Travel : Bandung (PART 1) Floating Market Lembang , Bandung

by - October 04, 2014

Assallamualaikum

Raya diperantauan...hahahha best gak! especially ngan family..xyah penat2 aku nak tukaq simcard sbb semua family member ada disisi...Nak call bagai! hahhahaha  . Actually perjalanan kali ni memang tak dirancang ..kebetulan aku nak ajak mama aku je ikut aku ke Makassar hujan bulan ni, tapi sekali mama ngan abah terus planning nak angkut semua ke Bandung dan beraya disana... Hah?! serius tau.. dua minggu je masa mama ngan abah bagi masa kat aku untuk uruskan semua. Nasib baik aku dah biasa berjalan so berbekal ilmu menggoogle dan skodeng group BBM ( Backpackers Buddies Malaysia) settle keje aku... Booking flight settle tuk 8 orang,  pasport anak2 , adik2 , mama dan abah settle. Hotel aku booking pakai agooda dan booking.com. Tempat-tempat menarik aku refer ngan tripvisor dan website yang ada tuk travel. Zaman sekarang macam-macam ada..hehehhe..Syukur Alhamdullilah segalanya dipermudahkan..

Flight aku  bertolak jam 9.25 pagi  ke Bandung... Tempoh masa 2 jam ja dari Malaysia . Walaupun 2 jam je dalam flight semua aku bookingkan makanan almaklum naik Air Asia semuanya berbayar. Saja je nak bagi feel keseronok kan tuk hero2 dan adik2 aku. Almaklum la bukan selalu pun kann...Almaklum la aku kan kakak yang memahami.. aicheceh  hehehehhe 

Sampai je disana Pak Supirnya udah menunggu, siap papan tanda bagai.. ni pun salah aku gak lupa nak send pic kitaorang agar dia senang cam.. Ala mana sempat nak amik gambaq... macam2 benda nak diuruskan. ala xpelahh kan sekali sekala glamour..hhahaha

Pak Supir aku namanya KIKI FAJAR : +6285221660678 
( Pada sapa2 yang nak pi bole contact dia..Good Servis ok!)
Bayaran sehari Rp 440 000 - Suzuki Serina ( 8 orang )
Tempoh masa perkhidmatan ( sampai kedai tutup + no extra charge)

Settle je uruskan bagasi semua, kitaorang terus ke Restoran Nasi Padang Sederhana. Makan ok ok je lahh.. Tak berapa nak mengikut kehendak tekak aku . Tapi layan je lahh lapo katanya..hehhee Kat Restaurant ni ada disediakan satu tempat permainan tuk kanak2 so bg yang ada anak kecil tu senanglahh, bole makan dengan aman . Next .. kitaorang terus ke Chimpelas Hotel 2. Kitaorang cari hotel budget je. Sebab masa kan banyak tuk berjalan-jalan , lainlah kalau takde aktiviti lain.. Ni pun setelah diambil kata sepakat dari semua . Kitaorang amik 3 bilik untuk 5 hari 4 malam. 

CHIMPELAS HOTEL 2 : +62222035374
( Booking pakai Agooda dis%  lebih sikit ..hehehhe)
Jalan Chimpelas (kawasan menjual pakaian super2 hero, jeans 
dan bangunan yang memaparkan character cartoon seperti ultraman, hulk, ramboo dll)
Ianya berhampiran juga dengan Chimpelas Walk .. Jalan kaki je

tapi bilik tak berapa nak cantik sangat untuk yang cerewet ye... 



Ni la Jalan Chimpelas... aku dok area ni sebab kitaoranga dik beradik, anak beranak memang suka beli baju2 super heroes... heheheh so sesuailahh kan..!

Settle check in  dan mandi bagai kitaorang terus bergerak ke Floating Market Lembang, Bandung . Perjalanan ajak jauh gak tapi oklahh sebab cuaca kat sini takde la panas...sejuk je.

FLOATING MARKET LEMBANG
TIKET MASUK : Rp 10 000 seorang ( RM 2.60)

Simbol Floating Market ni.. Token yang digunakan untuk membuat segala pembelian disini.No cash money okay.


Sewaktu masuk kita akan dihidangkan dengan air dalam cup comel ni..Tanda welcoming .. Semua ayaq panas. so berposak jugaklah anak2 aku nak minum..hehhehehe takpe kesabaran meniup itu separuh dari iman..hahahaha

Tempat ni memang cantik rugi kalo hampa pi Bandung tak singgah ni.. macam-macam ada. Nak posing, nak lepak ngan family, nak dating, nak main permainan air seperti kayak, boat dll , makan, minum semua ada... Yang penting mak aku suka okay!


Gambaq ni Adam yang amik rasanya.. Angah dan Ejoy dah tak kemana. Almaklum la orang bujang..kasi canlahh kan..


Ni jalan nak pergi toilet..Aku tak pi pun so tak tau bersih ke idak.. Rasa bersih kot sebab kawasan sini memang kelihatan bersih pun walaupun dalam keadaan yang ramai pelawat.

hah?! inilah Floating Market...macam-macam ada. Abah ngan mama memang sukalah ..hehhehe



Ni pulak aktiviti air... kitaorang tak naik yang ni . sebab xmencabarlah sangat kununnya.. Ingat nak naik kayak tapi bila melihat ada pelawat asing bangsa Arab rasanya, kayak dorang terbalik.. kuyup! so terus xjadi... hahahaha almaklum la aku kannn terlampau pandai berenang..kikiki

Adik ngan abang naik yang ni.. aku rasa 3 trip kot dorang naik....Naik berdua je tu.. no share2 ngan orang lain.. dalam dok bercekau selalu bila saat macam ni nak gak dorang berkepit..hehehhee. Jangan tanya risau ke idak.. sebab aku pun naik gak ngan Mak Usu dorang..follow dari belakanng..Mummy dia pun nak rasa feel gak..hehhehe

Boat-boat yang dihias dengan berbagai-bagai color dan props.. Cantekkk! aku suka..

Satay kelinci..( Satay arnab..) Manisss!

Token... Semua benda kena bayaq pakai token na.. kalo tak habis bole tukaq balik.


Aku disebalik tiang... tengah pikiaq nak makan lepas ni.. bukan nak cari makanan yang mengenyangkan..aku cari makanan yang comel2 je ... supaya aku tak sampai hati nak makan.. Bole diet tau! kikiki

Pau ni aku borong setiap design yang comel2..hahhahah bab makan aku suh anak aku yang makan... tak pun  adik aku Nadia yang jadi mangsa..hahaha :p

Oklah dah habis tawaf satu Floating Market ni kitaorang bergerak pulang ke hotel. Waktu aku pi ni diorang tutup kul 9.00 malam... so memang puaslah berjalan. Kalo hari biasa tak silap aku tutup pukul 7/8 mlm tak silap aku.  Bab tempat Musollah / Solat..korang tak yah risau semua disediakan dalam keadaan yang cantik  sekali.  Jangan lupa baca next entry ye.. cekidout next station tomorrow morning k..bbye

Wassallam..

You May Also Like

0 Comments