Hero Kecik Punya Birthday!

by - February 21, 2020

Assallamualaikum...

Klip klap klip klap.. eh! Dah besar dah anak mummy. Rasa macam semalam je dok hayun pewottt bawak hero kecik ke hulu ke hilir. Hahaha tup tup eh! Dah besoo dah anak mummy.



03.02.2020 ni hero kecik genap 15 tahun. Bila dah makin besaq ni, makin susah jugaklah nak amik gambaq dia. Nak suh senyum pun apatah lagi. Mak Usu dia pun dok  komplen  susah betui la nak amik gambaq Adam ni. Bila dah amik macam-macam mimik muka dia buat. Susah nak dapat gambaq yang baguih. Sabaq ja la. 

Semakin meningkatnya usia ni, semakin tu jugaklah mummy kena angkut diri ni join sekali rentak dia meniti alam remaja. Kadang-kadang kena layan dia pi gym. Sampai terpeleot la bahu angkat dumbell tu. Sakan na buli mummy. Pastu dok komplen workout yang mummy buat tu salah la, ni salah posture la.. adoii stress tau mummy. Mummy jugak kena rajin hafal-hafal menu-menu diet supaya tak kena bahan ngan hero kecik, kena faham fesyen-fesyen yang tengah in sekarang, kena rajin tengok insta-insta femes yang jadi ikutan budak-budak remaja sekarang. So senang la mummy nak influence dia . Nak bagi dia sayang mummy lebih kununnya.. hahhaha #mummypropalebih

Semakin dia meniti alam remaja nampak makin rancak dia ke dapur. Walaupun takdelah masak beria.. tapi boleh lah harap. Takat menu-menu diet tuk bawak bekal pi sekolah tu.. Syukur Alhamdullilah takdelah menyusahkan mummy. Bangun pagi pun senang, malahan dia bangun lagi awai dari mummy. Pastu takat nak buat ayaq teh o bujang bila tetamu mai tu.. takdalah sampai menjejeh ayaq liuq dok berletiaq. Senang ja suruh. Syukur Alhamdullilah. Moga sampai besaq la dia boleh ringankan kerja mummy. 

Tetiba teringat waktu hero kecik sekolah tadika dan sekolah cina dulu. Hari-hari kena sediakan bekal dan bekal. Yelah hero kecik bukan boleh membeli sesuka hati , so waktu rehat kena sediakan bekal, tengahari kena sediakan bekal untuk transit school , pastu sebelum kelas tuisyen malam pun kena masak  bagi dia makantakut dia lapaq . Walaupun takdelah masak hari-hari, tapi masak tu memang dah jadi aktiviti wajib tuk mummy. Hari-hari nak makan luar, adoiii botak kepala mummy. Even mummy ni bekerja 8-5. So normallnya mummy masak tengah malam. Tak pun pagi hari. So kenalah mangkit awai. Penat?! Gilo tak penat yelah dari a-z semua kena buat sendiri. Namun fasa tu dah berakhir dan macam tak caya je 😎 , mummy dah berjaya habiskan fasa tu.  Tahniah buat diri sendiri. Sekarang fasa tu dah beralih ke hero kecik dan besaq.. dorang pulak sekarang yang makin rajin ke dapur. Mummy dok depan tv , minum ayaq teh o cicah biskut. Syokkk ooo! Hahahha 🤪

Tetapi ada jugak part yang tak best tentang hero kecik ni.. PANTANG SHOPPING! Pantang ni ada dua jenis .. Satu pantang teman mummy shopping. Kejapan dia bebai. Kata mummy ni beli barang lambat la . Mummy cerewet la. Itu la ini la.. Terutama sekali bab mummy nak beli keperluan mummy macam baju , kasut , household dan handbag. Ni memang pantang habis kat dia. Sanggup dok umah , tak pun dok dalam keta sampai lebam. 

Pantang Kedua adalah Pantang ajak shopping barang dia. Panjat 10 mall pun dia larat weyy. Naya naya. Nasib baik dapat mummy yang baik lagi comel .. So mummy layan je dengan penuh kesabaran. Satu lagi bab shopping barang-barang dapur. Huh! Ni memang dia suka. Penuh trolley ngan barang2 diet dia. Ayam kena beli chicken breast je, spices je menimbun, belum lagi bab susu fresh milk dia, biskut oat dia yang sekali hadap tu lagi. Adoiii help help .. mummy sesak nafas. Hahahaha. Pastu dia boleh hafal semua barang-barang yang dah habis kat dapur tu dengan telitinya. Nazak mummy! 🤪🤣 Tapi baguih la jugak.. dulu perangai tu hak milik mummy, sekarang dah ada orang take over. Baru hang tau langit tinggi rendah ada orang sama pangai. #padanmukamummy.

So sempena birthday hero kecik Mummy just nak cakap 

" Dewasalah sayang
Harungi takdir hidupmu dengan tenang
Biar apa pun ujian yang datang
Hadapilah dengan matang

Jangan takut anakku
Engkau ada doa seorang aku
Engkau akan sentiasa mendapat restu seorang ibu
Yang akan sentiasa menyayangimu
Tulus mendoakan yang terbaik buatmu
Saban waktu
Tanpa jemu"

Bukan untuk adik sahaja .. tapi untuk abang jua. Mummy sayang anak-anak mummy .. 

Thanks for reading! Wassallam

You May Also Like

0 Comments