Kempen Jom Tukar Kepada Yang Lebih SELAMAT Bersama Afy Haniff (SWIPEL)

by - October 22, 2019


Assallamualaikum...

Produk Afy Haniff  atau lebih dikenali sebagai “ SWIPEL” merupakan salah satu produk bumiputera yang sememangnya sudah terbukti  dari segi kualiti dan mutunya yang amat baik. ( Dulu dikenali sebagai produk Serai Wangi). Swipel ni merupakan singkatan kepada nama “Serai Wangi Insect Repellent”. Swipel ini adalah dibawah syarikat  AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd. Salah satu syarikat sebagai pengeluar pertama di Malaysia yang mengeluarkan produk penghalau serangga dan pembersih berasaskan serai wangi sejak tahun 2006 lagi.


Antara produk dibawah syarikat Afy Haniff dibawah jenama Swipel adalah semburan penghalau serangga  , pencuci lantai ,  kiub anti tikus dan kiub anti lipas, lilin penghalau serangga dan minyak pelita penghalau serangga.  


Baru-baru ini Sempena Hari Alam sekitar yang telah berlangsung di Dataran Tanjung Bidara telah berlangsungnya kempen “Jom Tukar” kepada yang lebih selamat . Dari 1 botol penghapus serangga yang lama ke 1 Botol Swipel. Tak kisahlah botol serangga tu bersaiz besar atau bersaiz kecil. Semua boleh tukar!  Penukaran itu juga bukan hanya berlangsung di Tanjung Bidara  malahan di Mydin Ayer Keroh dan juga KipMart Bachang juga telah dibuka kaunter penukaran bagi memudahkan orang ramai menukarkannya secara PERCUMA. 



Pengarah Urusan Afy Haniff juga turun padang bagi menjayakan kempen JOM TUKAR ni..

Produk Swipel ni best tau! Mummy dah cuba especially Swipel ni. Sekali spray serangga-serangga halus seperti semut dan lain-lain serangga tak berani menunjukkan wajahnya.  So korang kalau nak dapatkan produk ni boleh dapatkan semua rangkaian Tesco, Mydin dan semua pasaraya berdekatan. Malahan produk-produk ini juga telah mendapat tempat dipasaran luar seperti Brunei ,Thailand , Singapura dan juga Sri Lanka. Bukan itu sahaja, produk ini juga boleh didapati secara online didalam website Lazada dan juga Shopee.

Antara pengunjung yang hadir dan tidak melepaskan peluang menikmati tawaran hebat produk Afy Haniff pada hari tersebut.

Selain itu juga terdapat pelbagai produk dari Afy Haniff djual pada hari tersebut dengan harga luar biasa.  Swipel yang selalu dijual dipasar raya dengan harga RM 9.80 , namun pada hari tersebut dijual dengan harga RM 5.00 sahaja. Adoii gilerr berbaloi... Ada jumpa air freshner yang dijual secara kombo 3 botol dengan harga RM 20 sahaja. Yang ni memang sempatlah mummy borong. Nak jumpa air freshner yang super duper berkesan dan berbau wangi agak susah walaupun daripada jenawa terkenal. Paling suka bau honeydew. Rasa macam nak makan-makan je air freshner tu. hahaha :p .So korang tunggu apalagi.. Meh follow rapat IG dan FB Afy Haniff Consumer bagi update lokasi kaunter penukaran seterusnya. 

Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

0 Comments