Travelog : Day 1st in Surabaya, Indonesia
Assallamualaikum...
Jalan lagi..! Hahaha.. Entry travel yang lama belum siap. Aku dah melangkah ke destinasi baru. Pastu malas lak nak update entry dah lama. Oh! Julia .. bila la kau nak rajin.
Seawal 10.30 pagi aku dah bergerak ke Melaka Sentral . Tiket ke KLIA sekitar RM 24.10 sahaja. Bas aku jam 12.15 pagi. Arghh macam biasa, aku ni jenis suka menapak seawal selagi yang boleh. Pening la kalo asyik terkejar-kejar. Around 3.00 pagi aku dh ada di KLIA. Aku terus check in kiosk tuk print tiket dan check in bagasi kat kaunter. Disebabkan aku terlupa check in awai, so aku dapat seat belakang . Redho ja la. Yang penting bukan dok kat pantry. Hahaha . Tolong hidang makanan dengan para steward gantang-gantang hari ni.
Lepas check in bag.. aku dan terus ke kaunter perlepasan dan lepak ke Starbucks sementara menanti masa untuk masuk plane. Saja ja snap gambaq jadi kenangan ( Sebab tertera nama kat cup tu) . Ni 2nd trip aku dan Min travel. Aritu Batam ni Surabaya.
Aku dan Min cari port baik tuk tido. Lokasi yang sama aku tido waktu aku ke Sabah beberapa minggu yang lepas. Aku macam biasalah bab tido airport. Tapi untuk Min, ni 1st time bagi dia. Agak awkward bagi dia... tapi ok je. Lena sampai kena kejut suh check in bag..haha
Perjalanan ke Surabaya mengambil masa almost 2 jam 45 minit. Flight kali ni bersama MAS takde pulak screen nak tonton movie! Benak.. Buku pulak tertinggal. Tepu otak aku cari aktiviti. Go Places sat ja aku khatam. Selak selak eh!.. dah helaian terakhir.
Tiket MAS kali ni Roro bookingkan tuk aku melalui Traveloka. Ada less .. 5%. Jadilah dari takde kan. Tengok seat dah lebih kurang macam Air Asia. #sempit .. Adehh MAS oii! Harga tiket RM 760 (all after less). Food , ayaq dan snack semua all in. Tambah tolak darab bahagia ekceli sama ja ngan harga tiket Air Asia. Aku dok economy sensorang.. Min Dok business class.. boring weyy takdak geng bawang.. kalo tak dari Kokpit sampai pantry mau riuh sekampung.
Dalam kabin. Tapi macam kenyang pulak nak makan. Aku biarkan dulu perut berlagu riang. Baru aku semangat nak mengisi perut. Hahaaha
Apa aku nak buat ni oii?! ... dok sebelah lorong buat otak aku tepu. Ku lihat kiri , ku lihat kanan. Steward gantang dok kalut lalu sat sat sorang trolley dok hidang makanan. Cemuih aih! Kacak takpa gak.. ni sendu ja semua.. hahaha sabaq ja la!
Bersambung .. aku nak tidoq! Pastu makan Mee Goreng .
Touch down 10.08 min in Juanda Airport . Meet up all the media dari Singapura, Malaysia and Indonesia. Alfie, Andreas , Wilson , Bam and Edi.
Tapi dalam gambaq ni ja.. Depa yang sampai awai selepas kami touch down. Alfie dan Wilson. Min yang rajin contact.. Aku follow ja.. ( Kelihatan Wilson sibuk dok main games.. Adeh! Semua hantu games... #parah
Kali ni trip aku ke Surabaya dengan Min serta geng media/tour guide Malaysia, Indonesia dan juga Singapura. Sekali sekala lepak dan berkumpul sesama. Gamat jugak jadinya. Nak nak, ada yang pernah jumpa tuk trip sebelum ini.Lama jugak kitaorang lepak kat cafe Aiport. Menunggu sorang demi sorang tiba. Paling lambat Edi lah ni.. haha Dia sorang ja kat Terminal 1 ( Domestic sbb flight dari Batam)
Sempoi ja.. Cukuplah tuk tido semalaman. Bukan nak tidoq sangat, berjalan ja sakan.hehe
Bila dia sampai ja.. masing-masing sibuk dok recce hotel nak menginap. Sebab 28hb tak termasuk schedule under Tourism Indonesia. Recce punya recce kitaorang stay di tempat yang sama Wilson stay. Betul- betul tengah pusat bandar dekat dengan Plaza Tunjungan. Senang nak meronda dan cari makan nanti. CityHub Hotel Tunjungan . Booking pakai Agoda RM 68 hengget sahaja. Murah wey ..! Bilik moden dan cun... Paling penting bersih! ni dah buat aku puas hati! Hotel di sponsor oleh Min.. Macih darling
Nasib baik sebelah hotel ada restoran Nasi Padang, kita orang pilih nak lauk sekali nasi ja, malas nak berhidang bagai. Leceh! Lunch di sponsor oleh Bams..
