Travelog FAM Trip Batam Day 3 : Batam Trail Run 5 km dan Javanese Food Restoran Djanoer Koening
Assallamualaikum..
Finally dah masuk hari terakhir di Batam. Seriously still cannot move on dengan tempat-tempat menarik kat Batam ni.. Rasa masih ada beberapa lagi tempat yang tak di explore. Semoga dimasa akan datang mummy akan berkesempatan ke sini lagi. Bukan setakat di Batam tapi tempat-tempat menarik di seluruh dunia. Amee n Okay tinggalkan sekejap rasa sedih tu dan apa pulak aktiviti mummy dan kengkawan dihari last ni ?
Day 3
Pagi ni aktiviti mummy dan kengkawan akan menyertai acara larian bagi Batam Trail Run 5KM kat Sijori Resort and Spa di Sekupang . Sebelum bergerak ke lokasi acara run tu , mummy dan kengkawan wajib check out dulu sebelum ke acara tersebut, sebab lepas tu kitaorang akan terus bergerak pulang ke Malaysia #sedih. Tapi dalam dok sedih-sedih tu semangat nak berlari masih lagi menjadi agenda utama sebelum pulang. Masing-masing kelihatan ceria nak berlari atau tak pastilah pulak dorang ada agenda lain 😆😆😆 .hhaha Agenda nak berposing kat Tebing Langit pun boleh jadi jugak kann.. :P
7.00 pagi ( Indonesia Time) kitaorang dah berada di Sijori Resort and Spa . Eh! Ingat dah start lari .. oh! belum rupanya. Lepas mengambil packing breakfast di kaunter pendaftaran . Still masih belum ada tanda-tanda larian akan dimulakan namun persembahan pembukaan mula mengambil tempat walaupun matahari semakin tegak meninggi . Selesai semua persembahan almost 9.00 pagi, then baru flag off. Waktu ni aku tak pasti boleh ke aku lari merentas terik mentari?. Hahha Kena mendaki pulak Bukit kat Tebing Langit Sekupang lagi ni. Bukannya apa.. aku takut! Aku takut aku menang posing dari menang berlari.. hahaha 🤣🤪 #seriusmasinmulutaku
Masing-masing beria ambil breakfast pada pagi tu. Semangat nak berlari katanya..haahha
Selepas check out kitaorang berposing bentar di hadapan hotel sebagai kenangan.
Batam Trail Run 5KM
Serba sedikit mengenai Batam Trail Run 5KM ni. Acara ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu dewasa 5KM dan kanak-kanak 2.5 KM. Dengan kadar bayaran pendaftaran sebanyak 100 000 rp bagi peserta dewasa dan 60 000 rp bagi peserta kanak-kanak. Setiap peserta akan diberikan T-shirt, Snack dan juga Air mineral .
- Juara 10 juta rp + Piala
- Naib Juara 8 juta rp + Piala
- Ketiga 5Juta rp +Piala
- Keempat 1 Juta
Hadiah Peserta Kanak-kanak ( 2.5KM)
- Juara 4 juta rp + Piala
- Naib Juara 3 juta rp + Piala
- Ketiga 2 Juta rp +Piala
- Keempat 1 Juta
Hadiah keseluruhan pula bernilai 77 juta rp, lebih kurang dalam RM 22k la anggaran Ringgit Malaysia. Medal pula diberikan kepada 150 setiap kategori dewasa dan 150 medal kanak-kanak. So lambat tak dapatlah medal tu. #BataMiliKita .Dimaklumkan seramai 500 orang peserta yang mengikuti larian pada pagi ini. Program larian ini juga merupakan kerjasama diantara Malaysia, Indonesia , Singapura dan juga Kenya serta beberapa agensi swasta dan kerajaan seperti Sijori Resort and Spa, KPJ Puteri Johor Bahru , Toursim Riau, Perbadanan Pelancongan Indonesia, Pemerintah Kota Batam , Karang Tabung Kota Batam,Salonpas, Isotonic dan pelbagai lagi agensi yang terlibat.
Akhirnya acara larian yang dinanti-nantikan telah tiba, awal -awal larian aku dan Min dah menang berposing. Sangkut kat Tebing Langit Sekupang yang cantik ni. hahaha Kena pulak Wendy dalam keadaan yang tak berapa sihat so solution dia aku towing la macam biasa. Ingat kat dalam Malaysia ja towing kengkawan.. kat luar Malaysia pun towing kengkawan jugak. Haha Takpa waktu ni la nak buat saham akhirat kan.. hehe 🙃
Persembahan kebudayaan sebelum acara larian dimulakan.
Aku tak ingat tempoh masa larian dan towing aku. Cuma yang aku ingat, aku sampai je medal dah habis. Maybe aku juara kiraan dari belakang . Hahaha 😆 #pemenangyangtakdidendangkan Peserta dari Kenya menjuari keseluruhan kategori larian 5KM dalam tempoh masa kurang dari 15 minit. Adehh ni lari macam cheetah apa..berdesup..!! Nampak sangat badan dorang tu memang takdak lemak langsung dari badan aku yang penuh lemak tepu. Kikiki Mummy? Serius terus berazam nak lari 10km sehari. Tapi sampai ja di Malaysia dan keadaan aku yang sentiasa sibuk plus plus ni kita hold dulu na..haha #taikkucing bak kata Min.
