Lokasi Pasar Karat di Melaka

by - April 23, 2019

Assallamualaikum...

Kali ni mummy berkesempatan untuk berjalan-jalan disekitar Pasar Karat Melaka.. Ramai yang tak tahu kan... Pasar Karat juga ada di Melaka. Ianya dibuka hanya pada hari Ahad sahaja dari jam 7.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Ianya terletak di  Hang Lekir di Jonker Street.

Pasar Karat Melaka
Jalan Hang Lekir
Melaka

Masa Operasi
7.00 Pagi - 12.30 Tengahari
(Setiap Ahad)




Peniaga -peniaga yang menjual barang -barang pun tak berapa nak banyak...  Sekitar 20-30 orang peniaga sahaja (anggaran kasar). Tapi jangan risau, barang-barang disitu still rare.


Mummy seperti biasalah suka mencari macam pinggan-pinggan mangkuk lama, talam ayan, tempayan dan sesekali seronok melihat poster-poster lama yang makin susah untuk dijumpai kini. Kalau takde budget mummy suka acukan lensa kamera sebagai aktiviti hujung minggu. Seronok mengambil street photo katanya.hhhaha




Sekali sekala layan pun best gak kan..hehhehee Walaupun mummy bukan photographer profesional.. tapi amik gambaq adalah salah satu hobi yang amat mummy minati bagi mengisi lapang. 

Diantara majalah-majalah lama yang dijual disini.







Diantara barang-barang yang dijual... Pic diatas ni adalah sebuah tabung.. serius ianya amat unik . Tapi memandangkan mummy tiada tempat yan sesuai untuk di hias/disimpan..so mummy tak jadilah nak beli. hehehhe


Gambar-gambar lama juga ada dijual.. salah satunya gambar perkahwinan masyarat baba nyonya.. 

Surat cinta siapakah ini..? jeng jeng jeng..


Cara peniaga-peniaga disini menyusun barang yang dijual... 

Thanks for Reading! Wassalam


You May Also Like

0 Comments