Mengatasi Masalah Kulit Wajah dengan Suppliment Pynocare dari Bio-Life

by - November 10, 2019

Assallamualaikum..

Semakin meningkatnya usia semakin itu juga kita akan mengalami pelbagai jenis masalah kulit terutamanya bagi wanita.  Masalah akan lebih berat terutamanya korang merupakan pesakit hyertyroid seperti mummy yang seringkali menghadapi masalah ketidakstabilan hormon badan, bukan itu sahaja ketidakstabilan oleh perubahan hormon seperti kehamilan, pesakit ovari juga akan mengalami masalah yang sama. Yelah kadang-kadang muka okay, kadang muka penuh jelas kelihatan bintik-bintik hitam, itu belum lagi dengan allergik kulit dan sebagainya. So kalau korang mengalami masalah yang sama digalakan mengambil vitamin yang anti oksidan yang mampu menahan kulit korang daripada radikal bebas.



Semakin usia ini melangkau kepada angka 4 series, bintik-bintik hitam semakin jelas kelihatan walaupun tidak banyak. So kan lebih baik mencegah daripada merawat bukan? Okay meh sini mummy share informasi mengenai melanin, pigment dan juga bintik hitam yang terdapat pada wajah korang. 

Apa itu Melanin?
Melanin ini merupakan pigment yang terhasil dari sel-sel melanosit dan ianya bertindak memberi warna pada kulit kita pada lapisan kulit yang paling dalam sekali dengan bantuan beberapa jenis enzim. So dia juga penyumbang kepada terhasilnya warna pada kulit badan seseorang.

Bintik hitam dan tona warna yang tak sekata? Macamana ianya terjadi..? Ianya disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan pada kulit wajah yang terdedah kepada cahaya matahari secara terus terutamanya bahagian pipi, atas bibir, hidung dan juga dagu.

Punca-punca masalah kulit
  1. Cahaya Matahari
  2. Perubahan Hormon : kehamilan, pil kontraseptif
  3. Masalah Endokrin : Tiroid dan Ovari
  4. Kosmetik Bertoksik pada cahaya : Merkuri dan Salistik
  5. Ubat-ubat bertoksik pada cahaya : Antibiotik, ubat, anti keradangan

Apa itu Pynocare?


Pynocare ini merupakan Esen untuk tona wajah yang lebih sekata bagaikan kristal yang telah diuji kaji secara klinikal. Penghasilan daripada ramuan tumbuhan semulajadi yang boleh melindungi kulit daripada penuaan pra-matang dan tona kulit yang tidak sekata. Pynocare ini juga mempunyai pensijilan HALAL . Dua manfaat daripada Pynocare ini adalah:
  1. Pertahanan daripada Radikal Bebas-mampu membekalkan bahan anti oksidan yang berkuasa untuk melawan radikal bebas yang menjadi pencetus utama tona kulit wajah tidak sekata.
  2. Pelindung UV- Merupakan anti oksidan yang meningkatkan pertahanan terhadap kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya UV.
Apa yang mampu PYNOCARE beri pada kulit wajah anda?
  1. Ekstrak kulit kayu pain Maritim Perancis -Merupakan ekstrak yang kaya dengan procyananidin oligometrik (OPCs) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas. Malahan ianya juga mampu membentuk struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan lebih banyak Vitamin E pada kulit wajah korang.
  2. Vitamin C - Merupakan anti oksidan semulajadi , melindungi kulit daripada UVA, UVB dan cahaya yang boleh dilihat. Ianya juga mampu menghalang pembentukan melanin dan bekerjasama dengan vitamin E.
  3. Ekstrak D.Salina.- Mampu membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan beta-karotena dan  katoterinoid. Ianya juga mampu melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang berpunca daripada cahaya UV.
  4. Vitamin E- Merupakan antioksidan larut lemak utama yang mampu menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas serta melindungi UV serta mengurangkan kesan-kesan foto penuaan.
Dos : 2 biji kapsul sehari sebelum makan.


Where to buy: All leading pharmacies


Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

1 Comments

  1. pengambilan yang mudah sangat kan. Sedang consume produk ni juga.

    ReplyDelete