XPDC GUNUNG LEDANG JOHOR

by - June 25, 2013

Assallamualaikum.....

Senyum simpul aku kali ni untuk berentry untuk kali ni. Hurmmmm sampai gak kakiku ke Gunung Ledang. Xsangka.. Muka minah yang acap kali sakit ni berjaya mengharungi Gunung Ledang dan Gunung Angsi Negeri Sembilan sebelum ni. Hahahahhahaha pasankan aku ni.

Bertolak seawal jam 6 pagi aku dah terpacak di Muzium Demokrasi (excited la konon.. ketaq kaki hampa jgn xtau) Dari Banda Hilir ke Asahan Jasin tapi singgah sebentar ke Merlimau untuk mengambil bekalan makanan untuk semua pendaki dari PERZIM dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.  Seramai 27 orang dari PERZIM dan 12 orang dari Negeri Sembilan.  Semuanya muka excited! Syukur alhamdullilah sambutan kali ni amat memberangsangkan. Hehhehee dengan harapan semua berjaya sampai ke check point ke enam la. Insyallah .

Tepat jam 9.00 pagi kami sampai di kawasan Gunung Ledang... Mendengar taklimat, membaca doa dan mengisi borang pendakian bagi mengelakkan terjadi aktiviti pembuangan sampah merata-rata. 


Kiri : Bermula lah pendakian pertama buat kasut pinkku dengan harapan xterkopak lagi la..huhuhu
Kanan :Semua peserta bersiap sedia mengisi perut dan mengisi borang yang perlu diisi.



Posing jangan xpoisng... warm up la katakan..kih kih kih

Taklimat serba ringkas wakil dari Muzium Melaka dan Muzium Negeri Sembilan 


Posing sebelum medaki mak oiii ramainyer... hehehheehe ..Wakil Muzium Melaka 27 Orang dan Wakil Negeri Sembilan 12 orang. Semua muka excited... sampai atau tidak itu belakang kira..posing tetap posing..hehehe


Chakkkk... sempat lagi tu....hehehhee Posing sewaktu dalam perjalanan ke check point yang seterusnya... aku rasa waktu ni masih dalam check point yang pertama kot..

OPssss...ni lah borang yang harus diisi sebelum pendakian. Semua barang-barang yang dibawa naik keatas haruslah ditulis expecially... makanan yang dibungkus menggunakan plastik, botol  dan lain-lain. Ini bertujuan untuk memudahkan pihak Taman Negara Gunung Ledang mengawal aktiviti pembuangan sampah  di atas Gunung Ledang.  So jangan dok gatai-gatai nak buang sampah na... Nanti kena denda tau, beribu-ribu dendanya tau...! 

Kiri : XPDC pun bermula.... 
Kanan : Berehat sebentar mengambil nafas  untuk 541 meter yang pertama ( check point pertama)


Si kasut pink sibuk gak nak amik gambaq... yelahhh xde sapa yang nak tolong amikkan ..muka sorang-sorang semua mcm mintak nyawa..hehehee oopppssss... ;)


Diantara gambaq trek yang sempat aku ambil sebelum kepenatan menjelang tiba..kih kih kih

Diantara jumpaan yang dijumpai... ( eh betui ka ayat aku ni) ni.... xpa la blog aku kan.. ;) 
opsss hampir terlupa waktu aku mendaki diantara trek 5 dan 6 , aku terserempak dengan satu kawasan yang penuh rama-rama..nak teguq takut..so aku ignore jerr la.... tapi dalam hati ketaq pun ada, teruja pun ada.... yelahh dalam hutan, cantik dia ..xyah nak habaq..kalah rama-rama yang ada kat Taman Rama-rama Melaka ka..KL ka... heheheehe

Diantara dan diantara yang nyata mengikuti xpdc....hehehheehe

Kali ni yang panjat gunung semua bercouple...  wife+ husband ..so senang la untuk menjaga each other... hehehe..xgitu Pn Farah dan Pn Fida....

Pemandangan di check point yang ke 6... tapi keadaannya xjelas sgt sebab kerana Ledang masih dicemari dengan jerebu yang agak tebal.. 

Yeaaaa... aku di berada dicheck point yang ke 6... actually semuanya ada 8 check point... tapi kami semua hanya dibenarkan berada sehingga di check point yang ke enam sahaja  diatas sebab-sebab yang tertentu... so Syukur Alhamdullilah.... ni pun dah 1200 meter ... haishhhhh nyaris pengsan !


Muka kepenatan....  Tahniah la!

Goodbye Gunung ledang... Ehhh macam xpercaya jer kan, tadi aku ada kat atas sana...

Sekadar selingan dan cuti mata2... Tiada maksud tersirat wokey!

You May Also Like

4 Comments