Travelog FAM Trip Batam Day 1 : Harga Tiket Feri Ke Batam dari Terminal Feri Puteri Habour Johor
Assallamualaikum..
Perjalanan mummy kali ini adalah ke Batam yang terletak di sebuah Kepulauan Riau yang menempatkan lebih sejuta orang penduduk. Dengan menaiki pengangkutan air jaraknya sekitar 1 jam 50 minit sahaja. Boleh je nak naik dari Terminal Feri Stulang laut mahupun Terminal Feri Puteri Habour. Bezanya kat Stulang Laut keadaannya agak sesak sedikit jika nak dibandingkan dengan Terminal Puteri Habour yang lebih selesa serta kemudahan parking diberikan secara percuma. Cuma kat Terminal Puteri Habour ni takde The Zon untuk borong coklat bebas cukai je..hahhaa
Day 1
Seawal 7 pagi kitaorang bergerak dari Melaka ke JB secara car pool. So boleh tong tong dan save budget. So dalam pukul 10.15 minit sampai di terminal. Kita orang menaiki Feri Dolphin di Terminal Puteri Habour jam 11 pagi dan perjalanan mengambil masa 1 jam 50 minit . Tapi kena standby 1 jam awal untuk boarding.
Dalam feri ni korang boleh beli Indo Mee , Indo Cafe dan juga Sim Card Indon bagi menghilangkan kebosanan perjalanan ke tempat tujuan. Memandangkan mummy bawak Giant ( Min) , Sizuka ( Jaja ) dan Sunio (Fizi).. Nampaknya semua benda dalam feri, Geng Doeramon test. Yelah dorang masak maggi je dah semerbak bau satu feri. Mau tak tergugat iman. hhahaa Untuk korang yang nak lepas rasa bosan bolehlah menghidup udara segar kat luar feri. Tu pun kalau tak mabuk lautlah..
Tiket : RM 114 return
Peta : Terminal Feri Puteri Harbour Johor
Kanak-kanak ribena yang mudah terhibur
Kawan mummy kat sebelah pulak, pantang duduk.. lena sokmo..hahaha :P
Restoran Sari Bumbu Batam
Sesampainya kitaorang disana , kitaorang telah disambut oleh Encik. Edi Sutrisno dan juga Blogger Indonesia Encik Bams Nektar . Dan seterusnya ke lokasi pertama iaitu makan tengahari di Restaurant Sari Bumbu Batam. Pelbagai menu yang sedap dihidangkan. Sesuai sangat buat mummy yang kelaparan. Ayaq Estimun dia sedap weyy!.. So selain jus Alpukat , ayaq Estimun adalah satu jenis minuman yang wajib korang cuba setibanya korang ke Batam.

Hadapan Restoran Sari Bumbu.
Antara menu yang dihidangkan.
Nite and Days Hotel
Selesai menikmati makanan tengahari kitaorang terus Check in di Nite dan Day Hotels di area Jodoh. Moga-moga ke temu jodohnya disitu ..hahhaa :P Namun jodoh masih tak muncul tiba.. Mungkin masih belum lahir gamaknya.. ahhaha 🤪🤣

Nite and Day Hotel
Ni lah bilik mummy dan Min sebelum bilik ini dilanda badai.Hahaha :p
Kat lobi hotel.. Hah! Tu kak Mieda.. Say hi guys to Kak Mieda..
Press Conference Batam Trail Run 5KM di Sijori Resort
Tak sempat melepaskan lelah , kitaorang terus ke Press Conference Batam Trail Run 5Km di Sijori Resort. Program Trail Run ini akan berlangsung pada 7 April 2019 ( Ahad) #BataMiliKita . Ianya dibahagikan kedua kategori iaitu dewasa 5km dan kanak-kanak 2.5 km. Sebanyak 300 buah medal akan diserahkan kepada peserta yang berjaya menamatkan larian pada hari itu. Hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan iaitu 77 juta RP ( RM 22k) secara keseluruhan.

Sidang akhbar Batam Trail Run 5km.
Tea Time!
Tiara Mustika Spa Batam
Kompleks Nagoya City Center, Blok K No.6 Nagoya Batam
(Bersebelahan Gloris Hotel / Didepan Edukit Nagoya)
Tel No : 0813 6480 9330
Kompleks Nagoya City Center, Blok K No.6 Nagoya Batam
(Bersebelahan Gloris Hotel / Didepan Edukit Nagoya)
Tel No : 0813 6480 9330
Hah! Dah penat berlari-lari mengejar masa.. Pak Edi upah kitaorg full body massage kat Tiara Mustika Spa selama sejam (1 Hour) . Kitaorang dibahagikan pada 4 kumpulan. Antara Spa itu adalah Harris Batam Centre , Harris Resort Waterfront ,Tiara Mustika Spa Nagoya dan juga Travelodge.
Body massage kat sini best , sebab yang massage kita dihantar training selama 2 bulan sebelum mengurut pelanggan. So takdelah istilah demam urat selama seminggu sepertimana yang pernah terjadi kepada mummy sebelum ini.
Tukang-tukang urutnya.. Comel-comel giteww..
Bilik massage
Nak buat rambut kat sini pun boleh.
Selesai mengurut kitaorang dijamu dengan air halia. Manis berdentum tau!..hhaha
Fendi, Damian, Jaja, Fizi, Mummy dan Min.
Harbour Bay Downtown Sei Jodoh, Jl. Duyung, Kota Batam,
Kepulauan Riau, Indonesia
Tel No : +62 813-7226-2420
Kepulauan Riau, Indonesia
Tel No : +62 813-7226-2420
Selepas full body massage, kitaorang terus balik ke hotel untuk beristirehat seketika sebelum keluar semula untuk menikmati makan malam pada hari pertama kitaorang di Batam ini. Waktu kitaorang sampai boleh tahan jugak penuh tempat ni dengan manusia.
Dari luar restoran je dah nampak keceriaan pelbagai hidupan laut yang bakal hadam didalam perut mummy tak lama lagi. hahhahaa #gelakjahat Antara hidangan utama yang dijamu untuk kitaorang pada malam itu adalah Siput Gongong. Adeh waktu tengok rupa dia, serius memang tak boleh telan la.. Tapi bila tengok kerancakkan kawan-kawan menikmatinya... hokay mummy kena cuba. kang rugi pulak. Nanti dah sampai rumah kang..mana pulak mummy nak cari.
Rasa dia sama je macam siput sedut cuma rupa dia saling tak tumpah macam siput @/$#4. hahhaa :P Actually banyak khasiat siput gongong ni , antara khasiatnya adalah bagus untuk kesihatan dalaman lelaki. ( Ala paham-paham sendiri je la..) Tapi tak bolehlah makan banyak sebab Siput ni mengandungi kolestrol yang tinggi. Makan banyak kang pening pulak.. #jelingkatMin
Wey Wey Live Seafood Restaurant
Hidupan-hidupan laut yang bakal berenang didalam perut mummy pulak lepas ni.. Eh!
Sebelum makan..
Antara yang dihidangkan.
Thanks for Reading! Wassallam..
#notachentamummy #BataMiliKita #BatamFAMtrip #melakablogger
3 Comments
Agak2nya bila kita nk pg Batam lag?Byk lg tempat dia yg menarik kan?Rindu rasanya nk jumpa korang semua.
ReplyDeleteTikwt fery bole beli online ke
ReplyDeleteboleh
Delete