Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

by - January 09, 2020

Assallamualaikum..

Haa, bagi anda yang baru sahaja ingin  mengorak langkah ke pelaburan hartanah, setiap sewaan WAJIB ada surat perjanjian sewa rumah. Contoh Surat perjanjian sewa beli dari facebook oleh En.Helmy Rahim.

“Oh apa gunanya surat perjanjian tu?”

Surat perjanjian sewa rumah adalah digunakan untuk memberi perlindungan kepada tuan rumah seperti anda dan juga penyewa rumah sewa tersebut.

Kandungan surat perjanjian adalah berbeza mengikut rumah sewa tersebut, namun begitu, secara umumnya ianya boleh dikatakan sama dari segi syarat-syarat utama dalam perjanjian sewa rumah itu.

Anda kena tahu:
Sekiranya anda tidak mempunyai surat perjanjian secara bertulis yang dipersetujui oleh penyewa, anda sebagai tuan rumah akan menghadapi risiko yang lebih besar terhadap rumah sewa tersebut.

Antara kandungan penting dalam surat perjanjian rumah sewa adalah:

  1. Muka Hadapan
  2. Maklumat Penyewa
  3. Jadual Pembayaran
  4. Senarai Inventori
  5. Syarat-syarat Perjanjian
  6. Tandatangan Persetujuan
Kredit Facebook : Helmy Rahim.


Muka hadapan Surat Perjanjian sewa beli. Perlu melibatkan nama diantara Tuan Rumah dan Penyewa serta tarikh perjanjian.


Maklumat Penyewa perlu diisi dengan lengkap.


Jadual pembayaran yang telah dipersetujui oleh dua pihak.


Barang-barang tuan rumah yang terdapat didalam rumah yang ingin disewa.


Senaraikan tanggungjawab penyewa yang perlu dilakukan sewaktu didalam tempoh sewaan.


Tandatangan antara dua pihak beserta saksi setelah semua syarat/ tanggungjawab mendapat persetujuan oleh dua pihak.




Setelah lengkap semua maklumat yang diperlukan  diantara dua pihak, surat perjanjian sewa rumah ini perlu di multi setem bagi kegunaan sah laku di mahkamah sekiranya terjadi apa-apa / pelanggaran syarat yang telah termaktub didalam surat ini. Untuk lagi bagus sertakan sekali salinan kad pengenalan bagi kedua-dua belah pihak.

Thanks for Reading! Wassallam...

You May Also Like

1 Comments