Wanita

by - March 21, 2012

Jangan pernah menganggap seorang wanita itu lemah hanya kerana dia mudah menggugurkan airmata. Kerana airmata yang digugurkannya kemungkinan airmata kegembiraan dan mungkin juga airmata kesyukuran, tidak semestinya airmata kedukaan yang menandakan dia sedang kesedihan dan mungkin sedang terluka.

Setiap airmata yang berguguran adalah lambang yang mewakilkan pemikiran dan perasaannya yang dalam, yang dia sendiri tidak dapat menyusun dengan kata-kata untuk menyampaikan maksud yang terkandung kepada mereka yang paling disayangi dan bererti dalam hidupnya.

Tapi berwaspadalah apabila seorang wanita mengatakan yang dia sedang terluka tetapi tidak pula mengalirkan walau setitis airmata. Kerana kemungkinan dia sedang menahan luka yang berdarah jauh di lubuk hatinya dan mungkin juga bakal tewas dari menanggung kesakitan yang dialaminya oleh mereka yang amat disayangi dan bererti dalam hidupnya. ♥

You May Also Like

0 Comments