Tema Baju dan Konsep Raya Tahun 2021. Hish Seygak ka weh!

by - April 30, 2021

Assallamuaalaikum..


Dah dekat -dekat nak raya ni, macam-macamlah akai nak buatkan. Nak posinglah, nak buat biskut rayalah, nak hias rayalah.. eh eh macam-macamlah nak buat. Walaupun hati ni punyalah sedih meruntun hiba tak dapat balik kampung. Tahun lepas dah tak dpt balik kampung... tahun ni tambah lagi. Padahal selama ni akulah juara bertahan tak pernah miss balik kampung.. Wahai hati, bertabahlah ... Mungkin ada hikmah disebaliknya .

 

"Tulah hang Julia.. keja lagi kat Melaka .. kan dah tak boleh balik kampung. "


Aku bermonolog, marahkan diri sendiri


Namun aku macam biasalah, cuba melawan perasaan . So baru-baru ni, aku plan la nak buat photoshoot raya kat opis. Walaupun tak mudah nak satukan idea dalam lingkungan kawan-kawan yang pelbagai rentak ni. Namun aku cuba. Memang siksa. Tapi aku.. cam biasa . bebai 10 saat and  its done! So meh ku tayangkan gambar-gambar posing raya tahun 2021 yang berkonsep klasik carca merba. hahahaa Nah tampal kat  sini sebagai memori.






Menyatukan 13 kepala dalam sekeping gambaq bukan mudah.. bab baju satu hal, apatah lagi nak susun dan nak pupuk rasa sporting dalam diri masing-masing. Siksa weh! Ada yang tak tahan panas, ada yang haus .. nak nak bulan puasa ni.  Ada yang posing macam nak nyanyi lagu negaraku, ada jugak yang sakan dok selfie.. hish! banyak ragam.. hahahahaha




Hat tengah tu dia habaq , dia blogger tersohor.  hahahhaa Blogger Fairus Mamat

Nenek kebayan muncul di Bukit St Paul atau nama lainnya Bukit Melaka.



Antara lokasi-lokasinya adalah depan opis, bus stop, keretapi , bawah pokok, tepi Muzium Islam, Bukit St Paul dan last sekali Kota A Fomosa. Hamik hang.. Lencun! Nasib baik sekali sekala hokaylah.. Selalu selalu, mau pitam jawabnya. Dah la Melaka ni panas lain maciam, spesis panas takleh bawak bincang la. hahahaha. Apa-apapun kita enjoy. Agak-agak tahun depan tema apa pulak  gaya aku nak posing. Akan kekalkah aku kat unit ni? Mungkinkah ahli jemaah ni masih org yang sama. jeng jeng jeng. Dan yang paling penting beraya kah  aku tahun ni? hish sadis.. Ampa tunggu dan lihat na.. 


Thanks for Reading! Wassalam

You May Also Like

6 Comments

  1. Apesal aku ada dalam gambar ni... 😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu halusinasi sahaja.. mohon jangan perasan lebih.. hahhaa :P

      Delete
  2. sporting lah semua melayan photoshoot time puasa kan.hehe

    ReplyDelete
  3. Cantik2 semua...Fairus pun ada erk...

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa and sporting je semua posing..
    salam aidilfitri kak.. maaf zahir batin..

    stay safe =)

    ReplyDelete