Resepi Kari Ikan Bawal Menggunakan Rempah Cap O Legend Orang Utaqha

by - April 27, 2021

 Assallamualaikum.

Sebelum puasa hari tu mummy dan Min ada masak-masak menggunakan rempah Cap O. Rempah legend ni oooo... Hanya orang utagha ja yang tau. Kalo ampa tak tau rempah ni, balik satg pi tanya mak pak ampa... pernah masak tak guna rempah Cap O. Confirm depa tau. Menariknya lagi Rempah Cap O ni keluaran Bumiputera ya. Orang kampung yang buat semua. 

Bahan-Bahan

2 ekor ikan bawal
6 sudu besar serbuk kari ikan Rempah O
2 tangkai daun kari
air asam jawa
1 mangkuk santan
sedikit air
2 biji tomato
sayur bendi
1 biji cili merah
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk hiris nipis:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk rempah tumis:
1 sudu kecil halba campur

Cara Memasaknya

Bancuh serbuk kari sedikit air.

Panaskan minyak, tumis bahan hiris nipis dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk rempah tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak. Tambah sedikit air dan teruskan masak sehingga pecah minyak lagi sekali. Biarkan lama sikit pun takpe. Biar harum bau serbuk kari tu.

Masukkan garam secukup rasa.

Masukkan air asam jawa dan ikan.

Tutup sekejap kuali supaya ikan masak sedikit.

Masukkan santan, sedikit air, tomato dan  sayur bendi . 

Tips

Untuk masak kari yang sedap, rempah harus ditumis sehingga betul-betul masak. Cara untuk pastikan rempak masak ialah dengan tumis sehingga rempah pecah minyak, kemudian tambah air beberapa kali dan masak sehingga rempah pecah minyak pada setiap kali selepas tambah air.



You May Also Like

2 Comments

  1. saya tak pernah dengar Cap O ni.. mungkin tok tok yang lagi veteren tau..
    kami cucu cucu tau makan ja hahaha.. tp aihh tngk kari menggoda aih..

    jemput join GA blog saya :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete