Lokasi Restoran Melantak Steak Hub Klebang Melaka

by - April 15, 2019

Assallamualaikum..

Kalau keluar dengan Min.. Memang tak sah kalau tak makan. Baik lepas jogging mahupun lepas zumba. Dah jadi tebiat agaknya..hahhahaa. Macamana lah nak kuruih kalo iman didada tak cukup melawan nafsu makan.hhahaha Apa-apapun lap u lah Min. Selalu bawak aku makan sedap-sedap sampai tak termakan la kadang-kadang. Kelu tak terkata.. Hhahaa

Kali ni Min bawak aku makan kat Klebang iaitu Restoran Melantak. Actually betul-betul bersebelahan aje dengan Studio Salsation Bvrret tu. So kat situ memang ada few lagi restaurant yang sedap-sedap untuk dimakan. Ada Masak Asam , Ada Nasi Lemak sedap dan kebetulan malam tu tekak nak makan western so Restoran Melantak jadi Pilihan.

Restoran Melantak Steak Hub

208, Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, 
Taman Orkid, 
75200 Melaka

(Bersebelahan Dataran Satu Malaysia) 


Menu yang ada kat sini semua sedap-sedap belaka. No wonderlah restorannya sentiasa penuh. So tuk malam ni mummy dan Min order Sup Cream dan juga Garlic Bread.


Ni steak yang Min order. Kitaorang share je.. Ni part apa lupa dah dengan masakan medium rare . Harga juga berpatutan. Kat sini bukan setakat western ja sedap.. Nasi goreng kampung dia pun sedap. Mummy dah pernah bawak family dari pi makan kat situ, even hero-hero yang cerewet makan kat situ.. hasilnya semua puas hati. Berbaloi dengan harga yang dibayar.



Yang tengah tu macam biasalah ayaq peberet mummy. Hazelnut Coffee.. Janganlah ada menu ayaq ni melintas. Eh! terus order la..hahha :P

So untuk restoran ni mummy kasi ★★★★★ lima bintang. Lepas ni setiap restoran yang mummy review mummy akan kasi star je la senang sikit. Tapi ingat tekak mummy dan tekak korang lain tau. Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

1 Comments

  1. kak ju kalau kita g melaka bawa kita g sini tau.
    hihihi

    ReplyDelete