Petua Mengatasi Anak yang Demam , Cirit-Birit, Muntah dan Sakit Tekak.

by - January 07, 2020

Assallamualaikum..

Cuaca yang tidak menentu sekarang ni adakalah membuatkan suhu bahan menjadi tak menentu akan membuatkan tubuh badan menjadi tidak selesa. Terutamanya bagi kanak-kanak. So pemantauan awal amatlah penting sekiranya berlaku pada ada anak kita terutamanya pada waktu tengah malam. So disini mummy kongsikan beberapa petua bagi meredakan sedikit badan anak anda sebelum ke klinik mahupun hospital. Semoga bermanfaat.

Anak Demam Panas 


  1. Mandi dengan air suam - Salah satu cara bagi menurunkan panas badan adalah dengan berendam atau mandi dengan air suam. Air Suam ini mampu membuatkan badan berasa lebih segar dan demam akan beransur hilang.
  2. Tuam Kepala dan Badan anak-Ambil tuala dan rendamkan ke dalam air, kemudian tuam ke seluruh badan anak anda terutamanya pada bahagian kepala serta dibahagian pelipat seperti ketiak, celah peha dan celah kaki.
  3. Beri anak minum banyak air- Beri anak air masak dengan secukupnya. Ketika demam, suhu badan yang meningkat menyebabkan badannya kekeringnan atau dehidrasi. Badan yang kekeringan air akan melambatkan proses penyembuhan.
  4. Pakaikan anak dengan pakaian yang nipis- Ketika anak demam , pakaikan mereka dengan pakaian yang nipis dan selesa. Jangan selimutkan anak anda kerana ianya akan meningkatkan suhu badan. Letakkan anak di bilik yang suhu lebih sejuk.
  5. Sentiasa berada di sisi anak- Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Tanyakan keperluannya, perasaannya berbual-bual dengannya. Berilah semangat kepada anak untuk segera sembuh.
  6. Sekiranya suhu badan segeralah membawa anak ke klinik atau hospital dengan kadar yang segera bagi mengelakan segalanya kemungkinan yang tidak baik berlaku.

Cirit-Birit


Kanak-kanak yang mengalami cirit birit akan kehilangan banyak cecair didalam badan. Oleh itu , air yang hilang itu haruslah segera diganti . Sekiranya anak buang air besar lebih daripada sekali dalam tempoh tiga jam, beri dia minum larutan Garam Rehidrasi Oral (ORAL) yang boleh didapati difarmasi mahupun klinik atau hospital yang berdekatan.Ini bertujuan bagi menggantikan semula cecair dan garam yang hilang dari tubuh.

Sebaiknya beri anak anda 1/2 hingga 1 cawan larutan ORS setiap jam dalam tempoh 24 jam sehingga cirit-biritnya reda. Selepas keadaan pulih berikan anak anda makanan yang berkhasiat . Elakkan daripada memberi minum susu, jus epal dan makanan yang tinggi kandunga garam atau gula untuk tempoh sehari dua.

Muntah-muntah


Jangan memberi sebarang makanan dan minuman kepada anak yang diserang muntah sehingga perutnya selesa. Kira-kira satu jam selepas muntah berikan anak anda sedikit air untuk membasahkan tekak . Sejurus beberapa jam kemudian berikan lagi air kepada anak anda dalam kuantiti yang lebih daripada sebelumnya . ( Jika dia tidak lagi muntah). Selepas keadaan pulih , berikan anak anda makanan yang lembut seperti bubur nasi, sup ayam dan sup kentang bersama lobak merah.

Sakit Tekak.


Apabila diserang sakit tekak , kanak-kanak biasanya suka makanan yang suam dan juga makanan yang sejuk. Sekiranya ada yang suka makanan yang suam berilah mereka sup pasta dengan roti putih bersama minuman coklat suam ataupun jus epal suam.

Bagi yang berselera makanan sejuk pula, hidangkanlah dengan makanan seperti dadih , pisang lecek bersama ice-cream , susu kocak (milk shake) dan jus buah-buahan.

Kredit Facebook : Petua Ibu

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

2 Comments

  1. Satu maklumat yang patut dikongsi dengan semua. Thanks for sharing Kak Julia..😉

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru 2020 mama julia tuuh p

    ReplyDelete