Travelog FAM Batam Trip Day 2 : Tempat-tempat Menarik di Pulau Bintan Batam Indonesia

by - April 17, 2019

Assallamualaikum...

AMARAN :
Entry ni agak panjang.. Mohon jangan menyumpah sebab penat membaca..hahha Taknak baca boleh layan gambar tapi rugi la weyyy..

Masuk sudah hari kedua berada di Batam. Pagi-pagi lagi mummy dan Min dah bangun. Bangun tutup alarm ja ... pastu sambung tidoq balik. hahhaa :P Sebab tu kalau nak set alarm kena awai 1/2 jam. Yelah tu untuk sesi golek-golek amik mood. hahha :P Ala buat-buat muka terkejut pulak ampa, cehhh macam tak biasa pulak. 😆


Day 2

Island Tour pagi , 6 April 2019 di Pulau Bintan.  Perjalanan dimulakan dengan menaiki feri dari Terminal Tanjung Punggur dengan menaiki Feri Roro. Feri kat sini lebih kurang macam feri kat Penang . Bahagian bawah untuk kenderaan , atas tempat untuk penumpang. Waktu pergi suasana dalam feri memang sesak sedikit dan kadang-kadang dah rasa macam sardin cap ayam ..... Tapi tour punya pasal kitaorang pejamkan mata je. hahha  Tips untuk dapat view yang cantik untuk bergambar , korang kenalah duduklah dibahagian depan sekali walaupun cahaya betul-betul kat muka korang. Rasa-rasa macam dah tak tahan atau dah puas posing korang rondalah sekeliling feri.

Oh! lupa nak cerita.. sebelum memulakan perjalanan kitaorang breakfast kuih muih tradisional Batam. Lebih kurang sama ja dengan kuih kat Malaysia. Kuih Pulut Panggang, kuih lapis warna warni dan juga lepat pisang.


Feri dari Terminal Tanjung Punggur ke Terminal  Tanjung Uban mengambil masa 1 jam tapi kalau naik speed boat tempoh perjalanan hanya mengambil masa 15 minit sahaja.  Tiket lebih kurang dalam RM 5-6 ( 19 700 rp)  untuk feri . Feri ni paling last jam 5.00 petang. So kenalah standby sejam awal. 


Feri Roro di Pelabuhan Tanjung Punggur.
Waktu ni baru ja sampai Pelabuhan Tanjung Uban. Melompat sebab seronok tengok awan kepuk-kepuk kat belakang sana tu. Ish ish kanak-kanak ribena sungguh aih!

Ni lah Jeti dia.. 

Sewaktu kami sampai, sudah ada bas yang menanti bagi membawa kitaorang meronda-ronda sekitar Pulau Bintan ni. Jarak dia pulak agak jauh so memang kena naik bas bagi trip kami yang seramai 22 orang ini.  Guide kami pula dibawa oleh Windy daripada Windy Tour Guide.

Windy Tour and Travel


No Tel : 081372203070
Email : wintourntravel@gmail.com
Facebook : Windy Wara Wiri (Win Tour and Travel)
Instagram : windywarawiri




Madu Tiga Beach Resort


Destinasi pertama kitaorang adalah ke Madu Tiga Beach and Resort.  Di Resort ni pemandangan sangat cantik dengan air yang jernih , ada tempat istirehat, cafe, gazebo, ada buaian madu tiga , ada buaian tepi pantai dan pelbagai lagi lah.  eh! Semualah cantik kat sini.. So kalau korang nak honeymoon kat sini pun boleh . Lagi aman dan damai dari Bali kot .


"Buaian yang Min duduk tu sebenarnya telah meninggalkan nostalgia sendiri bila mummy terjatuh macam nangka busuk . Dan lebih malang , mummy telah jatuh ke belakang disebabkan oleh ke tidak seimbangan badan dan juga buaian yang senget . Tempat duduk Buaian tu sebenarnya agak tinggi dan itu telah membuatkan kaki mummy yang comel ni , gagal untuk memijak pasir untuk support kedudukan mummy . Apalagi berdentumlah jatuh macam nangka busuk..hahha   

Apalagi gamatlah kengkawan mummy dok gelakkan mummy. Lahanat betui depa tu kan.. Bukan nak menolong.h ahaha Tapi mummy pun dok gelak sakan..eh! aku ni dah kenapa.. Tapi takpe sekali sekala buat show apasalahnya kan. Nasib baik pakai legging kat dalam.. Kalo tak naya weyyy.."

Chalet-chalet kat Madu Tiga Beach and Resort

Buaian Madu Tiga.. Hanya ada madu tiga ja yang boleh duduk

Fefeeling tan kan badan ala mat salleh.. Walaupun hakikatnya hang
memang dah merelit sakan kalah negro .

