Pengalaman di Kg Jkin Extreme Park Negeri Sembilan
Assallamualaikum...
Dapat hidu udara segar, dapat rasa sejukan air terjun, dapat dengar bunyi cengkerik, dapat hindarkan diri dari hingar bingar kesibukan kota.. fuhhh nikmatnya tak tau mummy nak habaq lagu mana. Rasa mesti korang akan cakap ala balik kampung pun boleh rasa macam ni jugak kan.. Tak boleh weyyt! Sebab tempat ni special! sebabnya... selain dapat merasakan nikmat yang mummy nyatakan tadi, mummy juga dapat melakukan beberapa aktiviti lasak seperti flying fox, buaian extreme, buaian manja, hiking , menaiki ATV dan disamping mengenali dan mempelajari pelbagai jenis tumbuhan liar didalam hutan sekitarnya yang susah kita nak jumpa diluar sana.
Hah! Kat mana tu..?
Okay baru-baru ni mummy bersama geng Propa Rangers yang juga merupakan geng media digital seperti blogger dan vlogger you tuber yang suka menjelajah dan mengembara ke lokasi-lokasi menarik tak kiralah port makan best, tempat pelancongan , theme park untuk seisi keluarga seperti lokasi kali ini iaitu ATV Kg Jkin Extreme Park yang terletak di Negeri Sembilan. So kalau korang ada port best untuk kitaorang terjah. Habaq mai na..
ATV Kampung Jkin Extreme Park
361, 70400, Seremban, Negeri Sembilan
Tel. No : +601120893883
Perjalanan dari Melaka ke Kg Jkin ni mengambil masa lebih kurang sejam lebih je. So takdelah jauh sangat dan yang penting jalan ke Kg Jkin ni takdelah bengkang Bengkok sampai naik pitam. Smooth ja. Sesampainya di sana kitaorang melakukan sesi pendaftaran , memgambil suhu badan dan juga sesi timbang berat. Senang nak check sukan extreme apa yang kitaorang yang bakal kitaorang lakukan nanti . Sebab bila overweight rugilah. Ni nanti mummy citer nanti.
Untuk breakfast kitaorang dihidangkan dengan laksa sedap dari founder/ blogger Leya Faizol. Kemudian diteruskan dengan sesi briefing oleh Pua Juliana dan juga CEO En..... Kg Jkin ni. Seterusnya kitaorang dibawa ke Chalet penginapan kami dengan menaiki kenderaan 4x4. Ohsem weyy!
Seterusnya kitaorang meneruskan hari pertama dengan aktiviti hiking yang melibatkan 13 orang ahli propa rangers. Bukan setakat hiking je.. kitaorang juga diperkenalkan jenis tumbuh-tumbuhan hutan, port jin, port Cik Ponti, tapak kaki haiwan liar dan sebagainya. Bunyi macam seram kan tapi korang percayalah ni ilmu yang patut kita tahu. Sebab bukan kita je makhluk Allah .. malah banyak mahkluk lain kat atas bumi ni yang kita tak nampak dengan mata kasar. Aktiviti hiking ini diketuai oleh owner Kg Jkin itu sendiri iaitu En.
Selesai aktiviti hiking kami berkumpul untuk lunch di Cafe Dapoq Cantek . Serius memang canteklah weyy , kalo tak cantek tak tau la nak habaq lagu mana . Sebab apa ? Sebab kat Cafe Dapoq Cantek ni ianya dikelilingi dengan port -port menarik untuk bergambar seperti Vespa Terapung, Sarang burung terapung, hammock terapung .. eh! Banyaklah terapung cuma berani ngan tak berani je nak ambil gambar kat situ. Buat manusia yang gayat macam mummy ni.. ketaq habih seluruh badan la weyyy...
Petangnya pula kami di berikan sepatah dua kata oleh Team Persona Negeri Sembilan yang menerangkan beberapa port menarik yang terdapat disini. Waktu ni mummy dah start demam selsema dah.. tapi waktu hiking takde pulak nak demam.. bila dok diam je jadi demam. Hahaha ngada kan!
Tepat jam 5.00 petang kitaorang melakukan atv yang dinanti-nantikan oleh rakan-rakan yang lain. Sumpah mummy takmau buat sebab tak reti bawak moto tau! Yelah kang jatuh gaung naya weyyyyyyyyyyyy!!! Kerjo gilo. Tapi kan tapi kan... setelah briefing tu ni tu ni tu ni dan tu ni. Hokay fine... mummy buat gak. Bila lagi dapat peluang macam ni kan. Tapi sempatlah buat drama sebabak.. batuk non stop, rasa nak terberaklah ehhh macam-macam rasalah. So memandangkan staf-staf kat sini dah la comey, jambu-jambu ayaq.. hish! Memang takleh tolak weyy.. Tapi memang ikut buku sungguh aih.. adik tu habaq akak tekan clutch sekali ja tau... jangan lepas break tau.. sampai kesudah aku bawak sekali pun tak lepas aktiviti atv ni. Sampai kejang-kejaang otot-otot jari jemari mungil mummy tau. Hahhahaa poyos kan tapi tulah kenyataannya. Hahahaha Tapi lepas selesai atv ni.. rasa macam nak naik lagi weyyy.. Tak puas! hahaha gediks kan.
