula pengambilan berat badan akan diambil dan direkod bagi memudahkan kiraan penurunan berat badan sebelum dan selepas sesi. Kemudian sesi kenal pastti jenis kegemukan yang mummy alami. Mummy ni jenis gemuks air tau! so agak senanglah sikit nak turun.
  2. Kemudian mummy diurut dengan menggunakan minyak terapi/ slimming.. Tak pasti pula kandungannya apa.. tapi rasa macam serai dan juga halia. Sebab lepas sapuan tu.. rasa badan sedikit panas. 
  3. Setelah itu mummy dimasukan kedalam kaspul bagi memecahkan lemak. Suhunya lebih kurang 70 darjah celsius. Ni pun bergantung kepada saiz badan. Kalau kurus rendahlah sikit.. kalau gemuk lagi tinggi suhunya kapsul tu . Mummy di kategori  yang sedang-sedang sahaja. Tempoh masanya 30 minit.
  4. Selepas 30 minit , mummy keluar dari kapsul tu dengan badan yang lencun dengan peluh. Wahh kagum gak.. takyah penat-penat berlari 5km cam selalu kalau nak  peluh banyak macam tu. Hahaha 😆 . Rasa dalam kapsul tu, berbahang-bahang! hahahha Tapi level boleh bernafas la.. 
  5. Setelah selesai rawatan mummy diterangkan secara detail analysis mengenai kegemukan yang mummy alami. Berat jenis apa? Lemak berapa percen? Kesesuaian tinggi dan berat? BMI yang sesuai, jumlah kalori yang perlu mummy ambil setiap hari dan bermacam lagilah yang diperlukan dalam sistem tubuh badan mummy bagi mendapatkan berat badan yang ideal.Fuh! puaslah jugak sesi bersoal jawab. Sliming Consultant mummy pulak sabaq ja menjawab segala soalan mummy. Mekaseh ye!
Ni adalah analisis body mummy.

Consultant Slimming mummy. Cik Ifa.. Selim je orangnya.Jealous tau! haha

Treatment lain yang terdapat di MBH Body Theory Melaka

Inch Loss ( Full Body)- MBH Straight Loss Shell
Rawatan ini bertujuan untuk mendapatkan bentuk badan  yang langsing dan menegangkan kulit dengan kaedah 'EMS Patch" dan juga pemecahan lemak menggunakan kapsul. Sesuai untuk mereka yang mempunyai badan yang tidak padat  seperti gemuk air agar lebih fit.



Harga Rawatan (Basic-Advance) 

Normal Price : RM 1580- RM 2570 .
Harga Pakej 10 Sesi : RM 790- RM 1285 
Harga Pakej 5 Sesi : RM 710-RM 1156 
Satu Sesi : RM 99 ( Harga PROMO- 1st Trial sahaja)



Body Shaping- MBH Glass Theraphy

Rawatan ini bertujuan bagi membakar lemak didalam badan , menghilangkan toksin  dan membuang air yang berlebihan dan terkumpul didalam badan menggunakan  kaedah wrapping. Sesuai sangat untuk wanita yang lepas bersalin dan ingin kembali ramping.



Harga Rawatan ( Arm, Tummy, Thigh)
Normal Price : RM 2580- RM 2680 .
Harga Pakej 10 Sesi : RM 1290- RM 1340 
Harga Pakej 5 Sesi : RM 1160-RM 1205 

Weight Loss- MBH Fat Melt Away

Rawatan Fat Melt Away ini bertujuan bagi membakar lemak dengan menggunakan teknologi terbaru iaitu catation dan ultrasound.  Sesuai juga untuk wanita lepas bersalin  dan untuk menegangkan kulit badan serta menghilangkan kesan selulit.



Harga Rawatan ( Arm , Tummy, Thigh)
Normal Price : RM 2080-RM 2380 .
Harga Pakej 10 Sesi : RM 1040- RM 1190 
Harga Pakej 5 Sesi : RM 936 -RM 1070 

Extreme Fat Loss( MBH BBL Ultra Weight Loss)
Penggunaan teknologi BBL digunakan didalam rawatan ini bagi proses membekukan lemak pada kawasan-kawasan tertentu. Rawatan ini sesuai dilakukan oleh mereka mempunyai lemak degil  dan mempunyai kesukaran menurukan berat badan.

Harga Rawatan ( Arm , Tummy, Thigh)
Normal Price : RM 3990- RM 5990 .
Harga Pakej 10 Sesi : RM 1995- RM 2995 
Harga Pakej 5 Sesi : RM 1795-RM 2695 

Thanks for Reading! Wassallam.

You May Also Like

3 Comments

  1. Mak oiiii....solid la badan lepas ni Julia..hehehe

    ReplyDelete
  2. MBH dah melebarkan sayap ke Melaka pula. Mommy pun ambil kesempatan peluang yang Ada ya...

    ReplyDelete
  3. wah...semoga berjaya dapatkan berat badan idaman ye mummy

    ReplyDelete