Romantik Movie : Sinopis Dumplin

by - October 25, 2020

Assallamualaikum..


Okay kali ni mummy nak story mory diantara movie-movie yang suka mummy tonton. Baru-Baru ni mummy ada menonton cerita Dumplin yang mengisahkan seorang remaja iaitu Willowdean lakonan Danielle Macdonald yang obes dan juga merupakan anak kepada seorang bekas ratu cantik Rosie Dickson lakonan Jennifer Aniston. Nama Dumplin ini diberikan oleh ibu Will kepada anaknya yang comel dan gebu macam dumplin yang tidak pernah disukai oleh Will.



Will telah kehilangan mak cik kesayangannya Aunty Dollynya 6 bulan lalu. Sejak itu dia sering dibayangi oleh auntynya yang telah membesarkannya disaat ibunya Rosie terlampau sibuk dengan aktiviti seorang ratu cantik dan juga bekas ratu cantik. Bagi Will auntynya merupakan orang yang cukup memahaminya.. dan sentiasa ada saat dia susah dan senang.Namun sewaktu Will mengemas barang-barang auntynya untuk didermakan , Will telah terjumpa borang ratu cantik yang telah diisi namun tidak dihantar. Sejak dari itu Will nekad untuk menyertai pertandingan bagi memenuhi impian auntynya itu: Sejak dari itu Will telah mengisi borang permohonan Miss Teen Bluebonnet Pageant disebuah bandar kecil iaitu Texas. Turut serta mengikuti pertandingan ratu cantik itu adalah kawan baiknya Ellen lakonan Odeya Rush, Millie lakonan Maddie Baillio yang juga obes serta seorang gadis tomboy Hannah lakonan Bex Taylor -Klaus. Sejak itu pelbagai insiden suka duka yang telah terjadi. Malahan ibunya Rosie juga tidak berapa yakin akan penyertaan anaknya itu walaupun dia merupakan orang kuat didalam pertandingan ratu cantik ini. Malahan Will juga telah menolak cinta Lee lakonan Harold Perrineau disebabkan oleh malu akan tubuh badannya.


So kesimpulannya daripada cerita ini, untuk berjaya kita perlu ada keyakinan yang tinggi. Jangan malu akan dengan tubuh badan kita tak kiralah gemuk atau kurus sebab itu bukan ukuran bagi sesebuah kejayaan. Hargai juga sahabat-sahabat yang sentiasa berada disaat susah dan senang.Kalau kita rasa ,kita ada buat salah samada sengaja atau tidak jangan pernah malu untuk meminta maaf. 




So buat korang yang suka sebuah cerita komedi romantik yang santai-santai tanpa penat berfikir, cerita ni adalah pilihan terbaik. Takdelah korang kemurungan diakhir jalan cerita. Happy dapat ikhtibar pun dapat. Nak tau ending cerita nanti korang carilah ye... Dengan akhir kata "Every Body is Bikin Body"


Nah terjumpa lak link kat you tube.. https://youtu.be/YjTvZqLsE2A



kat Neflix pun ada jugak.. 


Thanks for reading! Wassallam




You May Also Like

2 Comments

  1. Menarik ni! OK, mummy! Dah masuk senarai tontonan. Thanks so much!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa best! jangan lupa nonton ya.. hahaa . Sama-sama :)

      Delete