Malamnya pulak bagi yang berkelapangan terdapat sesi solat maghrib dan Isyak di Surau Utama Kg Jkin bersama Ustaz jemputan. Usai segalanya kitaorang ada sesi makan malam , karaoke dan juga sepatah dua kata dari owner dan ustaz jemputan. Selesai je mummy pun tumbang. Yelah dok dalam hutan ni sejuk dia takleh buat bincang. Meleleh-leleh ayaq hingus sebab demam selsema.. Menariknya lagi kat sini sekoq nyamuk pun tak hinggap badan mummy walaupun kitaorang dok dalam hutan. Walaupun bunyinya mustahil tapi tulah kenyataan nya.
13.08.2020 ( khamis)
Nyamannya udara.. segaq weyy! Tidoq pun tak bukak kipas.. ayaq sejuk yarabbi! So mandi ibu jari kaki je lah. Hahaha okay tu tipu.. mandi sambil ketap gigi la weyy... Yelah mandi ayaq sejuk kat awet muda. Gilo tak mau muda lagi. Eh!
Pum pam pum pam settle breakfast dan sebagainya. Aktiviti pertama tuk hari kedua adalah.. jeng jeng jeng. Buaian Extreme! Tapi nak buat aktiviti ni berat badan korang kena kurang dari 70 kg.. Sebab buaian tu memang dibuat khas dan telah diuji bagi korang yang berat badannya kurang dari 70kg dan faktor keselamatan menjadi faktor utama bagi semua aktiviti yang terdapat disini. Sebelum naik, kitaorang telah dibriefing oleh adik Ya Latif.. Apa yang perlu dan patut kitaorang buat. Tak takut ker? Gilo tak takut.. rasa nak putus nafas pun ada. Rasa macam praktis nak bunuh diri pun ada. Hahaha kerjo gilo weyy.. Tapi macam biasalah mummy, mulut takmau.. hati melonjak nak cuba. Kalo tak cuba sekarang bila lagi nak dapat peluang macam ni lagi kan kan kan kan ( Balik dari Kampung Jkin terus kena tazkirah dari Mak Mummy.. fuhhh bernanah telinga weyy) :((
Next!Flying Fox
Okay tangga flying fox ni takdelah tinggi macam Sunway Lagoon.. Yelah sini kan hutan , tanahnya berbukit. So lega lutut mummy. View pun cantek! Hijau je. Sejuk je mata memandang .. Yang ni takdelah nebes sangat. Cuma mula-mula nak start tu ketaq nak duduk tergantung je. Dah la mummy ni berat.. mampu kena tampung berat mummy ni. Hahaha . Biasalah otak membayang yang bukan-bukan. Itu standard. Yang penting kena ada rasa berani untuk melawan ketakutan walaupun rasa berani tu sebesar zarah je. Hehhe githewwww.. Dan untuk maklumat korang semua aktiviti lasak kat sini, semua equipment keselamatan dipasang dan diambil berat dan memastikan setiap peserta memakainya dengan betul tanpa sebarang alasan.
Next!Zipline / Zip-Line
Aktiviti ni mummy tak buat sebab demam kan. Kang dah berendam mau tak mangkit teruih. Ni macam duduk atas satu buaian then terjun dalam ayaq. Sapa kaki berendam dan pantang nampak ayaq boleh cuba aktiviti ni. Nampak kawan-kawan join best! Kuyup.. sampai ketaq-ketaq pun ada. Hehehehe
Finally settle semua aktiviti yang terdapat kat sini. So korang memang patut datang sini. Best gilo! Staff pun friendly. Yang penting semua jambu-jambu ayaq.. so semangatlah nak buat aktiviti kan. Ahhahaa :p Dan actually macam-macam la atikviti korang leh buat especially aktiviti untuk teambuilding office ka, rukun tetangga ka, sekolah ka.. eh! Semua la dorang boleh buat mengikut keperluan korang. Habaq ja kat depa. Harha pun berpatutan. Tempat penginapan pun bersih. Makan sodap! So amacam ada berani ka?
Thanks for reading! Wassallam..
2 Comments
Seronoknya bercumbu mesra dengan alam! Nak turun hammock tu senang ka, Mummy?
ReplyDeleteaaa best Farah.. Nampak semua hijau. Syok! Hammock tu..? Nak naik susah, nak turun pun susah sbb ngeri nampak curam kat bawah.hahaha
Delete