Kekunun baru mangkit... huaaa ( menguap)

Tasik Telaga Biru 


Destinasi kedua adalah  Tasik Telaga Biru  yang bersebelahan dengan Gurun Pasir Bintan ni.  Tiket masuk ? FREE ja . So kalau korang datang sini sila standby spec dan sunblock na. Sebab confirm korang akan merelit macam mummy. Nak amik gambar kat sini , ada  a few tempat yang kena bayar 5000 rp bagi 3 keping gambar . Almaklumla benda2 props tu dibuat oleh orang kampung kat situ. So itu adalah hasil pendapatan mereka. So just do the respect.

Feefeeling macam hero kecik ambil gambar tak tengok kamera.. aichecheh... :P #pasanmodelrendang

Nama tasiknya biru, tapi warnanya hijau.. Adakah ini tanda baju raya mummy tahun ni..Eh! apa aku merapu daa..

Awan kepuk-kepuk, air macam cermin.. Cantik!

Gambar ihsan daripada Lee Alfie Damian, Seorang jurugambar daripada Singapura.


Gurun Pasir Bintan

Asalnya gurun ini adalah satu tempat yang penuh dengan penghasilan bauksit namun telah lama diberhentikan operasinya. So apabila hujan turun akan terhasillah bentuk-bentuk yang unik seperti yang korang lihat sekarang ini. Namun bukit/bentuk yang unik ni takdelah tinggi sangat seperti pasir kat Klebang Melaka tu.. tinggi comel-comel je dan tidaklah terlampau halus pasirnya. So kena berhati-hati sebab pasirnya agak kasar. Takut jatuh tersembam dapat pulaklah hadiah. Tiada tiket masuk yang dikenakan.


Ala-ala sesat digurun sahara.

Apalah yang mummy tengok tu..


Di Pemancingan Poyotomo



Destinasi ketiga Di Pemancingan Poyotomo. Nak masuk sini kena bayar 10 000 rp ( RM3) ja. Pastu ada pakej-pakej istimewa yang ditawarkan. Untuk pakej-pakej tu korang boleh layari www.pemancinganpoyotomo.com atau boleh hubungi 0811-7002229 bagi sebarang pertanyaan. Pemandangan di sini memang cantik. Berlatarkan Gunung Bintan, dimana gunungnya setinggi bukit . 

Penat..! besar sangat tempat ni jenuh menapak. Kalau korang perasan mummy memang pakai spec je sepanjang perjalanan ke Pulau Bintan ni. Panas dia luar biasalah. Memang kena standby air mineral ja. Mata pulak sampai tak boleh buka. Sebab tu awan kat sini cantik sangat sebab terlampau terik. Awan kepuk-kepuk weyyy! peberet mummy

Gunung Bintan

Rehat jap

Lengkap segala kemudahan ada kat sini. Cafe, Tempat solat, gazebo , kedai, playground dan pelbagai lagi.

Mancing ker tu?

Lunch kat sini

Ada jering rendang. 1st time makan.


Desa Wisata Ekang Lagoi


Akhir sekali kitaorang ke Desa Wisata Ekang Lagoi. Lokasi dari satu tempat ke satu tempat memang agak jauh. Tapi disebabkan oleh pemandangan yang cantik-cantik tu , hilang sikit penat kitaorang. So kalau korang nak kesini memang memerlukan pengangkutan yang sesuai. Yang pasti kenderaan tu mesti kena ada air cond. Panas weyy..hahaha


Bilik penginapan yang ada kat situ.

Suka tengok tempat duduk kereta kuda tu..Klasik dan stylo.


Berakhirlah sudah tour Bintan Island untuk hari itu. So berangkatlah kitaorang dari sini walaupun masih tak puas menikmati keindahan Pulau Bintan. Kitaorang naik feri last kat Tanjung Uban ni ke Pelabuhan Punggur.  Sebelum naik feri korang kena tunggu sejam awal untuk boarding. 



Kitaorang menikmati pemandangan matahari terbenam sewaktu didalam feri. Cantik! Sekali-sekala kawan mummy , Min sumbangkan lagu  "Scorpions - Always Somewhere" walaupun gelak lebih dari nyanyi.. Terima kasih na.. #akuredho

Sesampainya mummy kat sana kitaorang terus ke Megamall Batam , Kepulauan Riau untuk Press Conference Wisata baru yang bakal dibuka untuk pengunjung mengenai Produk-produk Under Water World di Batam ni. Macam snorkling, diving dan macam-macam lagi la produk bawah air yang cantik sekali. So kita tunggu je pelancarannya tak lama lagi ye.



Selesai majlis kitaorang ke Sijori Resort and Spa bagi menikmati Majlis makan malam bagi proram Batam Trail Run 2019 bersama media serta pengajur program.

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

0 Comments