Pengalaman Masuk Ke Ghost Museum Melaka. Seram sangat ker ?

by - December 08, 2020

Assallamualaikum


Serius arr Ghost Museum. Macam best je bunyi dia, tapi macam takut pun ada. Hahahaha Nak masuk pun hati berbelah bahagi. Tulah rasanya bila kengkawan mummy ajak ke Ghost Museum ni. Bertemankan Intan, Ika, Apis dan juga Min yang ku sangka lagi berani  dari aku, hakikatnya si Min ni lagi penakut dari aku. Siap cakap aku tunggu hang kat luaq ja la. Sebab motif utama dia nak makan Cendol Kampung Hulu ja. hahahaha Nampak tak, bijak sangat permainan dia. hahahaa 


Sebelum ni aku dah pernah masuk Ghost Museum Penang.. cuma kat sana lagi banyak hantunya..  Tapi apasalahnya masuk muzium hantu yang kat sini jugak.. Meh klik pengalaman aku dan anak-anak ke  Ghost Museum Penang   beserta gambar-gambar hantu di dalam Ghost Museum ni.



Aksi-aksi yang sempat dilakukan di Ghost Museum. Ni aksi seorang penakut tau, kalau ampa yang berani.. lagi dasat rupanya kot.. hehhehe


Kenduri Geng Zombie..hhahaha


Ghost Museum Melaka 

(Berhadapan Cendol Kampung Hulu dan

bersebelahan Masjid Kampung Hulu)

No.43, Jalan Kampung Hulu,

75250 Melaka


Waktu Operasi 

10 malam- 7 petang


No.Telefon

+606.281.1585


Harga Tiket

Dewasa : RM 18

Kanak-Kanak dan Warga Emas : RM 10



Melangkah masuk ja aku dah kalut dok jeling atas siling, yelah takut Orang Minyak muncul dari Siling macam Ghost Museum kat Penang tu. hahahaa Dasar penakut yang tak boleh di bawa berbincang betul . Meneruskan perjalanan sehingga ke ruang audio visual,  waktu inilah kitaorang di beri sedikit pemahaman mengenai Museum Ghost itu sendiri. 


Sorang mak buyung, sorang anak dara.. dua-dua brutal..


Peneman-peneman hebat buat si penakut.. Macih Apis, Ika dan Intan.. Rindu weyy korang..


Menceritakan jenis-jenis dan kisah-kisah yang tersembunyi tentang bagaimana kewujudan hantu-hantu tersebut merupakan motif (core) utama penubuhan muzium ini. So korang janganlah takut sangat sebab ni muzium bukan rumah hantu. Muzium tu kan bertujuan untuk memberi pendidikan dan ilmu kepada kita dibandingkan rumah hantu yang dibuat memang untuk menakut-nakutkan kita. Yelah nak usha jauh mana ampa punya berani ngan hantu.


Tapi .. tapi.. tapi kan..


Buat orang yang takut gelap, takut benda-benda seram macam mummy dan kawan mummy Si Min tu.. Apa pun pasal hantu semua seram. Eh! tepuk dahilah semua orang yang dengaq. Meneruskan lagi pengembaraan dan sesi mengenali jenis-jenis hantu kat sini.. kitaorang melangkau rakan-rakan yang lain, so port kitaorang mesti kat bahagian tengah dan make sure depan ada orang, belakang pun mesti ada orang. hahahaha Bijak kan!


Tapi kalau masuk dalam logik akal tak seram pun.. hantu tu pun sergah ampa pun. Aku yang dok dkalut. Ketaq dan penakut tak kena gaya. hahaha Terdapat beberapa jenis hantu yang terdapat didalam muzium ni. Bangunan Ghost Museum ini mempunyai 2 tingkat yang menempatkan beberapa jenis hantu sama ada luar negara, dalam negara dalam pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia ni. Antaranya:

  1. Hantu Penanggal
  2. Toyol
  3. Hantu Pokok Pisang
  4. Pontianak
  5. Zombie
  6. Hantu Cina
  7. Pelesit
  8. Hantu Cermin
  9. Hantu Bilik Ayaq 

Bagi pandangan aku, kalau ada write up atau caption lagi mudah kot bagi aku snap gambaq , then balik .. pastu hafal balik nama-nama hantu dan sejarah kewujudannya kat rumah. Puas bagi aku. Ni dah la penakut, tour guide explain sat ja ingat.. pastu tengok muka hantu ja.. eh balik lupa dah. hahahaha


Tak tau dah ni part mana.. habis tulang-tulang , tengkorak berterbangan bagai.


Mula-mula acah berani, sekali terlanggar apa ntah..patung tu gerak.. Apalagi, pecut la!

Menariknya lagi mengenai muzium ni, setiap group yang datang, korang akan dibawa oleh sorang tour guide  yang akan menerangkan  jenis-jenis hantu, cara kewujudannya, tempat tinggalnya dan semua yang berkaitan hantu tersebut secara detail. Malahan tour guide kat sini tak juga lekok dengan pengalaman berdasarkan cerita-cerita seram yang pernah dilalui oleh pengunjung yang pernah datang ke situ. Yelah ada pengunjung yang pernah jummpa hantu, sorang dorang cerita kat tour guide, tour guide citer la kitaorang.


So korang kenalah dengaq betui-betui na.  Malahan Tour Guide tu juga akan ajarkan korang cara-cara untuk mengambil gambaq dari angle yang betui bagi menghasilkan gambaq yang awesome. Lepas tu korang bolehlah upload kat SOCMED (Media Sosial) korang dan berkongsi pengalaman kat Ghost Museum ni.


Ni last sekali. Sesi bergambaq. Kena bayaq tak silap. Min yang bayaq, aku tumpang posing ja..


Buat korang yang suka kan cerita-cerita mistik, suka kaji, suka dengan paranormal bolehlah datang ke sini. Rasai sendiri pengalaman berada di dalam Ghost Museum. Bila dah melangkah keluaq baru pasan... ala tak seram manalah.. kan kan.. hahhaha :P (dah keluaq baru kata tak seram kan..hahha) Tapi bagi aku lah hantu-hantu kat Malaysia ni lagi seram lah jika nak dibandingkan dengan hantu oversea... dengan rupa hantu penanggalnya lah..Cik Ponti punya rambut mengerbang dia lagilah, Acik Toyol yang suka dok bawah Pokok Pisang lagi.. hish hish scary doh!


Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

2 Comments

  1. Menarik la Julia, nasib hari tu x masuk sebab dah tutup..kalau tak SA ngan Dania sure banyak gambar dalam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala tu tandanya kena datang sekali lagi... hhehhee

      Delete