Petua Menghilangkan Panas Badan Anak Kecil Sebelum ke Klinik Ataupun Hospital.

by - September 05, 2013

Photo Credit : Pintrest

Assallamualaikum...

Kali ni aku nak berkongsi petua lak... Petua khas untuk ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan suhu badan sebelum dibawa ke hospital atau ke klinik. Actually bagus jugak bila kita membaca petua-petua lama yang hakikatnya masih ada antara kita mengamalkannya sehingga ke hari ini... So hope korang enjoy membacanya dan dapat mempraktikkan mengikut kesesuaian.. Tapi janganlah terlalu percaya sangat sampai tak nak bawak anak-anak korang ke klinik/hospital lak ... Tak pasal-pasal lain lak jadinya... huhuhu

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

  1. Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.
  2. Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, InsyaAllah kahaknya cepat beransur hilang/baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: Apabila kahak dia dah semakin berkurangan tepuk belakang anak perlahan-lahan setiap kali dia batuk. Dan jikalau dia muntah itu adalah lebih baik sebab semua lendir-lendir di tekak dia akan ikut serta keluar.)
  3. Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
  4. Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi. Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Sekian......Thank sebab sudi membaca...Bye

You May Also Like

0 Comments