Mummy dan Wendy
Menang posing
Bersama peserta-peserta yang turut serta dalam Batam Trail Run 5KM #BataMiliKita
Baru suku lari , aku dan Min dah posing sakan.
Kenangan sebelum acara larian dimulakan. Siap dapat duduk depan sekali bagi bersama-sama flag off acara Batam Trail Run 5KM. Satu penghormatan buat kitaorang. Terima kasih.
Restaurant “ Djannoer Koening - Sego Pecel Bu Wi "
Alhamdullilah selesai semuanya. Kitaorang bersiap2-siap untuk bergerak ke destinasi bagi menikmati makan tengahari pula sebelum bergerak pulang iaitu di Restaurant “ Djannoer Koening - Sego Pecel Bu Wi " Salah satu restoran yang menghidangkan menu asli Jawa yang terletak di Pasar Lagenda Batam Center .
Restoran Djanoer Koening
( True Javanese Cuisine)
Mega Lagenda 1 Blok E3 No.1,
(Dekat Pasar Mega Lagenda)
Batam Center.
Tel No : +65 9868 3339 /+62 821 7401 4696
Email : segopeeelbuwir@gmail.com
Website : djanoerkoening.com
Sesampainya kitaorang disana , mummy dan kengkawan dijamu dengan air Jamu Kencur sebagai welcoming drink. Waktu ni boleh lihat pelbagai reaksi wajah sorang-sorang kengkawan mummy. Ada yang terkulat-kulat minum, ada yang steady je , ada yang nak muntah dan serius ada jugak yang tak minum langsung. haahaha #mengelat. Mummy? Mestilah steady ... ai dah biasa minum jamu-jamu nak maintain awet muda kununnya. adehh tetiba rasa mantop! Puihhhh.. hahaha 🤣Mantoplah sangat..
Kitaorang diberi serba-sedikit penerangan daripada pemilik kedai tentang sajian yang dihidangkan. Sebuah sajian asli tradisional jawa bagi memberi kelainan buat restoran-restoran yang terdapat di Indonesia ini. Antara yang sempat mummy cuba. tapai ubi goreng (pelik tapi ini nyata) rasa macam goreng pisang pun ada, ada gado-gado, ada hidangan ala-ala nasi ayam penyet yang nama Indonesianya agak susah sikit mummy nak hafal . Apa-apapun makanan kat sini semuanya sedap-sedap belaka. Syukur Alhamdullilah 3 pinggan selamat masuk perut. ahaha
Antara yang terhidang untuk disantap.
Jamu Kencur sebagai welcoming drinks.
Ni macam sambal hijau tapi ada anak-anak ikan. ( anak ikan ni boleh dimakan dan diratah tanpa perlu demand barang-barang branded..Opssss)
Antara yang terhidang untuk disantap.
Kuih muih yang lebih kurang ja macam Malaysia cuma diolah sedikit dan namanya ada sedikit kelainan.
Yang baru nak dicedok tu namanya Empal Balado. Dap! Actually banyak lagi menu menarik yang mampu membuka selera . So kalau datang Batam jangan lupa singgah restoran ni tau. Macam-macam ada!
Pemlik kedai bersama keluarga dan juga Pak Edi kita. Terima kasih ya menjamu kami makanan yang enak-enak belaka.
Photo group buat semua pengamal media serta pemilik kedai. Sampai ketemu lagi. Dengan ini berakhirlah segala cerita Travelog FAM Trip Batam bersama media-media daripada Malaysia, Indonesia dan juga Singapura. Terima kasih diatas semua layanan baik dan hospitality yang awesome buat kami semua terutama sekali Pak Edi Sutrisno dan juga Bams Nektar . Sampai ketemu lagi untuk FAM trip yang akan datang.
Thanks for Reading! Wassallam..
6 Comments
Hahaha...part posing tu memang tahu dah... Kite kan win no 1.. Yeah.. LeYa pun nak cakap tapai ubi goreng tu memang sedap.. Siap amek 2x tu..hahaha.. #MemangRosakDiet kalau hari-hari travel..🤣🤣
ReplyDeleteKannn.. posing menjuarai setiap trip.. hahaa Kann mummy 1st time rasa tapai ubi goreng. Sedap gak kan.. Terbaheklah!
Deletehahaha terus ter lapo tengok gambo makanan
ReplyDeleteMeh ler kita makan bersama-sama..haha
Deletekak ju bila pakai selain pink kelihatan lain.
ReplyDeletehihihi.
sgt significantnya akak dengan pink
Hahhaha.. Pink dah sebati dalam diri. Tanpa pink suramlah donia. Hahha 🤪🤣
Delete