Lepak-lepak dan makan kitaorang terus meronda disekitar sekitar... Destinasi pertama Jambatan Merah . Iconicnya jambatan ni adalah ianya mempunyai sejarah sewaktu zaman penjajah (VOC) dulu. Kisahnya jambatan ini pernah menjadi saksi pahlawan-pahlwan Surabaya berjuang melawan musuh Belanda. Malahan jambatan asalnya kayu kini telah diubah kepada jambatan besi yang lebih kukuh seiring dengan perkembangan Surabaya.
Aku di Jambatan Merah. Kredit photo by Bams Nektar..
Selesai ja bergambar kitaorang terus ke titik permulaan Surabaya iaitu 0 km dengan menaiki beca. Wang pengerasnya hanya Rp 10k ja.. weyy RM 3 hengget ja oii..Sebenarnya aku agak seriau nak naik beca ni.. Bukan apa kesian tengok pak cik tua ok kayuh basikal. Aku dah la lebih muatan. Tapi boleh pulak pak cik beca ni gelak- gelak tengok telatah. Adehh sungguh kureng sopan tau!.. Tapi akhirnya aku naiklah jugak.. Sebab Bams dan Alfie dan jauh meninggalkan kitaorang. haha
Korang tengoklah aku nak sandar pun takut dalam beca tu.. hahhaa :P Ronda Surabaya dengan menaiki beca satu pengalaman yang best! Korang patut cuba... tapi sebelum tu diet dulu ea.. hahha :P
Destinasi kedua . Titik mula 0 km Surabaya. Belakang tu tugu diorama kisah pejuang dan simboliknya sejarah Surabaya.
Destinasi ke tiga . Tugu SuroBoyo. Surabaya mendapat nama dari Suro ( Ikan Yu ) dan juga Boya ( Buaya) yang suka bergaduh dilautan yang cukup luas. Masing-masing punyai kuasa, ketangkasan , hebat dengan gaya yang tersendiri. Namun satu hari dorang sudah bosan dengan bergaduh je, so dorang berdamai dengan membahagikan daerah jajahan masing-masing.
"Aku sudah bosan berkelahi " kata Sura
"Aku juga" .. Jawab Baya
"So untuk mencegah dari kita terus berkelahi, apakata kita membahagikan daerah kekuasan menjadi dua.. Aku berkuasa sepenuhnya didalam air dan harus mencari mangsa juga didalam air, manakala kamu berkuasa diatas daratan dan mangsa juga harus dicari diatas daratan" sambung Baya
Namun..
Sejak itu masyarakat menamakan daerah itu sebagai Surabaya sebagai memperingati kisah tersebut.. giteww...
Tugu Suro dan Baya
Geng ronda..
Dari tugu tu kitaorang menapak/ berjalan kaki sahaja ker Pasar Malam Malang. Namun hambar ja.. mungkin bukan malam minggu kot. Yang ada hanya gerai-gerai kecik yang bersusun menjual makanan dan minuman. Kitaorang minum air alpukat ja. 15k Rp ( RM 4.50 shj) murah weyy . Hidang pulak dalam mug besar jug. Mengah! Dah la sedop..
Dari Pasar Malam tu kitaorang terus ke Plaza Tunjungan untuk makan-makan. ( Aku tak mampu nak makan lagi dah.. tengok dorang makan mampulah. Mee goreng MAS masih berbaki. Kesian aku tengok Min.. rabak gilo dia mata dia. Aku oklah jugak.. masuk bas tido, naik flight tido., hahaha dia?! Main games oii.. ahhaha So masuk bilik ja dia terus tumbang.. Alolololo sianlah “Suro”- Ikan Jerung aku sorang ni.. ahaha . Okay cerita seterusnya tunggu next entry na.. Sabaq..
Thanks for Reading! Wassallam..
8 Comments
Wahh..itulah Jambatan Msrah tu ye. Ade banyak kali jugak nampak dalam TV dan orang buat rakaman.. Bestnye..
ReplyDeleteBestnya kakak jalan2 surabaya. Fresh kan minda amek angin baru di tempat orang
ReplyDeleteTak pernah sampai Surabaya...apatah lagi Indonesia...bestnya dapat pergi jalan2.
ReplyDeletewah seronoknya mummy julia g holiday surabaya indonesia
ReplyDeleteMenarik juga ke Surabaya tapi takut Naik flight
ReplyDeleteTempat lepak tido tu Tak bunyi ka dok lama2
ReplyDeletemalang betul ke pasar malam malang tapi tak meriah. mungkin petanda kena pergi lagi
ReplyDeleteseronoknya travel dengan kawan-kawan..
ReplyDelete